HIUS

Call Directions

HIUS ๐Ÿ”ด Kesatuan Inspektor Kesihatan yang mewakili profesyen PKP & PPKP Negeri Sarawak. ๐Ÿ”ด

KAMI BERSEDIA!!
17/10/2026

KAMI BERSEDIA!!

๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐” ๐ƒ๐ˆ๐Š๐„๐๐€๐๐†, ๐๐”๐ƒ๐ˆ๐Œ๐” ๐ƒ๐ˆ๐’๐€๐๐‰๐”๐๐†Selamat bersara kepada Tuan Sabri bin Haji Sahari @ Sabri Hj Sahari , yang mesra disapa...
13/10/2026

๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐” ๐ƒ๐ˆ๐Š๐„๐๐€๐๐†, ๐๐”๐ƒ๐ˆ๐Œ๐” ๐ƒ๐ˆ๐’๐€๐๐‰๐”๐๐†

Selamat bersara kepada Tuan Sabri bin Haji Sahari @ Sabri Hj Sahari , yang mesra disapa โ€œChiefโ€ oleh warga HIUS / SIP JKNS.

Setulus penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat bakti, tunjuk ajar serta pengalaman yang dikongsikan sepanjang perkhidmatan. Setiap nasihat, teguran dan kenangan bersama akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan kami.

Persaraan menandakan bermulanya lembaran baharu, namun hubungan yang terjalin tetap erat. Semoga Chief sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesempatan menikmati masa bersama keluarga tersayang.

Terima kasih, Chief.

Selamat menikmati alam persaraanโ€”jangan serik singgah berjumpa kami lagi!

Ikhlas daripada seluruh warga HIUS & SIP JKNS.

โ€œBersara daripada tugas, kekal dekat di hati.โ€

Steady Mohd Fairos Boy  ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿคธ
13/10/2026

Steady Mohd Fairos Boy ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿคธ

Warga Kuching, jom kita meriahkan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Negeri Sarawak!

Bersedia untuk kekal aktif, cergas, dan beriadah bersama kami!

Ada sesi Aerodance bersama KBSi Boy Fairuz! Bukan itu sahaja, pelbagai hadiah menarik menerusi Lucky Draw menanti anda yang ikut serta! ๐ŸŽโœจ

Set tarikh anda ini dalam kalendar hujung minggu anda sekarang:
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐Š๐ฎ๐œ๐ก๐ข๐ง๐  ๐’๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐š๐ฅ
๐Ÿ—“๏ธ ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ)
โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š: ๐Ÿ’.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 

Jangan lepaskan peluang ini untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Masuk adalah percuma!

Jumpa anda di sana! ๐Ÿ’ช๐Ÿผ


11/10/2026

KENYATAAN MEDIA BERSAMA
KESATUAN INSPEKTOR KESIHATAN SEMENANJUNG MALAYSIA (KIKSM) KESATUAN INSPEKTOR KESIHATAN JABATAN KESIHATAN SARAWAK(KIKS) & KESATUAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN SABAH(KPPKPS)

โ€‹TARIKH: 11 Oktober 2026

SOKONGAN TERHADAP BELANJAWAN 2027 SERTA GESAAN PENYERAPAN JAWATAN TETAP PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (PPKP) DAN PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (PKP) KONTRAK

Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM) bersama kesatuan KIK Sarawak dan KPPKP Sabah yang mewakili 6000 skim PKP dan PPKP diseluruh negara menyambut baik dan menyokong penuh pembentangan Belanjawan 2027 yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan pengukuhan perkhidmatan awam, khususnya sektor kesihatan negara.

Sebagaimana sedia maklum, Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) merupakan tunjang utama barisan hadapan dalam pencegahan dan kawalan penyakit termasuk dalam situasi wabak, serta penguatkuasaan kesihatan awam di Malaysia.

Pihak Kesatuan menyokong pengumuman dari YAB Perdana Menteri dalam belanjawan 2027 iaitu seramai 9000 Doktor Kontrak akan diserap ke jawatan tetap menjelang 2027 namun bagi memastikan kelangsungan kualiti perkhidmatan kesihatan negara pihak Kesatuan memohon perhatian dan ihsan YAB Perdana Menteri, pihak Agensi Pusat dan KKM agar turut mempertimbangkan untuk โ€‹menyerap PPKP dan PKP berstatus kontrak ke jawatan TETAP Dianggarkan berjumlah 500 org.

Langkah ini penting dan selari dengan dasar kerajaan sekarang yang mengutamakan pencegahan penyakit dan sebagai pengiktirafan atas pengorbanan barisan hadapan sejak sekian lama malah bagi memastikan sistem kesihatan awam negara kekal mampan, berdaya saing, dan bersiap sedia mendepani sebarang ancaman kesihatan di masa hadapan. Pihak Kesatuan yakin permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan semua selari dengan dasar Malaysia Madani sekarang.

Sekian Terima Kasih.

