29/09/2025
NANCY TEKAD BANTU ANAK PARLIMEN SANTUBONG DALAM LANJUT PELAJARAN
SANTUBONG – Program Rangkaian Kasih NS yang diilhamkan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Ahli Parlimen PHajah Nancy Haji Shukriemperkukuh komitmen dalam memartabatkan pendidikan anak-anak Santubong.
Sehingga kini, seramai 670 orang pelajar telah menerima sumbangan pendidikan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sejak penghujung tahun 2023, sejumlah RM147,800.00 telah disalurkan khusus untuk menyokong usaha ini.
Menurut YB Nancy, inisiatif ini adalah sebahagian daripada iltizam beliau memastikan anak-anak Santubong tidak ketinggalan dalam mengejar ilmu serta mampu mencapai cita-cita mereka.
“Kami mahu setiap anak Santubong terus mendapat dorongan untuk belajar dan berjaya. Sumbangan ini bukan sahaja membantu meringankan beban keluarga, malah menjadi sokongan moral agar mereka terus berusaha hingga berjaya,” jelas beliau.
Pejabat Parlimen P193 Santubong akan terus komited melaksanakan program pendidikan ini sebagai salah satu agenda utama dalam membangunkan modal insan di kawasan Santubong.