Wanita ISMA Kuching

Directions

Wanita ISMA Kuching Perjuangan Bermula dari Rumah

06/03/2026
06/03/2026

🌙 JEMPUTAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN KEPADA MUSLIMAH SEKITAR KUCHING🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh hormat dan sukacitanya, kami menjemput Cik/Puan untuk menghadiri Majlis Khatam Al-Quran anjuran Wanita ISMA Kuching dengan kerjasama Masjid Al-Firdaus, Kampung Tunku seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 17 Ramadhan 1447 H bersamaan 7 Mac 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 8.30 oagi - 10.00 pagi
📍 Tempat: Masjid Al-Firdaus, Kampung Tunku, Jalan Astana
🥼 Warna Tema Baju: Hitam (Warna Tudung Bebas)

Agenda Majlis:

8.30 : Pendaftaran peserta

8.40 : Sesi Ceramah bertajuk Al-Quran: Kemanisan Iman Melalui Tadabbur dan Syafaat di Alam Barzakh yang disampaikan oleh Ustazah Hajah Hasmida binti Hasan

9.10 : Sesi Khatamul Quran

9.45 : Penyampaian Cenderahati kepada Qariah Tadarus Masjid Al-Firdaus

10.00: Sesi Bergambar dan bersurai

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas kesempatan kita menyelesaikan bacaan Al-Quran serta memohon keberkatan daripada Allah SWT.
Semoga kehadiran Cik/Puan akan memeriahkan lagi majlis dan bersama-sama kita meraih keberkatan daripada Al-Quran.

“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kamek di nombor 014-3265157.

Jemputan ke Rehal Ramadhan Wanita ISMA Kuching dengan kerjasama Masjid Al-Firdaus, Kampung TunkuProgram akan berlangsung...
22/02/2026

Jemputan ke Rehal Ramadhan Wanita ISMA Kuching dengan kerjasama Masjid Al-Firdaus, Kampung Tunku

Program akan berlangsung di lokasi berikut:

📍Lokasi: Masjid Al-Firdaus, Kampung Tunku,
https://maps.app.goo.gl/roLKsGyG3PvV5z6W8?g_st=aw

💥Peserta Rehal Ramadan (Fizikal) akan dibekalkan
1. Salinan Nota Bacaan Asas Quran beserta Tajiwid
2. Sesi _online_ Rakaman TOT Tajwid & Tadabbur pada 1 Mac 2026 (Ahad),jam 8.00 pagi.

Sebarkan kepada muslimah yang berminat sertai program tok, join group

📌https://chat.whatsapp.com/DV1Udgt2bjEA0b2PnIxJxn?mode=gi_t

Sebarang pertanyaan, boleh whataspp kamek aaa🙂. Semoga kita sama2 beroleh keberkatan dan pahala.

Salam Ramadhan 1447H🌛☄️

17/02/2026

🌙 TIPS MUSLIMAH SAMBUT RAMADHAN

Bersedia Hati • Ibadah • Akhlak

🌸 1️⃣ Perbetulkan Niat
Mulakan Ramadhan dengan hati yang ikhlas.
Bekerja, memasak, mengurus keluarga — semua boleh jadi ibadah.
“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

🌙 2️⃣ Susun Jadual Ibadah
Tetapkan masa untuk: • Solat awal waktu
• Bacaan al-Quran harian
• Doa & zikir
Sedikit tetapi konsisten lebih bermakna.

🌼 3️⃣ Jaga Akhlak & Emosi
Puasa bukan hanya menahan lapar,
tetapi menjaga kata dan sikap.
“Puasa itu perisai.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

🌷 4️⃣ Jaga Kesihatan
• Sahur jangan tinggal
• Minum air secukupnya
• Rehat yang cukup
Tubuh yang sihat membantu ibadah lebih berkualiti.

✨ 5️⃣ Gandakan Doa
Ramadhan bulan mustajab doa.
Ambil peluang untuk berubah.
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan.”
(Ghafir: 60)

Sambut Ramadhan dengan persediaan,
lalui dengan kesabaran,
akhiri dengan kemenangan taqwa.

Allahumma Balighna Lailatul Qadr
Ya Allah sampaikanlah kami kepada Malam Kemuliaan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
💞Ikhlas daripada Wanita ISMA Kuching💞

02/02/2026

NISFU SYAABAN 1447H

Syaaban merupakan antara bulan yang istimewa dalam Islam. Ini kerana terdapat satu malam dalam bulan Syaaban ini yang memiliki kelebihan tersendiri dan digelar sebagai Nisfu Syaaban. Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada bulan Syaaban iaitu 15 Syaaban.

Kehadiran Nisfu Syaaban menandakan kita sudah terlalu hampir dengan bulan yang penuh kemuliaan, bulan Ramadan.

Penuhi hari-hari kita dengan amalan sunnah, sebagai persiapan rohani untuk menggandakan amal dan meraih keberkatan Ramadan.

📢 SEDANG BERLANGSUNG!Siaran Langsung Program: Persiapan Menuju Ramadhan oleh Ustazah Nor Elyani Abdullah.Dapatkan tips p...
01/02/2026

📢 SEDANG BERLANGSUNG!

Siaran Langsung Program: Persiapan Menuju Ramadhan oleh Ustazah Nor Elyani Abdullah.
Dapatkan tips persiapan zahir dan batin sebelum melangkah ke bulan mulia.

Tonton secara online di sini: meet.google.com/jvb-ceub-hkn

🌙✨

Link Online Usrah Wanita x Persediaan Menuju Ramadhan'meet.google.com/jvb-ceub-hkn Or dial: (US) +1 484-713-9671 PIN: 96...
01/02/2026

Link Online Usrah Wanita x Persediaan Menuju Ramadhan'

meet.google.com/jvb-ceub-hkn
Or dial: (US) +1 484-713-9671
PIN: 969 592 133 #
More numbers: t.meet/jvb-ceub-hkn

Address

No 46, Taman Maple Villge
Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita ISMA Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share