โ€‹Dikeluarkan Oleh:
โ€‹Presiden,
Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM)

โ€‹Presiden
Kesatuan Inspektor Kesihatan Jabatan Kesihatan Sarawak(KIKS)

โ€‹Presiden
Kesatuan PPKP Sabah(KPPKPS)

๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡diucapkan kepada ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จ ๐ƒ๐ซ. ๐•๐ž๐ซ๐จ๐ง๐ข๐œ๐š ๐‹๐ฎ๐ ๐š๐ก, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, atas pengurnia...
11/10/2026

๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

diucapkan kepada ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จ ๐ƒ๐ซ. ๐•๐ž๐ซ๐จ๐ง๐ข๐œ๐š ๐‹๐ฎ๐ ๐š๐ก, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, atas pengurniaan ๐ƒ๐š๐ซ๐ฃ๐š๐ก ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐˜๐š๐ง๐  ๐€๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ข๐š ๐๐ข๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค, ๐๐š๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐ฆ๐š ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š ๐๐ข๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค (๐.๐’.๐.๐’.) yang membawa gelaran Dato.

Pengurniaan ini adalah bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, pada 10 Oktober 2026.

Semoga pengurniaan ini menjadi satu pengiktirafan yang bermakna atas jasa, sumbangan dan komitmen berterusan beliau dalam memartabatkan sektor kesihatan, khususnya di Negeri Sarawak.

Ikhlas daripada,

Exco Tertinggi, Ahli Jawatankuasa dan Seluruh Ahli
Kesatuan Inspektor Kesihatan
Jabatan Kesihatan Sarawak

KEBERSIHAN ASAS KESIHATAN

09/10/2026
๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐”๐€๐’๐€ (๐๐ƒ๐Š)๐‘๐”๐” ๐€๐Š๐“๐€ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ–๐Ÿ‘https://www.facebook.com/share/p/1Fp7LNQ1ZV/
09/10/2026

๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐”๐€๐’๐€ (๐๐ƒ๐Š)
๐‘๐”๐” ๐€๐Š๐“๐€ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ–๐Ÿ‘

https://www.facebook.com/share/p/1Fp7LNQ1ZV/

Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) berkata, perkara itu perlu dikaji semula kerana skop tugas pegawai teknologi makanan ketika ini lebih menjurus kepada sokongan dan input teknikal bagi aktiviti penguatkuasaan. Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) berkata, perkara itu perlu dikaji semula kerana sk...

05/10/2026

SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA (WEHD) 2026

28/09/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆ

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah atas pemergian YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah.

Seluruh warga KKM menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas kehilangan tokoh negarawan yang amat disayangi, yang juga merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di Malaysia.

Jasa, bakti, dan sumbangan berterusan Allahyarhamah dalam memajukan sektor kesihatan awam, khususnya dalam aspek kesihatan ibu dan anak serta kesejahteraan masyarakat, akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara.

Mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

๐ŸŽ‰ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Š๐ˆ๐Š ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Simon E...
26/09/2026

๐ŸŽ‰ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Š๐ˆ๐Š ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Simon Emang, atas kepercayaan dan amanah yang diberikan untuk menerajui Kesatuan Inspektor Kesihatan Jabatan Kesihatan Sarawak (KIK Sarawak) sebagai Yang Dipertua bagi Sesi 2026/2029.

Pelantikan ini bukan sekadar satu penghormatan, tetapi merupakan satu amanah besar untuk memimpin, menyatukan dan membawa suara seluruh ahli KIK Sarawak bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Lebih bermakna, kepimpinan baharu ini akan turut didokong oleh barisan EXCO Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang baharu, yang akan bersama-sama membantu Yang Dipertua dalam menggalas tanggungjawab, melaksanakan amanah serta memastikan setiap perancangan dan perjuangan kesatuan dapat diteruskan dengan penuh komitmen.

๐Ÿค YDP tidak berjalan bersendirian.
Di belakang kepimpinan baharu berdiri sebuah pasukan yang membawa satu amanah, satu tanggungjawab dan satu semangat kebersamaan.

๐Ÿ’ช Setiap EXCO dan AJK mempunyai peranan penting dalam memperkukuhkan pentadbiran kesatuan, menjaga kebajikan ahli, mempererat hubungan sesama anggota serta memastikan suara dan kepentingan seluruh ahli KIK Sarawak terus diberi perhatian.

Satu amanah telah diterima.
Satu pasukan telah dibentuk.
Satu perjuangan akan diteruskan.

Kepada En. Simon Emang serta seluruh barisan EXCO Tertinggi dan AJK KIK Sarawak Sesi 2026/2029, semoga diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kesepaduan dalam menggalas amanah yang telah diberikan oleh seluruh ahli.

๐ŸŒŸ Semoga kepimpinan baharu ini terus membawa KIK Sarawak ke arah yang lebih kukuh, bersatu, progresif dan berwibawa.

Kepada seluruh ahli KIK Sarawak, marilah kita bersama-sama memberikan sokongan, kerjasama dan kepercayaan kepada barisan kepimpinan baharu.

Kerana kekuatan kesatuan bukan hanya terletak pada seorang pemimpin, tetapi pada kekuatan sebuah pasukan dan kesatuan hati seluruh ahlinya.

TAHNIAH & SYABAS! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

En. Simon Emang
Yang Dipertua KIK Sarawak
Sesi 2026/2029

Bersama EXCO Tertinggi & AJK KIK Sarawak
Sesi 2026/2029

โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’› BERSAMA MEMIMPIN โ€ข BERSAMA MEMPERKASA โ€ข BERSAMA MEMBINA LEGASI

KIK SARAWAK โ€” SATU KESATUAN, SATU SUARA, SATU PERJUANGAN. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ









Address

JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK, Jalan DIPLOMATIK OFF JALAN BAKO, KUCHING
Kuching
93050

Telephone

+6082473200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HIUS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share