11/06/2026
KENYATAAN RASMI PERTUBUHAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pihak pertubuhan mengambil maklum mengenai hantaran yang telah disiarkan di media sosial berkaitan isu tuntutan gaji yang dikaitkan dengan sebuah syarikat yang berdaftar di bawah pertubuhan ini.
Untuk makluman, pihak pertubuhan sedang meneliti perkara tersebut dan mendapatkan penjelasan daripada pihak-pihak yang berkaitan bagi memastikan fakta sebenar dapat dikenal pasti dengan tepat dan adil.
Pihak pertubuhan menghormati hak mana-mana individu untuk mengemukakan aduan dan mendapatkan pembelaan melalui saluran yang sah. Walau bagaimanapun, kami berharap segala perkara yang dibangkitkan dapat dirujuk terlebih dahulu melalui saluran rasmi bagi mengelakkan sebarang salah faham, spekulasi atau persepsi yang boleh menjejaskan reputasi pertubuhan serta pihak-pihak yang terlibat.
Pertubuhan ini sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan, integriti dan keadilan dalam menguruskan setiap isu yang dibawa kepada perhatian kami. Sebarang keputusan atau tindakan akan dibuat berdasarkan fakta, bukti dan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada pertubuhan.
Kami juga mengingatkan semua pihak agar bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial serta mengelakkan penyebaran kenyataan yang belum disahkan kebenarannya sehingga siasatan dan semakan selesai dilaksanakan.
Pihak pertubuhan akan memberikan maklum balas lanjut sekiranya perlu selepas proses semakan selesai.
Sekian, terima kasih.
"BERSATU, BERINTEGRITI DAN BERAMANAH"
Yang menjalankan amanah,
Pertubuhan Legasi Industri Kesenian Kuching