JKKK Taman Ria 3/4 BBS

JKKK Taman Ria 3/4 BBS JKKK Taman Ria Fasa 3/4

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Gabungan NGO Taman Ria dan Taman Impian telah berlangsung dengan penuh meriah dalam suasan...
19/04/2026

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Gabungan NGO Taman Ria dan Taman Impian telah berlangsung dengan penuh meriah dalam suasana harmoni dan penuh ukhuwah.

Program ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim antara penduduk, malah memperkukuh kerjasama antara NGO dalam usaha membina komuniti yang lebih bersatu dan sejahtera.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga semangat kebersamaan ini terus dipupuk demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 🌙✨

HEBAHAN MAKLUMANJKKK Taman Ria Fasa 3 & 4, Bandar Baru Samariang akan melaksanakan Bancian Penduduk di sekitar kawasan T...
13/04/2026

HEBAHAN MAKLUMAN

JKKK Taman Ria Fasa 3 & 4, Bandar Baru Samariang akan melaksanakan Bancian Penduduk di sekitar kawasan Taman Ria Fasa 3 & 4 dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, semua penduduk adalah dimohon untuk memberikan kerjasama kepada ahli-ahli JKKK yang akan turun ke lapangan bagi tujuan pengumpulan maklumat.

Bancian ini bertujuan untuk memastikan data penduduk sentiasa dikemas kini demi perancangan dan penyampaian bantuan serta pembangunan komuniti yang lebih berkesan.

Kerjasama semua amatlah dihargai.

07/03/2026
07.03.26 (Sabtu) - Program Pengagihan Bubur di Bandar Baru Samariang berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat ke...
07/03/2026

07.03.26 (Sabtu) - Program Pengagihan Bubur di Bandar Baru Samariang berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan. Sebanyak 600 pek bubur iaitu bubur lambuk, bubur pedas dan bubur kacang telah diagihkan kepada orang ramai sekitar kawasan tersebut.

Pengagihan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman yang turut meluangkan masa menyantuni penduduk serta pengunjung yang hadir. Program ini bukan sahaja menghidupkan suasana Ramadan, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan kegembiraan kepada semua, selari dengan semangat berkongsi rezeki di bulan yang mulia ini.

*Makluman kepada semua, penyertaan telah ditutup, terima kasih yang telah mendaftar🫰🏻*📣 [PERCUMA] Bengkel Asas MS Word &...
14/07/2025

*Makluman kepada semua, penyertaan telah ditutup, terima kasih yang telah mendaftar🫰🏻*

📣 [PERCUMA] Bengkel Asas MS Word & Canva (Resume)

Nak belajar asas Microsoft Word & cara buat resume yang menarik guna Canva? 💻✨
Jom sertai bengkel anjuran JKKK Taman Ria Fasa 3/4!

🗓️ 19–20 Julai 2025
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Rumah JKKK, Bandar Baru Samariang
👥 Terhad kepada 15 orang peserta
🍽️ Makanan disediakan!
💼 *Bawa laptop sendiri jika ada*
📲 Daftar sekarang – Imbas QR Code dalam poster!

Tempat terhad, siapa cepat dia dapat! 🔥

✨ Program Pengagihan Bubur Lambuk & Bubur Kacang Serta Sumbangan Asnaf ✨Ahad, 23 Mac 2025 - Alhamdulillah, sebanyak 400 ...
23/03/2025

✨ Program Pengagihan Bubur Lambuk & Bubur Kacang Serta Sumbangan Asnaf ✨

Ahad, 23 Mac 2025 - Alhamdulillah, sebanyak 400 pek bubur lambuk dan bubur kacang telah berjaya diagihkan kepada penduduk setempat! Tidak ketinggalan, 10 sumbangan khas kepada golongan asnaf turut disampaikan sebagai tanda keprihatinan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya Ahli Jawatankuasa JKKK Taman Ria Fasa 3 & 4 yang menjayakan program ini. Semoga keberkatan Ramadan sentiasa mengiringi kita semua.

Juh ambik bubur pake sungke!

“Juh ambik bubur pake sungkey!"JKKK Taman Ria Fasa 3 & 4 nganjur Program Pengagihan Bubur Lambuk & Bubur Kacang serta Su...
23/03/2025

“Juh ambik bubur pake sungkey!"

JKKK Taman Ria Fasa 3 & 4 nganjur Program Pengagihan Bubur Lambuk & Bubur Kacang serta Sumbangan Asnaf.

📅 Tarikh: 23 Mac 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 1.00 petang
📍 Tempat: Rumah JKKK Bandar Baru Samariang

Sama-samalah kita bekongsi rezeki & merapat silaturahim. Jumpa di sitok!

Sabtu, 27 Julai 2024Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pantai Damai dan NGO Bandar Baru Samariang telah mengadakan Program...
27/07/2024

Sabtu, 27 Julai 2024

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pantai Damai dan NGO Bandar Baru Samariang telah mengadakan Program Hari Bersama Komuniti di Tapak Tempat Letak Kereta Rumah JKKK Bandar Baru Samariang.

Banyak acara telah diadakan sepanjang program tok berlansung.

Terima kasih juak kepada YB kita, Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi kerana sudi meluangkan masa untuk program pada aritok.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur diatas kejayaan program pada aritok.

08.05.24Alhamdullillah, selesai la Majlis Ramah Tamah kmk org malam tok. Kmk org barisan Ahli JKKK Taman Ria Fasa 3 & 4 ...
08/05/2024

08.05.24

Alhamdullillah, selesai la Majlis Ramah Tamah kmk org malam tok. Kmk org barisan Ahli JKKK Taman Ria Fasa 3 & 4 ingin mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang sudi datang bertandang ke majlis malam tok.

Sempena akhir syawal tok juak, kmk org ingin memohon maaf juak sekiranya ada terkurang dari pihak kami sepanjang berkhidmat.🙏🏼

Apa pun, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, semoga kita bertemu lagi di Syawal tahun hadapan🤲🏻🤲🏻

08.05.2024Pagi tok tek kmk org Ahli JKKK telah sama-sama gotong royong untuk menyambut Ramah Tamah yang berskala kecil p...
08/05/2024

08.05.2024

Pagi tok tek kmk org Ahli JKKK telah sama-sama gotong royong untuk menyambut Ramah Tamah yang berskala kecil pada hari terakhir syawal kita taun 2024 tok.🥹

Terima kasih kepada Pengerusi serta Ahli-Ahli JKKK kita yang telah beri kerjasama yang mabeles untuk menjayakan Ramah Tamah kita tok 🫶🏻🫶🏻

‼️🔈Juhh semua orang Bandar Baru, kita merami di JKKK Fitness Bersama Komuniti 💪🏼pada masa seperti berikutTarikh: 4 Febru...
25/01/2024

‼️🔈Juhh semua orang Bandar Baru, kita merami di JKKK Fitness Bersama Komuniti 💪🏼pada masa seperti berikut

Tarikh: 4 Februari 2024
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Dataran Bandar Baru Samariang (depan Rumah JKKK)

📍Lokasi Google Maps
https://g.co/kgs/ZoHRKZs

Jumpa kitak di sia ✌🏻

**Jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, tarikh akan ditunda pada Ahad seterusnya**

Address

BANDAR BARU SAMARIANG
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKK Taman Ria 3/4 BBS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share