Persatuan Kebajikan Terabai Menua Kuching

Directions Contact the organization

Persatuan Kebajikan Terabai Menua Kuching PERSATUAN TERABAI MENUA OFFICIAL 2022

KUCHING โ€“ 7 Oktober 2026Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak, atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan ...
07/10/2026

KUCHING โ€“ 7 Oktober 2026

Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak, atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Terabai Menua Cawangan Kuching, telah menerima sumbangan dana berbentuk cek daripada YB Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap ADUN N.30 Balai Ringin, bertempat di Wisma Baitulmakmur 2 (Masja Baru).

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Pengerusi Terabai Menua Kuching, En. Bannister Dominic, bersama Penasihat I, En. Eltos Jackson; Penasihat II, En. Ringga Tait; Naib Pengerusi, En. Brandon Hinnly, serta ahli-ahli Terabai Menua yang hadir.

Sumbangan ini diharapkan dapat menyokong usaha serta aktiviti kebajikan persatuan dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sumbangan serta keprihatinan yang diberikan, Terabai Menua Cawangan Kuching turut menyampaikan cenderahati kepada YB Datuk Snowdan Lawan sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan daripada pihak persatuan.

Pihak Terabai Menua Cawangan Kuching merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Snowdan Lawan atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan terhadap usaha kebajikan persatuan.

#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐“š๐“ฒ๐“ฝ๐“ช๐“ฒ๐“ข๐“ช๐“น๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ
#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐““๐“ฒ๐“ช๐“ฝ๐“พ๐“š๐“ฎ๐“ถ๐“ช๐“ฒ๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ

KUCHING-Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Terabai Menua Caw...
02/10/2026

KUCHING-Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Terabai Menua Cawangan Kuching pada 02/10/2026 telah menyantuni serta memberi sumbangan keranda dan mengurus untuk pengebumian mendiang Gabriel anak Bulo.

Aktiviti ini juga telah berjaya disempurnakan oleh ahli Terabai Menua Cawangan Kuching iaitu Mc Russel Chunggat anak Atam TM2148 Harrison anak Linang TM2061 dan Mark Gerry anak Bullie TM2180 yang telah menghadirkan diri bagi menyempurnakan urusan ini.

Kami ingin memberi ribuan terima kasih kepada En.Siet Chang Lee iaitu director ๅฑ•ๅ–ชไบ‹ๆœๅ‹™ๆœ‰้™ๅ…ฌๅธ Chan Funeral Services Sdn Bhd, Sarawak yang telah menyumbang keranda bagi mengurangkan beban kepada Bulo anak Mapang sekeluarga.
Kami juga berterima kasih diatas bantuan peribadi kepada Rev.Lenita Tiong dari Trinity Methodist Church Kuching yang telah menyediakan danemguruskan tempat untuk pengebumian di tanah perkuburan Methodist bt.18 .
Tidak lupa juga kepada Penasihat Terabai Menua Cawangan Kuching iaitu Eltos Jackson TM406 yang telah berusaha mengurus dan menghubungi Chan Funeral Service dan Trinity Methodist Church.

Dengan ini, kami dari Terabai Menua Cawangan Kuching dengan rendah hati memberi salam takziah diatas kehilangan anak mereka iaitu , Gabriel anak Bulo.
Semoga En.Bulo anak Mapang serta isteri beliau iaitu Pn.Shirley anak Jar tabah mengharungi dugaan ini.

#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐“š๐“ฒ๐“ฝ๐“ช๐“ฒ๐“ข๐“ช๐“น๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ
#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐““๐“ฒ๐“ช๐“ฝ๐“พ๐“š๐“ฎ๐“ถ๐“ช๐“ฒ๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ

Berminat untuk menyertai Terabai Menua Kuching?Anda dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada komuniti kami. Bagi y...
01/10/2026

Berminat untuk menyertai Terabai Menua Kuching?

Anda dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada komuniti kami. Bagi yang berminat untuk menyertai Terabai Menua Kuching, sila hubungi atau mesej terus nombor yang tertera untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jom sertai kami dan bersama-sama mengeratkan hubungan serta semangat kekitaan dalam komuniti.

