Yayasan Kepimpinan Al Bait - YKAB

Directions Contact the organization

Yayasan Kepimpinan Al Bait - YKAB Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) adalah sebuah badan bukan berorientasikan keuntungan.

YKAB ditubuh berlandaskan tiga (3) objektif iaitu memupuk kepimpinan diri dalam kalangan generasi muda, penganjuran program-program kebajikan dan menyubur budaya menyumbang dalam masyarakat.

Assalamualaikum. Tuan/Puan/Cik dijemput untuk menghadiri Jelajah HIKMAH “Piagam Madinah” yg akan diadakan pada :Tarikh  ...
16/10/2026

Assalamualaikum.
Tuan/Puan/Cik dijemput untuk menghadiri Jelajah HIKMAH “Piagam Madinah” yg akan diadakan pada :
Tarikh : 17/10/26
Jam : 8.00 pagi - 4.00 ptg
Tempat : Dewan HIKMAH.

Penyertaan melalui Kod QR yg tertera di poster.

Kehadiran Tuan/Puan/Cik amatlah kami alu2 kan.

Terima kasih.

Projek Infak Pakaian Al Bait bersempena Program "Petra Jaya Go Recycle" anjuran Kelab Rakan Muda Petra Jaya telah diadak...
15/10/2026

Projek Infak Pakaian Al Bait bersempena Program "Petra Jaya Go Recycle" anjuran Kelab Rakan Muda Petra Jaya telah diadakan pada 20 September 2026 bertempat di Arena Futsal Taman Lee Ling, Kuching, Sarawak.

Melalui program ini, Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) dengan bantuan Sukarelawan Yayasan Kepimpinan Al Bait (SYKAB) telah mengambil bahagian dalam aktiviti pengumpulan dan pengasingan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh masyarakat setempat menerusi Projek Infak Pakaian Al Bait.

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan amalan berkongsi rezeki melalui sumbangan pakaian yang masih elok dan boleh digunakan, di samping memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penggunaan semula pakaian bagi mengurangkan pembaziran serta menyokong kelestarian alam sekitar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kelab Rakan Muda Petra Jaya selaku penganjur serta semua pihak dan masyarakat yang telah memberikan sumbangan dan sokongan dalam menjayakan inisiatif ini.

Semoga usaha kecil ini terus menjadi pemangkin kepada budaya memberi, semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat dalam membantu golongan yang memerlukan.




DIRGAHAYUTUAN YANG TERUTAMAYANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAKTUN PEHIN SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFARS.M.N., S.B....
10/10/2026

DIRGAHAYU

TUAN YANG TERUTAMA
YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
TUN PEHIN SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
S.M.N., S.B.S., P.S.M., P.N.B.S., D.G.S.M., P.J.N., J.S.M., J.B.S., P.B.S., P.P.C.J.I. (EMAS)

sempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 10 Oktober 2026 bersamaan 28 Rabiulakhir 1448H

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan keberkatan dalam memimpin negeri Sarawak menjadi lebih maju dan makmur.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas daripada:
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
serta
Komuniti Yayasan Kepimpinan Al Bait

09/10/2026
Projek Infak Pakaian Al Bait Bahagian Kuching telah dilaksanakan di Lot C27, Aras 2, Majma Mall, Kuching, Sarawak pada b...
09/10/2026

Projek Infak Pakaian Al Bait Bahagian Kuching telah dilaksanakan di Lot C27, Aras 2, Majma Mall, Kuching, Sarawak pada bulan September 2026 yang lepas. Sebanyak kira-kira 2,313 helai pakaian telah diagihkan kepada lebih kurang 229 orang masyarakat umum sekitar Kuching.

Projek Infak Pakaian Al Bait merupakan kerjasama Yayasan Kepimpinan Al Bait bersama Tabung Baitulmal Sarawak dan Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad. Projek ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meringankan beban serta berkongsi kegembiraan kepada golongan yang memerlukan. Projek ini juga bertujuan untuk menyubur budaya menyumbang dalam kalangan masyarakat.

Pakaian untuk program ini merupakan sumbangan masyarakat umum daripada dalam dan luar bandar raya Kuching. Pakaian yang dikumpulkan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan adalah dalam keadaan yang baik dan bersih. Projek ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak dilancarkan pada bulan Ramadan 1444H yang lalu.


