KRT Progresif SPS Kampung Bako

KRT Progresif SPS Kampung Bako Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Progresif SPS Kampung Bako, Nonprofit Organization, Jalan Haruan Off Jalan Bako, Kuching.

KRT PROGRESIF SPS KAMPUNG BAKO ADALAH MERUPAKAN SEBUAH BADAN BUKAN KERAJAAN ( NGO) YANG DITUBUHKAN DIBAWAH JABATAN PERPADUAN NEGARA .BERFUNGSI MENJAGA HAL EHWAL KESELAMATAN KAMPUNG DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KE ARAH PERPADUAN MASYARAKAT SETEMPAT

Tahniah kepada semua AJKRT sesi 2026-2028
09/06/2026

Tahniah kepada semua AJKRT sesi 2026-2028

Penanaman & 2 penyiraman anak pokok terung asam☝️19 & 21/05/2026
28/05/2026

Penanaman & 2 penyiraman anak pokok terung asam☝️19 & 21/05/2026

πŸ•ŒπŸ„ PROGRAM KORBAN AIDILADHA 1447H/2026M πŸ„πŸ•ŒAlhamdulillah, Program Korban Aidiladha anjuran KRT Progresif Skim Penempatan ...
27/05/2026

πŸ•ŒπŸ„ PROGRAM KORBAN AIDILADHA 1447H/2026M πŸ„πŸ•Œ
Alhamdulillah, Program Korban Aidiladha anjuran KRT Progresif Skim Penempatan Semula Kampung Bako telah berjaya dilaksanakan pada:
πŸ“… 27 Mei 2026 (Rabu)
πŸ•™ 10.00 pagi hingga 1.00 petang
πŸ“ Pondok Kawalan KRT Progresif SPS Kampung Bako
Program ini bukan sahaja melaksanakan ibadah korban, malah turut mengeratkan ukhuwah, semangat gotong-royong dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat. 🀝✨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, sukarelawan serta penduduk kampung yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT serta mendapat keberkatan dunia dan akhirat. πŸŒ™πŸ€²
"Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu."
β€” Surah Al-Hajj : 37





Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan,...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam kehidupan. Lebih daripada sekadar ibadah, sambutan ini turut menjadi ruang untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan, semangat kebersamaan dan amalan saling membantu dalam masyarakat.

Semoga sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

RONDAAN SRS 16/5/2026 ( Sabtu) 22:00 hrs - 02:00
16/05/2026

RONDAAN SRS 16/5/2026 ( Sabtu)
22:00 hrs - 02:00

RONDAAN SRS RT PROGRESIF SPS KPG BAKO02/05/2026Semua berada dalam keadaan terkawal
03/05/2026

RONDAAN SRS RT PROGRESIF SPS KPG BAKO
02/05/2026

Semua berada dalam keadaan terkawal

RONDAAN SRS RT PROGRESIF SPS KPG BAKO01/05/2026Semua berada dalam keadaan terkawal
03/05/2026

RONDAAN SRS RT PROGRESIF SPS KPG BAKO
01/05/2026

Semua berada dalam keadaan terkawal

πŸŒ™ MALAM CAHAYA SYAWAL 2026 πŸŒ™πŸ“ Anjuran KRT Progresif Skim Penempatan Semula Kampung BakoπŸ“… 19 April 2026Alhamdulillah, Maj...
19/04/2026

πŸŒ™ MALAM CAHAYA SYAWAL 2026 πŸŒ™πŸ“ Anjuran KRT Progresif Skim Penempatan Semula Kampung BakoπŸ“… 19 April 2026

Alhamdulillah, Majlis Malam Cahaya Syawal 2026 telah berlangsung dengan meriah dan penuh makna dengan kehadiran tetamu kehormat serta kira-kira 100 orang penduduk setempat.

Antara yang hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Haji Dirwana bin Haji Azool (Mantan Pengarah Perpaduan Negeri Sarawak), Penghulu Zulhadi bin Sedik, Ketua Kaum Bustari bin Haji Yahya, Encik Noh bin Yahim (Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Bako Indah) serta Cik Zahidah binti Haji Za'afar (Pengerusi Masjid Imaduddin Kampung Bako Indah).

Dalam ucapan beliau, Pengerusi KRT, Encik Yusop bin Haji Malie menekankan bahawa program ini merupakan aktiviti tahunan yang mendapat sambutan hangat dan berperanan penting dalam mengeratkan silaturahim serta memperkukuh perpaduan komuniti setempat.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah Pertandingan Hiasan Lampu Raya serta 40 hadiah cabutan bertuah 🎁✨Selain itu, KRT turut menerima sumbangan sebuah penghawa dingin dan kipas angin.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus kekal dan diperkukuhkan 🀝

Persiapan majlis Cahaya Syawal anjuran KRT Progresif SPS Kampung Bako.. Semua ahli betungkus lumus menyiapkan serta menc...
19/04/2026

Persiapan majlis Cahaya Syawal anjuran KRT Progresif SPS Kampung Bako.. Semua ahli betungkus lumus menyiapkan serta menceriakan Pondok KRT untuk program Malam ini..

06/04/2026

πŸ“ RT Progresif SPS Kampung Bako
πŸ“… 06 April 2026
Alhamdulillah, aktiviti pada hari ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik.
Kerja-kerja membajak batas dan menabur dolomit telah dijalankan sebagai langkah awal dalam penyediaan tanah bagi projek kebun RT Progresif. Aktiviti ini penting untuk memperbaiki struktur tanah dan memastikan kesuburan yang lebih baik untuk tanaman akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir dan bergotong-royong menjayakan aktiviti ini. Semangat kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan amatlah dihargai πŸ’ͺ🌱
Semoga usaha ini memberi manfaat kepada komuniti setempat.



Address

Jalan Haruan Off Jalan Bako
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Progresif SPS Kampung Bako posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Progresif SPS Kampung Bako:

Share