KUCHING โ€“ Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Terabai Menua C...
24/09/2026

KUCHING โ€“ Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Terabai Menua Cawangan Kuching telah menyampaikan sedikit sumbangan wang ehsan kepada salah seorang ahli Terabai Menua Kuching, iaitu Mc Russell TM2148, atas pemergian ayahandanya yang tercinta pada 6 September 2026.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Terabai Menua Cawangan Kuching, En. Bannister Dominic, bersama Penasihat 1, En. Eltos Jackson, serta barisan Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli Terabai Menua Kuching yang turut hadir bagi menyampaikan tanda prihatin dan memberikan sokongan moral kepada Mc Russell dan keluarga dalam menghadapi saat dukacita ini.

Kehadiran serta sumbangan yang diberikan ini merupakan tanda keprihatinan dan rasa kebersamaan daripada seluruh warga Terabai Menua Kuching terhadap ahli dan keluarganya yang sedang melalui kehilangan insan tersayang. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban serta memberi kekuatan kepada keluarga yang ditinggalkan.

#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐“š๐“ฒ๐“ฝ๐“ช๐“ฒ๐“ข๐“ช๐“น๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ
#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐““๐“ฒ๐“ช๐“ฝ๐“พ๐“š๐“ฎ๐“ถ๐“ช๐“ฒ๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ

KUCHING โ€“ Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak, atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Terabai Menua ...
07/09/2026

KUCHING โ€“ Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak, atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Terabai Menua Cawangan Kuching pada tarikh 7 September 2026 hari ini telah membantu dalam menyambut ketibaan mendiang Minyak Ak Abeng yang dibawa pulang dari Johor. Terabai Menua Cawangan Kuching menghantar wakil untuk berkumpul di MAS Cargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 12.00 tengah hari.

Kehadiran Ahli Terabai Menua Kuching dihadiri oleh Penasihat 1 En. Eltos Jackson, barisan Ahli Jawatankuasa serta Ahli Terabai Menua yang lain adalah sebagai tanda penghormatan, keprihatinan dan sokongan kepada pihak keluarga dalam urusan menyambut serta mengiringi jenazah untuk dibawa pulang ke Ng. Mepi, Lubok Antu.

Urusan penerimaan jenazah serta penyelarasan penghantaran telah dilaksanakan dengan baik dan teratur. Terabai Menua Kuching turut memberikan kerjasama bagi memastikan segala urusan berkaitan ketibaan dan penghantaran jenazah berjalan dengan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Terabai Menua Johor, Terabai Menua Selangor dan Rumah Anak Sarawak atas segala bantuan, kerjasama, sokongan serta keprihatinan yang telah diberikan dalam membantu menguruskan kepulangan jenazah dari Johor sehingga tiba di Kuching.

Semoga segala urusan perjalanan jenazah ke tempat persemadian dipermudahkan dan keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mendiang Minyak Ak Abeng

#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐“š๐“ฒ๐“ฝ๐“ช๐“ฒ๐“ข๐“ช๐“น๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ
#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐““๐“ฒ๐“ช๐“ฝ๐“พ๐“š๐“ฎ๐“ถ๐“ช๐“ฒ๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ

KUCHING โ€“ Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak, atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Terabai Menua ...
02/09/2026

KUCHING โ€“ Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak, atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Terabai Menua Cawangan Kuching, telah mengadakan Mesyuarat Pasca Nilai (Post-Mortem) Annual Family Day Terabai Menua Ke-5 pada 2 September 2026 bertempat di Taman Samarindah, Kota Samarahan.

Mesyuarat ini diadakan bagi membuat penilaian terhadap perjalanan program Family Day yang telah berlangsung, di samping membincangkan perkara-perkara yang perlu diperbaiki serta mendapatkan cadangan dan pandangan daripada barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) untuk penambahbaikan program pada masa akan datang.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi Terabai Menua Cawangan Kuching, En. Bannister Dominic, Penasihat 1, En. Eltos Jackson, serta barisan Ahli Jawatankuasa yang lain.

Perbincangan yang diadakan turut memberi ruang kepada semua AJK untuk berkongsi pandangan, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sepanjang penganjuran Family Day Ke-5 serta merancang penambahbaikan bagi memastikan program yang akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.

Pihak jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK atas komitmen, kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan dalam menjayakan Annual Family Day Terabai Menua Ke-5 2026.

KUCHING-Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Terabai Menua Caw...
31/08/2026

KUCHING-Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Terabai Menua Cawangan Kuching telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga (Family Day) yang ke-5 pada 29&30 Ogos 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih daripada Pengerusi Terabai Menua Kuching En. Bannister Dominic, Naib Pengerusi En. Brandon Hinnly, Penasihat 1 En. Eltos Jackson dan juga kepada Pengerusi Cawangan Terabai Menua Kapit En. Edwin dan En. John Pengerusi Cawangan Sri Aman yang telah sudi datang dari jauh untuk bersama-sama memeriahkan dan meraikan Annual Family Day Terabai Menua Ke-5 2026 di Kuching.

Kehadiran dan sokongan setiap cawangan amat kami hargai terutama sekali kepada Terabai Menua Cawangan Kapit dan Terabai Menua Cawangan Sri Aman. Walaupun menempuh perjalanan yang jauh, semangat kekeluargaan, persahabatan dan kebersamaan yang ditunjukkan benar-benar bermakna buat kami.

Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan Ahli Jawatan Kuasa serta ahli-ahli Terabai Menua yang lain telah bersama-sama menjayakan Family Day ini. Terima kasih atas segala masa, tenaga, komitmen dan usaha yang telah dicurahkan serta kesudian untuk bertungkus-lumus bersama dalam memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan meriah.

Segala persiapan menyediakan permainan, menguruskan aktiviti, makanan, tempat, peralatan serta pelbagai tugasan lain sebelum dan sepanjang program berlangsung, Pengorbanan masa dan tenaga daripada semua ahli amat kami hargai. Tanpa semangat kerjasama dan sokongan daripada semua, sudah tentu Family Day ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Semoga semangat kekeluargaan, persahabatan dan kerjasama yang terjalin ini akan terus kukuh dalam kalangan seluruh warga Terabai Menua Sarawak.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir, membantu dan bersama-sama menjayakan Family Day kita. โค๏ธ

Semoga segala kenangan manis yang tercipta di Kuching akan menjadi kenangan indah yang akan kita bawa bersama. Bersama-sama Kita Kukuhkan persaudaraan.

#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐“š๐“ฒ๐“ฝ๐“ช๐“ฒ๐“ข๐“ช๐“น๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ
#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐““๐“ฒ๐“ช๐“ฝ๐“พ๐“š๐“ฎ๐“ถ๐“ช๐“ฒ๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ

๐Ÿ“ข PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI TERABAI Menua. Salam sejahtera.Dengan segala hormatnya, semua ahli dijemput untuk hadir me...
15/08/2026

๐Ÿ“ข PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI TERABAI Menua.

Salam sejahtera.
Dengan segala hormatnya, semua ahli dijemput untuk hadir memeriahkan Annual Family Day Terabai Menua Kali Ke-5 Tahun 2026 yang akan berlangsung pada:

๐Ÿ—“๏ธ 29โ€“30 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
๐Ÿ“ Lance Court, Pasir Pandak, Kuching

Sehubungan itu, semua peserta yang ingin menyertai program ini dimohon untuk membuat pembayaran yuran penyertaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Jadual Pembayaran:

โ€ข Batch 1: Sebelum atau pada 15 Ogos 2026
โ€ข Batch 2 (Tarikh Akhir): Sebelum atau pada 22 Ogos 2026

Kaedah Pembayaran: ๐Ÿฆ Bank Rakyat
No. Akaun: 11-0247150-0
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak Cawangan Kuching

Pengesahan Pembayaran: Selepas membuat pembayaran, sila hantar resit atau bukti pembayaran kepada Bendahari atau urus setia berikut:
โ€ข Vivian: 011-40045759
โ€ข D. Kerenlish: 011-19837072

Kerjasama semua untuk membuat pembayaran selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2026 amatlah dihargai bagi memudahkan urusan penyediaan tempat, makanan dan kelancaran program.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua. Semoga kita dapat bersama-sama memeriahkan Annual Family Day Terabai Menua Kali Ke-5 Tahun 2026. ๐ŸŽ‰

Address

Kuching
Kuching
93000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Terabai Menua Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebajikan Terabai Menua Kuching:

Shortcuts

Share