Unit Saberkas Tabuan Darat

Unit Saberkas Tabuan Darat ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ l @๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—— ๐‘€๐‘’๐‘‘๐‘–๐‘Ž

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam KASIH Keluarga. Bersempena dengan Sambutan Hari Ibu 2026 yang bertemakan ...
14/05/2026

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam KASIH Keluarga.

Bersempena dengan Sambutan Hari Ibu 2026 yang bertemakan โ€œSeteguh Kasih Ibuโ€, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sedang menjalankan satu tinjauan pendapat umum secara dalam talian bermula daripada 10 hingga 31 Mei 2026. Semua wanita berkahwin warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah dijemput untuk menyertai tinjauan ini.

Pautan tinjauan: https://forms.gle/Ea65AVtJyPDAYR9RA

Terima kasih kerana telah menyertai tinjauan pendapat umum ini.


Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

::Untuk Sarawak, kita target 200 responden dan ke atas. Terima kasih kerana membantu๐Ÿซฐโค๏ธ

๐Ÿ› ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐Ÿ› Unit Saberkas Tabuan Darat ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada semua warga pekerja ...
01/05/2026

๐Ÿ› ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐Ÿ› 

Unit Saberkas Tabuan Darat ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada semua warga pekerja di Malaysia khususnya Kampung Tabuan Darat, Kampung Tabuan Melayu, Kuching Sarawak. Semoga setiap titik peluh jadi keberkatan dan rezeki yang melimpah. Aaamiin!

โ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsa"


Alhamdulillah selesai sudah 1st program kita USTD Sesi 2026-2029...๐ŸคฒSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapk...
30/04/2026

Alhamdulillah selesai sudah 1st program kita USTD Sesi 2026-2029...๐Ÿคฒ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir terutama sekali Ayahanda Penghulu Amzah Haji Dollah yang sudi support program anak muda dan memeriahkan Majlis Ramah Mesra Unit Saberkas Tabuan Darat Sesi 2026-2029 Bersama Komuniti Tahun 2026 pada malam tadi.

Terima kasih juga kepada Pengerusi Unit SABERKAS Kpg Tabuan Selipar Putus bersama AJKnya kerana sudi hadir. Juga terima kasih kepada tuan rumah, Pengerusi USTD Saudara Mohd Terjudin Madli, atas kesudian menyediakan ruang dan layanan yang hebat. Terima kasih juga kepada AJK yang bertungkus lumus dari awal sampei selesei majlis malam tadi.

Anak muda harapan bangsa,
Saberkas wadah penyatu ummah;
Ramah mesra erat bersama,
Ukhuwah kita semakin kukuh.

Semoga ukhuwah antara komuniti kita terutama sekali anak muda kita terus kukuh demi kemajuan bersama. Aaamiin!

Kalau Ada Sumur Di ladang,
Boleh USTD Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yg Panjang,
Next Program Kita Jumpa Lagi!

Belia KUAT, Komuniti MANTAP!

Alhamdulillah, selesai menghadiri Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Cawangan Demak Laut Sesi 2026-2029 hari ini! ๐ŸŒŸ Per...
26/04/2026

Alhamdulillah, selesai menghadiri Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Cawangan Demak Laut Sesi 2026-2029 hari ini! ๐ŸŒŸ

Pertemuan yang penuh dengan semangat anak muda demi menyusun agenda pembangunan komuniti dan memperkasakan potensi belia tempatan.

Syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu yang terpilih untuk Sesi 2026-2029!"

JEMPUTAN KE MAJLIS RAMAH MESRA UNIT SABERKAS TABUAN DARAT SESI 2026-2029 BERSAMA KOMUNITI TAHUN 2026Assalamualaikum dan ...
25/04/2026

JEMPUTAN KE MAJLIS RAMAH MESRA UNIT SABERKAS TABUAN DARAT SESI 2026-2029 BERSAMA KOMUNITI TAHUN 2026

Assalamualaikum dan salam kasih sayang semua...

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit SABERKAS Tabuan Darat (USTD) akan menganjurkan MAJLIS RAMAH MESRA UNIT SABERKAS TABUAN DARAT SESI 2026-2029 BERSAMA KOMUNITI TAHUN 2026 bagi meraikan kepimpinan sesi baharu bersama warga komuniti setempat.

Sehubungan itu, pihak kami dengan penuh berbesar hati menjemput komuniti yang berdekatan di Zon 4 dan Zon 5 untuk hadir ke majlis ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“†30 April 2026 (Khamis)
๐Ÿ•ฃ7.30 Malam
๐Ÿ“Perkarangan Rumah Pengerusi, Saudara Mohd Terjudin Bin Madli, No. 426, Kampung Tabuan Darat, Kuching, Sarawak.

Kehadiran kalian amatlah bermakna bagi kami untuk mengeratkan lagi silaturahim dan membincangkan hala tuju pembangunan komuniti bersama barisan kepimpinan baharu Unit Saberkas Tabuan Darat.

