14/10/2026
𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗝𝗨 𝗜𝗣𝗦𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 — 𝗕𝗥𝗜𝗚𝗘𝗗 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 𝗣𝗚𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗨𝗣𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡, 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗔𝗦 𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡
KUCHING, 14 OKTOBER 2026 – Seramai lapan orang pegawai dan anggota Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalani latihan akhir di Lapang Sasar PULAPOL Kuching sebagai persediaan sebelum berangkat menyertai Ujian Kemahiran Tembak Tempur Jabatan KDNKA 2026 dan pertandingan International Practical Shooting Confederation (IPSC) yang dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 25 Oktober 2026 di Kem Sultan Azlan Shah, 69 Komando, Ulu Kinta, Perak.
Latihan pemantapan yang dijalankan hari ini memberi tumpuan kepada teknik menembak dinamik, pergerakan taktikal, ketepatan dan kepantasan berteraskan prinsip Diligentia, Vis, Celeritas (DVC), iaitu Accuracy, Power, Speed. Elemen-elemen ini menjadi asas penting dalam memperkukuh kecekapan, kawalan dan konsistensi peserta bagi menghadapi cabaran pertandingan.
Pelaksanaan latihan akhir ini memberi ruang kepada peserta untuk memperhalusi kemahiran serta memantapkan kesiapsiagaan sebelum membawa cabaran Briged Sarawak PGA ke gelanggang pertandingan.
Berbekalkan semangat juang, disiplin serta latihan yang telah dilaksanakan, diharapkan mereka mampu memberikan persembahan terbaik dan mengulangi kejayaan gemilang tahun 2023, ketika Briged Sarawak PGA muncul sebagai juara.
Harapan ini menjadi pembakar semangat buat lapan wakil yang bakal menggalas cabaran, sekali gus meneruskan tradisi kecemerlangan dan mengharumkan nama pasukan di pentas IPSC 2026.
𝗕𝗥𝗜𝗚𝗘𝗗 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 𝗣𝗚𝗔 — 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔, 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗧𝗘𝗚𝗨𝗛, 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡.