Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bako

Call Directions

Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bako Pengurusan jenazah Tanah Perkuburan Bako ( PTPIB )

Gabungan peserta belia daripada SURAU WAKAF DARUL RAHMAT dan MASJID AL HIDAYAH KPG BAKO  turut serta dalam KURSUS PENGUR...
29/08/2026

Gabungan peserta belia daripada SURAU WAKAF DARUL RAHMAT dan MASJID AL HIDAYAH KPG BAKO turut serta dalam KURSUS PENGURUSAN JENAZAH yang di adakan di MASJID DARUL HIJRAH BANDAR BARU SAMARIANG pada 29.08.2026 persamaan 16 Rabiulawal 1448H ( Sabtu ). Berharap banyak lagi penglibatan belia dalam kursus-kursus yang seumpama bagi memberi pendedahan kepada belia- belia betapa pentingnya menyiapkan diri untuk bekalan akhirat dan melahirkan Ummah yang bertaqwa.



Tanah Perkuburan Islam Bako.
29/08/2026

Tanah Perkuburan Islam Bako.

Alhamdulillah ...Excavator baru . Semoga dengan ada nya aset penting ini mempermudahkan lagi segala urusan di PTPIB..
06/08/2026

Alhamdulillah ...Excavator baru . Semoga dengan ada nya aset penting ini mempermudahkan lagi segala urusan di PTPIB..

PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK SJKC CHUNG HUA SUNGAI BUDA BERJALAN LANCARKUCHING, 20 Jun 2026 – Program Simulasi Haji Cilik...
20/06/2026

PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK SJKC CHUNG HUA SUNGAI BUDA BERJALAN LANCAR
KUCHING, 20 Jun 2026 – Program Simulasi Haji Cilik anjuran bersama Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bako dan Panitia Pendidikan Islam SJKC Chung Hua Sungai Buda telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan seramai 62 orang murid Islam.
Program yang diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid mengenai ibadah haji melalui pendekatan pembelajaran secara teori dan amali. Selain meningkatkan kefahaman tentang rukun Islam kelima, program ini juga bertujuan memupuk minat dan kecintaan murid terhadap ibadah haji sejak usia muda.
Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti yang mensimulasikan perjalanan ibadah haji sebenar. Antaranya ialah pemakaian ihram, niat haji, tawaf mengelilingi replika Kaabah, saie antara Bukit Safa dan Marwah, wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar jamrah serta tahallul. Setiap aktiviti diterangkan secara terperinci bagi membantu murid memahami rukun dan wajib haji dengan lebih jelas dan berkesan.
Program turut diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Tuan Haji Fauzi bin Dolah, yang berkongsi pengalaman serta penghayatan mengenai ibadah haji dan kepentingannya dalam kehidupan seorang Muslim.
Salah seorang peserta, ,Nur alfanisa BT Mohd ahnaf wafiy lim berkata beliau amat teruja kerana dapat merasai sendiri pengalaman melaksanakan simulasi ibadah haji.
"Sebelum ini saya hanya menonton di televisyen. Apabila dapat melakukan tawaf, saie dan melontar jamrah secara praktikal, saya lebih memahami cara pelaksanaan ibadah haji. Program ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan," katanya.
Seorang lagi peserta, Mohd amzaree bin Mohd Jeffery ho turut melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana berpeluang menyertai program tersebut.
"Saya berasa sangat seronok kerana dapat belajar sambil melakukan sendiri setiap aktiviti berkaitan ibadah haji. Program ini menjadikan saya lebih faham tentang rukun haji dan berharap suatu hari nanti dapat menunaikan haji bersama keluarga," ujarnya.
Ketua Panitia Pendidikan Islam SJKC Chung Hua Sungai Buda, Ustazah Azma bt Mamat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bako atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program tersebut walaupun ia tiada dalam silibus sekolah rendah.
Beliau berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ia bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman murid tentang ibadah haji, malah memberi pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna serta menyeronokkan.
Turut hadir memeriahkan program ialah Penasihat Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bako, Ustaz Tarmizi bin sabeli dan Dr. Abdol Kader Othman, yang sentiasa menyokong usaha memperkasakan pendidikan Islam dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SJKC Chung Hua Sungai Buda, Alexander Sim. Dalam ucapannya, beliau memuji usaha penganjur yang berjaya menggabungkan elemen pendidikan dan pengalaman praktikal dalam satu program yang sangat bermanfaat. Beliau turut menyatakan bahawa aktiviti seperti ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan murid tentang agama Islam, malah membantu membentuk sahsiah, disiplin dan nilai-nilai murni dalam kalangan peserta.
Program berakhir dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta sesi bergambar kenangan bersama peserta, guru-guru dan tetamu jemputan.

KURSUS KEROPOK LEKOR ANJURAN CENTEXS BERSAMA PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN ISLAM BAKOBEETEMPAT DI TANAH PERKUBURAN ISLAM B...
23/05/2026

KURSUS KEROPOK LEKOR
ANJURAN CENTEXS BERSAMA PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN ISLAM BAKO
BEETEMPAT DI TANAH PERKUBURAN ISLAM BAKO. PADA 23HB MEI . 2026 ( SABTU ) SEBANYAK 20 PESERTA DARI KAWASAN PENDUDUK SETEMPAT MENGAMBIL BAHAGIAN. PENGURUSAN TANAH ISLAM BAKO JUGA AKTIF DALAM MENGADA PELBAGAI JENIS KURSUS YANG MELIBATKAN PENDUDULK SETEMPAT. BAGI MENINGKATKAN MODAL INSAN DI SAMPING MENGERATKAN UKHWAH DI KALANGAN KOMUNITI SETEMPAT.


*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.*Dukacita dimaklumkan bahawa * ISHAK BIN AHMAD FADZLIberusia *46 TAHUN*  KPG...
05/05/2026

*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.*

Dukacita dimaklumkan bahawa * ISHAK BIN AHMAD FADZLI
berusia *46 TAHUN* KPG BAKO HULU telah *kembali ke rahmatullah*pada 5 MEI 2026

Jenazah akan disemadikan di *Taman Perkuburan Islam Bako* pada hari *SELASA 5 MEI 2026,
JAM 3.30ptg

Sama-sama kita sedekahkan *Al-Fatihah* dan doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

GOTONG-ROYONG AMALBERSAMA REJIMEN ASKAR JUTERA DIRAJA PELABUHAN KUCHING ( RAJDPK ) SERAMAI 12 PESERTA DAN AJK PTPIB SERA...
05/04/2026

GOTONG-ROYONG AMAL
BERSAMA REJIMEN ASKAR JUTERA DIRAJA PELABUHAN KUCHING ( RAJDPK ) SERAMAI 12 PESERTA DAN AJK PTPIB SERAMAI 13 PESERTA PADA 05.APRIL.2026 ( AHAD )
" BERSAMA MEMELIHARA KEBERSIHAN, MENYEMAI KEBERKATAN"
Foto : Cikgu Awang Majeri


Assalamualaikum.Terima kasih kepada semua responden yang telah mengisi borang kaji selidik.In Sya Allah kita akan bawa k...
30/03/2026

Assalamualaikum.
Terima kasih kepada semua responden yang telah mengisi borang kaji selidik.
In Sya Allah kita akan bawa ke mesyuarat Lembaga Amanah Masjid Kampung Bako dapatan ini bagi tujuan penambahbaikan.

