Pertubuhan Kebajikan Sahabat Amal Negeri Sarawak

Pertubuhan Kebajikan Sahabat Amal Negeri Sarawak Page Rasmi Sahabat Care Sarawak (EST 2024)

12/05/2026
πŠπ„ππ”π“π”π’π€π π’ππŒ πŸπŸŽπŸπŸ“Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2025.Semoga kecemer...
31/03/2026

πŠπ„ππ”π“π”π’π€π π’ππŒ πŸπŸŽπŸπŸ“

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2025.

Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan, dipertingkatkan dan terus menjadi sumber inspirasi kepada calon-calon SPM pada masa hadapan.

Kepada yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, didoakan agar terus meningkatkan usaha serta kerja keras kerana ini hanyalah satu permulaan bagi kejayaan yang besar pada masa akan datang.

Sekalung tahniah sekali lagi kepada semua. Teruskan melakar kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang!

Puasa 6 hari di Syawal seumpama puasa Setahun Rasulullah SAW membimbing kita supaya berpuasa enam hari pada bulan Syawal...
26/03/2026

Puasa 6 hari di Syawal seumpama puasa Setahun

Rasulullah SAW membimbing kita supaya berpuasa enam hari pada bulan Syawal setelah menunaikan ibadah puasa Ramadan.

Abu Ayyub al-Ansari RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

Ω…ΩŽΩ†Ω’ Ψ΅ΩŽΨ§Ω…ΩŽ Ψ±ΩŽΩ…ΩŽΨΆΩŽΨ§Ω†ΩŽ Ψ«ΩΩ…Ω‘ΩŽ أَΨͺΩ’Ψ¨ΩŽΨΉΩŽΩ‡Ω سِΨͺΩ‘Ω‹Ψ§ مِنْ Ψ΄ΩŽΩˆΩ‘ΩŽΨ§Ω„ΩΨŒΩƒΩŽΨ§Ω†ΩŽ ΩƒΩŽΨ΅ΩΩŠΩŽΨ§Ω…Ω Ψ§Ω„Ψ―Ω‘ΩŽΩ‡Ω’Ψ±Ω

β€œSesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian dia berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.”

(Sahih Muslim, no. 1164)

Antara hikmah disyariatkan puasa 6 hari pada bulan Syawal adalah supaya ibadah sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa Ramadan.

Semoga Allah SWT menerima amalan kita.

AKHBAR SUARA SARAWAK:Terima kasih atas liputan.
25/03/2026

AKHBAR SUARA SARAWAK:

Terima kasih atas liputan.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ πŸ•ŒBerlalu sudah Ramadan yang diberkati,Diganti dengan Syawal yang din...
20/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ πŸ•Œ

Berlalu sudah Ramadan yang diberkati,
Diganti dengan Syawal yang dinanti.
Mohon keampunan di pagi hari,
Kemaafan diberi setulus hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026/1447 diucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Raikanlah Syawal ini dengan penuh rasa kesyukuran, kegembiraan dan keinsafan bersama ahli keluarga tersayang.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

17 Mac 2026 | SelasaProgram Agihan Wakalah Zakat Badan Kebajikan Islam Petronas Sarawak (BAKIP)Seramai 200 orang penerim...
19/03/2026

17 Mac 2026 | Selasa

Program Agihan Wakalah Zakat Badan Kebajikan Islam Petronas Sarawak (BAKIP)

Seramai 200 orang penerima daripada kalangan Asnaf dan OKU di lima buah kampung antaranya Kampung Santubong, kampung Buntal, kampung pasir pandak, kampung sungai lumut, dan kampung sungai bedaun mendapat manfaat daripada agihan zakat tersebut.

Penyerahan zakat tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar PETRONAS Sarawak merangkap Penaung BAKIP Sarawak iaitu Puan Norazibah binti Md Rabu.

Hadir bersama ialah Penghulu kampung santubong Tuan Haji Kipli Suhaili, Penasihat SAC Sarawak Ustaz Haji Zamri bin Mohamad, Pengerusi Masjid Nurir Rahmani Encik Safiudin bin Matsah, dan Pengerusi BAKIP Sarawak Puan Hafizah Bt M Naim.