✔️ Berminat dengan aktiviti KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN✔️ Berminat menjalankan tugas secara SUKARELA✔️ Sedia berkhidmat d...
08/10/2026

✔️ Berminat dengan aktiviti KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN
✔️ Berminat menjalankan tugas secara SUKARELA
✔️ Sedia berkhidmat dengan penuh KOMITED

JIKA YA, MAKA ANDA YANG KAMI CARI‼️

Jom sertai Sukarelawan Yayasan Kepimpinan Al Bait (SYKAB) kami dengan mengisi pautan google form di bawah:
https://forms.gle/MiE6ybEcifRT3bsV6

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
☎️ Pejabat YKAB : 082 - 544 997
☎️ Wirrmeezy : 011-1667 8233

✨ Sukarelawan Diperkasa, Ummah Sejahtera✨

“MENGUPAYA KEPIMPINAN, MENYANTUNI INSAN, MEMANTAPKAN KESEJAHTERAAN”

Aktiviti Sukarelawan Yayasan Kepimpinan Al Bait (SYKAB) telah giat dijalankan sepanjang September yang lalu. Antara proj...
08/10/2026

Aktiviti Sukarelawan Yayasan Kepimpinan Al Bait (SYKAB) telah giat dijalankan sepanjang September yang lalu. Antara projek-projek yang dijalankan adalah SYKAB Akademi Latihan Insan (ALI) Kuching, Sibu, Miri & Sri Aman, Pengumpulan Pakaian, Projek Infak Pakaian Al Bait, Kuching serta Projek Infak Pakaian Al Bait bersama Rakan Muda Petrajaya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua SYKAB yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kebajikan YKAB sepanjang bulan ini.

Aktiviti SYKAB ini diharapkan dapat memupuk budaya menyumbang dalam diri masyarakat terutamanya generasi muda agar sentiasa aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Semoga usaha murni ini akan diberkati oleh Allah SWT dan SYKAB yang terlibat mendapat manfaat daripada aktiviti tersebut.

Sekiranya berminat, anda boleh turut serta mendaftar sebagai Sukarelawan Yayasan Kepimpinan Al Bait (SYKAB) dengan mengisi pautan google form di bawah:
https://forms.gle/JCH4EVyTUYSdpQVX9

Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut, sila ajukan pada pautan link berikut: (https://wa.link/nhrddr)

YAYASAN KEPIMPINAN AL BAIT dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak, Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad dan Your Choice Ca...
08/10/2026

YAYASAN KEPIMPINAN AL BAIT dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak, Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad dan Your Choice Cafe telah memperkenalkan Projek Sajian Sejahtera Al Bait.

Projek ini merupakan inisiatif untuk memberikan makanan PERCUMA kepada golongan yang memerlukan terutamanya asnaf Fakir dan Miskin dalam bentuk kupon makanan kepada mereka yang berdaftar dengan Tabung Baitulmal Sarawak sahaja. Selain itu, projek ini juga adalah untuk menyubur budaya menyumbang dalam kalangan masyarakat umum.

Kupon projek ini boleh didapati di Kaunter Agihan Ibu Pejabat TBS, Kuching dan Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Bahagian Miri yang beroperasi pada hari Isnin - Jumaat, jam 10 pagi hingga 4 petang.

Penerima kupon Projek Sajian Sejahtera Al Bait ini boleh menebus kupon ini di 4 lokasi Your Choice Cafe (YCC) iaitu di YCC Batu Kawa, YCC Medan Hamidah, YCC Majma’ Mall dan juga YCC Miri.

“Rezeki Dikongsi, Nikmat Disyukuri”



Sebanyak 100 keping kupon telah diagihkan untuk Projek Sajian Sejahtera Al Bait di bahagian Kuching dan Miri bagi Septem...
08/10/2026

Sebanyak 100 keping kupon telah diagihkan untuk Projek Sajian Sejahtera Al Bait di bahagian Kuching dan Miri bagi September 2026.

Projek ini merupakan inisiatif untuk memberikan makanan percuma kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang berdaftar dengan Tabung Baitulmal Sarawak. Selain itu, projek ini juga memberi peluang kepada golongan yang memerlukan untuk merasai suasana yang selesa semasa menikmati hidangan di restoran. Di samping itu, projek ini juga adalah untuk menyubur budaya menyumbang dalam kalangan masyarakat umum.

Kupon projek ini boleh didapati di Kaunter Agihan Ibu Pejabat TBS, Kuching dan Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Bahagian Miri yang beroperasi pada hari Isnin - Jumaat, jam 10 pagi hingga 4 petang.

Penerima kupon Projek Sajian Sejahtera Al Bait ini boleh menebus kupon ini di 4 lokasi Your Choice Cafe (YCC) iaitu di YCC Batu Kawa, YCC Medan Hamidah, YCC Majma’ Mall dan juga YCC Miri.

"Rezeki Dikongsi, Nikmat Disyukuri"



Kelas Al Bait Pengajian Al Quran telah diadakan sepanjang bulan September 2026 di Kompleks Islam Sarawak, Miri. Sejumlah...
07/10/2026

Kelas Al Bait Pengajian Al Quran telah diadakan sepanjang bulan September 2026 di Kompleks Islam Sarawak, Miri. Sejumlah 50 orang peserta telah menyertai kursus tersebut.

Kursus ini merupakan inisiatif Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) untuk melahirkan generasi yang celik ilmu dan mengenali Al-Quran.



Address

Lot 13325, No. 9, Ground Floor, Riveredge Commercial Centre, Section 65 KTLD, Jalan Merdeka Off Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Kepimpinan Al Bait - YKAB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Kepimpinan Al Bait - YKAB:

Shortcuts

Share