- PTPIB-

Penggali Kubur Berusia 69 Tahun: Kisah Pengabdian Ismail bin Haji Sani Sejak 1980Di sebalik setiap pengebumian, ada insa...
13/03/2026

Penggali Kubur Berusia 69 Tahun: Kisah Pengabdian Ismail bin Haji Sani Sejak 1980
Di sebalik setiap pengebumian, ada insan yang bekerja dalam diam memastikan urusan terakhir seseorang di dunia ini berjalan dengan sempurna. Bagi Ismail bin Haji Sani, pekerjaan sebagai penggali kubur bukan sekadar tugas fizikal, tetapi satu amanah besar kepada masyarakat.
Ismail bin Haji Sani yang kini berusia 69 tahun berasal dari Kampung Bako, Kuching. Beliau telah lama dikenali dalam kalangan masyarakat setempat sebagai penggali kubur yang setia berkhidmat membantu urusan pengebumian di kawasan tersebut.
Beliau mula terlibat sebagai penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Bako sejak tahun 1980. Pada peringkat awal, penglibatan beliau hanyalah sebagai teman membantu seorang penggali kubur yang dikenali sebagai Pak Harun, yang kini telah meninggal dunia. Dari situlah beliau mula mempelajari selok-belok pekerjaan ini sehingga akhirnya mengambil tanggungjawab tersebut secara penuh.
Sejak lebih empat dekad menjalankan tugas ini, Ismail dianggarkan telah membantu mengebumikan hampir 600 jenazah. Selain di Tanah Perkuburan Islam Bako, beliau juga kini membantu di Tanah Perkuburan Islam Bako Sungai Buda sejak tahun 2022.
Menurut beliau, tugas utama setiap kali ada pengebumian ialah menyediakan liang lahad dengan ukuran yang betul, memastikan keadaan tanah selamat dan sesuai sebelum jenazah dikebumikan. Biasanya proses menggali satu kubur mengambil masa sekitar satu hingga dua jam, bergantung kepada keadaan tanah.
Namun terdapat juga situasi yang lebih mencabar. Antara pengalaman paling sukar yang pernah dialami oleh beliau ialah ketika menyediakan liang lahad bagi jenazah pertama yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bako Sungai Buda pada tahun 2022.
“Ketika itu hujan turun dengan lebat dan tanah menjadi sangat lembik serta mudah runtuh. Kami mengambil masa hampir lima jam untuk menyiapkan liang lahad,” katanya.
Tambah beliau, keadaan menjadi lebih sukar apabila air memenuhi lubang kubur akibat hujan yang berterusan. Bagi mengatasi masalah itu, mereka terpaksa menggunakan enjin pam (pump) untuk mengeluarkan air sebelum kerja dapat diteruskan dengan selamat.
Walaupun berhadapan pelbagai cabaran seperti cuaca hujan, tanah keras dan kerja fizikal yang berat, Ismail tetap meneruskan tugasnya dengan penuh kesabaran. Bagi beliau, pekerjaan ini memberi banyak pengajaran tentang kehidupan.
“Setiap kali melihat keluarga si mati datang memberi penghormatan terakhir, kita dapat merasakan kesedihan mereka. Kadang-kadang kita sendiri turut tersentuh hati. Tetapi pada masa yang sama ia mengingatkan kita bahawa setiap manusia akhirnya akan kembali kepada Allah,” jelasnya.
Beliau juga mengakui bahawa pekerjaan ini memerlukan kekuatan mental dan keikhlasan hati kerana ia berkait rapat dengan urusan terakhir kehidupan seseorang.
Menurut Ismail, antara perkara yang membuatkan beliau terus melakukan pekerjaan ini ialah rasa tanggungjawab kepada masyarakat serta kesedaran bahawa tugas ini sangat penting dalam memastikan urusan pengebumian berjalan lancar.
Di akhir perbualan, beliau berpesan kepada masyarakat agar sentiasa menghargai kehidupan dan melakukan kebaikan selagi masih diberi peluang hidup.
“Melihat begitu banyak pengebumian selama lebih 40 tahun membuatkan saya sedar bahawa kehidupan ini sangat singkat. Kita semua akhirnya akan kembali ke tanah yang sama,” katanya.
Kisah Ismail bin Haji Sani bukan sekadar cerita seorang penggali kubur, tetapi juga kisah tentang pengabdian, keikhlasan dan peringatan bahawa setiap kehidupan pasti akan menemui penghujungnya.
- Cikgu Awg Majeri-

Address

Jalan Sg Budha Bako
Kuching
93050

Telephone

+601125081565

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bako posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share