16 Mac 2026 | IsninProgram Ziarah RamadanHadir bersama dalam program ini ialah Ustaz Haji Zamri bin Mohamad, Penasihat S...
19/03/2026

16 Mac 2026 | Isnin

Program Ziarah Ramadan

Hadir bersama dalam program ini ialah Ustaz Haji Zamri bin Mohamad, Penasihat SAC Sarawak dan juga Ustaz Wan Lukmanhakim Wan Sajali Pengerusi SAC Sarawak. Turut menyertai misi ini ialah team SAHABAT yang diketuai oleh Mohammad Bahrin Al Bahri.

12 Mac 2026 | KhamisProgram Penyampaian Bakul Ramadan dan Iftar bersama golongan Mualalaf, Asnaf dan yang kurang berkema...
19/03/2026

12 Mac 2026 | Khamis

Program Penyampaian Bakul Ramadan dan Iftar bersama golongan Mualalaf, Asnaf dan yang kurang berkemampuan

Program anjuran HIKMAH Ranting Sebuyau koloberasi bersama SAHABAT.Care Sarawak dan IKHLAS. Com.

Seramai 20 orang telah menerima sumbangan bakul makanan yang disumbangkan oleh Buruuj Engineering Sdn Bhd.

Turut hadir dalam manjlis tersebut ialah Ayahnda Tuanku Hadwad bin Tuanku Sekeran, Pengerusi HIKMAH Ranting Sebuyau dan Ustaz Wan Lukmanhakim bin Wan Sajali Pengerusi SAHABAT merangkap Pengurus IKHLAS UMRAH Sarawak,

9 Mac 2026 | IsninProgram Penyampaian Bakul Ramadan dan Iftar bersama golongan Asnaf, kurang berkemampuan dan orang kura...
11/03/2026

9 Mac 2026 | Isnin

Program Penyampaian Bakul Ramadan dan Iftar bersama golongan Asnaf, kurang berkemampuan dan orang kurang upaya.

Program anjuran SAHABAT.Care Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Mukhlis kampung Stutong Baru Kuching.

Seramai 20 orang telah menerima sumbangan bakul makanan yang disumbangkan oleh IKHLAS.Com sebuah agensi Umrah dan perlancongan.

Turut hadir dalam manjlis tersebut ialah YB Tuan Wilfred Yap Yau Sin Ahli Dewan Undangan Negeri N12 Kota Sentosa, YBhg. Ustaz Haji Zamri bin Mohamad Penasihat NGO SAHABAT, YBrs. Ustaz Wan Lukmanhakim bin Wan Sajali Pengerusi SAHABAT merangkap Pengurus IKHLAS UMRAH Sarawak, Konselar Majlis perbandaran Padawan, Penghulu, Kapitan, Pengerusi Surau Al-Mukhlis dan Ahli-2 Jawatankuasa.

Majlis diserikan dengan kehadiran qariah Surau Al-Mukhlis dan pelajar-pelajar anak Tahfiz.

𝟏𝟎 πŒπ€π‚ πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀10 malam terakhir Ramadan sudah tiba…Inilah malam-malam yang paling istimewa. Malam yang Rasulullah ...
09/03/2026

𝟏𝟎 πŒπ€π‚ πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀

10 malam terakhir Ramadan sudah tiba…

Inilah malam-malam yang paling istimewa. Malam yang Rasulullah SAW sendiri gandakan ibadah, kejutkan keluarga dan hidupkan malam dengan penuh pengharapan kepada Allah.

Di antara malam-malam ini tersembunyi Lailatul Qadar β€” malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Bayangkan, satu malam ibadah seolah-olah seperti beribadah lebih 83 tahun.

Jangan lepaskan peluang ini.
Perbanyakkan solat malam, baca Al-Quran, istighfar dan doa.

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ₯Ω†Ωƒ عفو ΨͺΨ­Ψ¨ Ψ§Ω„ΨΉΩΩˆ فاعف ΨΉΩ†ΩŠ

β€œYa Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan s**a memberi keampunan, maka ampunilah aku."

Semoga Allah temukan kita dengan malam Lailatul Qadar dan menerima segala amal ibadah kita. 🀲🏻✨

Program Penyampaian Sumbangan Bakul Ramadan 2026:Tarikh : 9/3/2026 | IsninMasa : 6.15 petang Tempat : Surau Al-Mukhlis, ...
09/03/2026

Program Penyampaian Sumbangan Bakul Ramadan 2026:

Tarikh : 9/3/2026 | Isnin
Masa : 6.15 petang
Tempat : Surau Al-Mukhlis, Kampung Stutong Baru Kuching.

Address

2nd Floor, Pusat Komersil Swan No 85, Lot 14524, Batu 4, Jalan Matang
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60103500603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Sahabat Amal Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share