Segala perhatian dan kehadiran pihak kalian semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"BELIA KUAT, KOMUNITI MANTAP"

Saya yang menjalankan amanah,
SETIAUSAHA UNIT
Bagi pihak Pengerusi Unit SABERKAS Tabuan Darat (USTD)

Alhamdulillah Syukur... Mesyuarat Pertama Unit Saberkas Tabuan Darat (USTD) Bil.1/ 2026 yang diadakan seperti ketetapan ...
11/04/2026

Alhamdulillah Syukur... Mesyuarat Pertama Unit Saberkas Tabuan Darat (USTD) Bil.1/ 2026 yang diadakan seperti ketetapan dibawah

๐Ÿ“†11 April 2026M (Sabtu) l 22 Syawal 1447H
๐Ÿ•ฃ8.30 Malam
๐Ÿ“Rumah Pengerusi,
Saudara Mohd Terjuddin Bin Madli,
426 Kpg Tabuan Hilir, Kch.
..telah menangguhkan mesyuaratnya kira-kira jam 9.56 malam ini tadi dengan beberapa agenda yang dibincang dan akhir dipersetujui sebulat suara oleh kesemua ahli mesyuarat yang hadir. Antara agenda yang dibincangkan iaitu...
โœ…Majlis Ramah Mesra USTD Sesi 2026-2029;
โœ…Pengisian Borang AJK Tertinggi USTD Sesi 2026-2029;
โœ…Pengisian Borang Pendaftaran Keahlian Baru USTD; dan
โœ…Lainยฒ Hal:
-Lantikan 6 AJK Biro Utama Dalam USTD; dan
-Kump**an Hadrah Belia USTD.
Doakan KAMI di USTD agar SUCCESS dgn jayanya dan berterusan molah aktiviti/ program utk USTDโœŠ

Alhamdulillah... Selesai sudah Mesyuarat Agung Tri Tahunan Unit Saberkas Tabuan Darat (USTD) Sesi 2026-2029 yang berlang...
07/04/2026

Alhamdulillah... Selesai sudah Mesyuarat Agung Tri Tahunan Unit Saberkas Tabuan Darat (USTD) Sesi 2026-2029 yang berlangsung semalam selepas isyak pada 6 April 2026 (Isnin) di Perkarangan Rumah Encik Saruji Deli, Kpg Tabuan Hilir, Kuching, Sarawak.
Tahniah & Syabas kepada AJK 11 yang baru untuk meneruskan perjuangan. Terima kasih semua ahli yg sudi hadir mesyuarat kali ini dan s*k lupak ngan Penyelaras kali ini iaitu Encik Jaki Abang kerna banyak membantu dalam melancarkan perjalanan mesyuarat kali ini. Terbaikkk...๐Ÿ‘๐Ÿ‘

"Sila Share"
02/01/2026

"Sila Share"

Jom Viral Sarawak
AIR PASANG BESAR (KING TIDE) 4 JANUARI DIJANGKA TINGKAT RISIKO BANJIR DI SARAWAK

KUCHING 1 Januari 2026 - Fenomena air pasang besar atau king tide yang dijangka berlaku pada Ahad ini berpotensi memburukkan keadaan banjir di Sarawak, khususnya di kawasan rendah dan pesisir sungai, sekiranya bertembung dengan hujan lebat berterusan akibat Monsun Timur Laut.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata amaran cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan hujan berkemungkinan berterusan dalam tempoh dua hingga tiga hari, sekali gus meningkatkan kebimbangan apabila digabungkan dengan king tide yang menyebabkan paras air laut dan sungai naik.

Menurut beliau, setakat ini lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka susulan banjir di bahagian selatan Sarawak.

Dewan Masyarakat Stapok 55 Ketua Isi Rumah (KIR), 203 mangsa, Dewan Sinar Budi, Petra Jaya 31 KIR, 129 mangsa
Surau Ar-Rahman, Kampung Sungai Batu 4 KIR, 16 mangsa, Surau Nurul Najin, Kampung Darul Hana (Stapok) angka mangsa sedang dikemas kini
Dewan Taman Malihah 46 KIR, 123 mangsa.

Beliau menegaskan, king tide pada 4 Januari menjadi faktor utama yang perlu diberi perhatian kerana kenaikan paras air secara mendadak boleh berlaku dalam masa singkat, terutamanya jika hujan lebat berterusan.

Keadaan ini beris*ko menjejaskan lebih banyak kampung dan penempatan rendah yang sememangnya terdedah kepada banjir.

Sehubungan itu, semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat bahagian dan daerah telah diarahkan untuk bersiap siaga sepenuhnya, termasuk memastikan PPS berada dalam keadaan bersih, lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas serta bekalan makanan dan peralatan mencukupi.

Jabatan Kebajikan Masyarakat p**a berada dalam keadaan siap siaga dengan beberapa pusat bekalan utama, manakala Jabatan Kesihatan Negeri melaksanakan pemeriksaan kesihatan di setiap PPS mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Datuk Amar Douglas turut menasihatkan penduduk, khususnya di kawasan rendah, supaya mematuhi arahan pemindahan apabila dikeluarkan demi keselamatan nyawa.

