08/05/2025
Syabas diucapkan kepada pihak Polis Daerah Miri yang telah berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah menerusi dua serbuan berasingan pada bulan Mac lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu yang berkata dalam kenyataan media, tangkapan pertama dilakukan sekitar jam 10 malam di tepi jalan Kampung Lusut yang mana mana polis merampas dadah jenis Methamphetamine seberat 50.10 gram yang dianggarkan bernilai RM5,511.00.
Menurut beliau, hanya 20 minit selepas serbuan pertama, satu lagi serbuan dilakukan di Jalan Hokkien membawa kepada penahanan seorang lagi suspek serta rampasan pelbagai jenis dadah termasuk Methamphetamine, Ketamine dan Erimin 5 dengan jumlah berat 161.51 gram.
Pihak Polis menilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM19,767.00. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dengan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali jika sabit kesalahan.
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Miri bagi permohonan reman.