Santubong Kampung Kamek

Santubong Kampung Kamek Page ini menyediakan segala maklumat berkaitan SANTUBONG dan SARAWAK

Pen

12/08/2026
SARAWAK CATAT HASIL TERTINGGI DI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSarawak mencatat kutipan hasil kerajaan negeri tertinggi di Malaysia bagi ta...
12/08/2026

SARAWAK CATAT HASIL TERTINGGI DI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Sarawak mencatat kutipan hasil kerajaan negeri tertinggi di Malaysia bagi tahun 2024, berjumlah RM14.2 bilion.

Jumlah itu lebih dua kali ganda berbanding Sabah yang merekodkan RM6.8 bilion sebagai negeri dengan kutipan hasil kedua tertinggi.
Sarawak turut merekodkan lebihan kewangan kerajaan negeri tertinggi di Malaysia sebanyak RM1.5 bilion pada tahun yang sama.

Pencapaian ini mencerminkan kedudukan kewangan negeri yang kukuh serta prestasi fiskal Sarawak yang terus positif.

RM14.2 BILION
Kutipan hasil tertinggi di Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
RM1.5 BILION
Lebihan kewangan tertinggi di Malaysia

Sumber: Laporan Sosioekonomi Negeri 2025, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) / Edisi UKAS
KITA JAGA SARAWAK โค๏ธ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก | ๐——๐—ข๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—œ๐—”๐— Dulu, ketika laluan masih dalam genggaman, satu demi satu pesaing disisihkan demi memastikan ke...
09/08/2026

๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก | ๐——๐—ข๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—œ๐—”๐— 
Dulu, ketika laluan masih dalam genggaman, satu demi satu pesaing disisihkan demi memastikan kelompok sendiri terus berada di hadapan.
Namun masa berputar.

Hari ini, berkali-kali mencuba mendaki ke peringkat tertinggi, tetapi puncaknya masih belum tergapai.
Kadang-kadang kita terlupa orang yang pernah kita kecewakan mungkin memilih untuk diam. Mereka tidak membalas, tidak melawan, malah tidak berkata apa-apa. Tetapi kita tidak pernah tahu doa apa yang pernah mereka titipkan dalam diam.

Sebab itu, jangan terlalu mudah menjatuhkan orang ketika kita sedang berada di atas. Kedudukan boleh berubah, pengaruh boleh berlalu, dan masa boleh membalikkan keadaan.

Ada luka yang tidak dibalas dengan tangan.
Ada kecewa yang hanya diserahkan kepada Tuhan.
Dan ada doa dalam diam yang kita tidak pernah tahu bila akan terjawab. Masa mempunyai caranya sendiri untuk menyusun cerita.

OUR LOCAL ECO HAVEN โ€“ MINGGU BELIA SARAWAK 2026Orang ramai sekitar Kota Samarahan dan kawasan berdekatan dijemput hadir ...
08/08/2026

OUR LOCAL ECO HAVEN โ€“ MINGGU BELIA SARAWAK 2026

Orang ramai sekitar Kota Samarahan dan kawasan berdekatan dijemput hadir memeriahkan Our Local Eco Haven, sebuah program komuniti berkonsepkan guna pakai semula dan preloved sempena Minggu Belia Sarawak 2026.
Program berlangsung hari ini, 8 Ogos hingga 9 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad), dari 8.00 pagi hingga 11.00 malam bertempat di Dewan Suarah Samarahan.

โ™ป๏ธ Kumpul โ€ข Tukar โ€ข Lelong โ€ข Jual โ€ข Beli
Pelbagai aktiviti dan ruang disediakan termasuk Individual Booth, Car Boot Sales, Thrift & Resale, Auction & Bidder serta Enthusiast Collector.
Jangan lepaskan peluang mencari barangan preloved menarik sambil menyokong budaya guna semula, kurangkan pembaziran dan kelestarian komuniti.

๐Ÿ“ Dewan Suarah Samarahan
๐Ÿ“… 8โ€“9 Ogos 2026
โฐ 8.00 pagi โ€“ 11.00 malam
Jom datang dan meriahkan Our Local Eco Haven! โ™ป๏ธ๐Ÿ›๏ธ

Jogging pagi di Pantai Santubong. Nafas baru, semangat baru, dan pemandangan yang tak pernah mengecewakan....
05/08/2026

Jogging pagi di Pantai Santubong. Nafas baru, semangat baru, dan pemandangan yang tak pernah mengecewakan....

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang, HAJI SU'UT BIN NOR dikenali s...
02/08/2026

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang, HAJI SU'UT BIN NOR dikenali sebagai Usu Su'ut telah kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin, 3.08.2026 bersamaan 19 Safar 1448H jam lebih kurang 3.06am.

Jenazah kini berada di kediaman No.360, Lot 2023, Kpg Tunku Fasa 2, Jln Astana, 93050 Petra Jaya, Kuching.

Jenazah akan diuruskan di Masjid Gita, Kuching pada jam 8am
dan disemadikan di Raudhatul Sakinah, Tanah Perkuburan Semariang.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู
ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ู ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ู

Bagi pihak keluarga, Hjh Hamnah binti Hj Othman sekeluarga

Morning Santubong
01/08/2026

Morning Santubong

๐—”๐—Ÿ๐—›๐—”๐— ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—›...Satu lagi detik bersejarah buat Sarawak.PETROS berjaya mengeluarkan minyak pertama sebanyak 800 tong seh...
22/07/2026

๐—”๐—Ÿ๐—›๐—”๐— ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—›...
Satu lagi detik bersejarah buat Sarawak.
PETROS berjaya mengeluarkan minyak pertama sebanyak 800 tong sehari, sekali gus menjadi simbol kemampuan anak Sarawak mengurus sumber tenaga negeri sendiri.

Pencapaian ini diumumkan sebagai hadiah istimewa sempena Hari Sarawak, mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh ekonomi, meningkatkan hasil negeri dan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat.
Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian besar buat Sarawak pada masa hadapan.

Selamat Hari Sarawak.

Address

Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Santubong Kampung Kamek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Santubong Kampung Kamek:

Shortcuts

Share