Katanya, pengalaman banjir lalu menunjukkan paras air boleh naik dengan sangat pantas, menyukarkan operasi menyelamat jika pemindahan lewat dilakukan.

Operasi pemantauan turut diperkukuh melalui bilik gerakan 24 jam termasuk pemantauan sistem empangan dan baraj bagi mengawal paras air sungai.

Pada masa sama, pasukan tindak balas komuniti di kawasan luar bandar terus digerakkan bagi membantu pemindahan awal sekiranya diperlukan.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada sepanjang tempoh Monsun Timur Laut ini, khususnya menjelang 4 Januari, dan sentiasa mengikuti maklumat serta arahan terkini daripada pihak berkuasa.

Firdaus




"Sila Share"Assalamualaikum wbt dan salam 25 Ramadhan kepada Warga Kpg Tabuan Melayu, Kpg Tabuan Hj Drahman dan Kpg2 ber...
25/03/2025

"Sila Share"

Assalamualaikum wbt dan salam 25 Ramadhan kepada Warga Kpg Tabuan Melayu, Kpg Tabuan Hj Drahman dan Kpg2 berdekatan...

๐™…๐™๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™‰ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™ˆ๐˜ผ๐™ƒ ๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰๐™„ ๐™๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐™ƒ๐˜ผ๐™‰ ๐™๐˜ผ๐™”๐˜ผ ๐™‹๐™€๐™๐™„๐™‰๐™‚๐™†๐˜ผ๐™ ๐™‹๐˜ผ๐™๐™‡๐™„๐™ˆ๐™€๐™‰ ๐™‹193 ๐™Ž๐˜ผ๐™‰๐™๐™๐˜ฝ๐™Š๐™‰๐™‚๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“†29 Mac 2025 (Sabtu) l 28 Ramadhan 1446H
๐Ÿ•™10.00 pagi sehingga 3.00 ptg
๐Ÿ“Perkarangan Masjid Darul Hajat Kpg Tabuan Hilir/SPC

::Keperluan Asas harian yang dijual seperti:
โœ…Beras / Gula /Telor dll.
โœ…Termasuk Barang2 Basah (Ayam & Daging dll).

::Harga setiap barang LESS 30% dari harga asal๐Ÿ˜

::PERINGATAN MESRA:
๐™Ž๐™€๐™๐™„๐˜ผ๐™‹ ๐™„๐™‰๐˜ฟ๐™„๐™‘๐™„๐˜ฟ๐™ ๐˜ฟ๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐˜ฟ๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐™€๐™‡๐™„๐˜ผ๐™‰๐™‰๐™”๐˜ผ๐Ÿง
๐˜ฝ๐™€๐™‡๐™„ ๐™‹๐˜ผ๐™†๐™€๐™„ ๐™†๐™€๐™‹๐™€๐™๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™‡๐™๐˜ผ๐™๐™‚๐˜ผ, ๐˜ฝ๐™๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฝ๐™€๐™‡๐™„ ๐™๐™‰๐™๐™๐™† ๐˜ฟ๐™„๐™…๐™๐˜ผ๐™‡/๐™‹๐˜ผ๐™†๐™€๐™„ ๐˜ฝ๐™€๐™๐˜ฟ๐˜ผ๐™‚๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™Š๐™†๐Ÿ˜‰

Saudara Saudari Tuan/Puan Adik Kakak dijemput hadir berami2 di perkarangan Masjid Darul Hajat kelak untuk berbelanja membeli keperluan barangan asas/ basah untuk keluarga tercinta dengan penuh hemah.

๐™Ž๐˜ผ๐™‹๐˜ผ ๐˜พ๐™€๐™‹๐˜ผ๐™, ๐˜ฟ๐™„๐˜ผ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‹๐˜ผ๐™!!!
Datang Lambat... S*k Ampit... So... Datang ler awai...๐Ÿ˜๐Ÿ˜œ

Share3... Love3...โค

Info by Ayahanda Penghulu Amzah Hj Dollah

22/03/2025

Guysss.... Masih banyak barangan/ pakaian terpakai di Dewan Serbaguna Haji Satim guys. Min ngembak agik berkotak2 n berplastik2 pakaian terpakai yg disumbangkan oleh insan yg bermurah hati. Mun maok pegi... Pegi jak di dewan ya... Sentiasa OPEN kpd semua penduduk kampong... S*kboh malu s*kboh segan... Brg FREE jak s*kda BAYARAN. Hanya byr dengan SENYUMAN & UCAP TERIMA KASIH jak!!!! Selagik brg ya masih ada di dewan, selagik ya kitak urg boleh ke sia. Pegi jak ney tauk ade yg berkenan k.... Apa2pun.... Selamat Hari Raya!

Share3... Love3๐Ÿ’›

Address

Kampung Tabuan Darat, Jalan Kampung Tabuan Melayu
Kuching
93450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Saberkas Tabuan Darat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Saberkas Tabuan Darat:

Share