04/10/2025
Sabda Rasulullah S.A.W:
ستُصالِحون الرُّومَ صُلْحًا آمِنًا، فتغزُون أنتم وهم عدُوًّا مِن ورائِكم، فتُنصَرون وتغنَمون وتسلَمون، ثمَّ ترجِعون حتَّى تنزِلوا بمَرْجٍ ذي تُلولٍ، فيرفَعُ رجُلٌ مِن أهلِ النَّصرانيَّةِ الصَّليبَ فيقولُ: غلَب الصَّليبُ، فيغضَبُ رجُلٌ مِن المُسلِمِينَ فيدُقُّهُ، فعند ذلك تَغدِرُ الرُّومُ وتَجمَعُ للمَلْحَمةِ.
“Kamu akan berdamai dengan bangsa Rom, untuk berhadapan dengan musuh kamu dan musuh mereka bersama. Maka kamu akan menang, mendapat ghanimah dan selamat. Kemudian apabila kamu pulang hingga sampai ke kawasan tanah tinggi yang subur, seorang Kristian mengangkat Salib lalu berkata: Salib telah menang! Maka seorang Islam menjadi marah lalu membunuhnya. Maka pada saat itu terlerai perdamaian dan keduanya bersiap untuk berperang.”
[HR Abu Daud & Ibn Majah]
Gelombang ketiga flotila ke Gaza kali ini disertai 10 buah bot sudah berlepas pada 27 Sept lepas dari Itali di bawah Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), manakala kapal Conscience dilepaskan di Porto Otranto, semalam.
Delegasi Malaysia terdiri daripada sembilan aktivis, termasuk empat doktor perubatan dan seorang wartawan, menjadikan Malaysia antara peserta terbesar kumpulan itu selepas Turkiye dalam misi ini.
Gerakan FFC ini adalah gerakan flotila susulan selepas Global Sumud Flotilla yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, membabitkan lebih 1,000 sukarelawan yang menaiki hampir 70 bot dengan satu matlamat iaitu memecah kepungan terhadap Gaza.
sumber: