Dana Kemanusiaan Papisma

Directions

Dana Kemanusiaan Papisma Sokongan pelbagai pihak amatlah diharapkan untuk menjayakan projek-projek kami.

Dana Kemanusiaan Papisma(DAKAP) adalah satu badan kebajikan yang membantu orang ramai yang memerlukan bantuan terdiri daripada golongan asnaf,fakir miskin dan golongan kurang upaya. Satu entiti di bawah Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA - NGO) yang berperanan untuk mengumpul & menyalurkan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik (cth: Ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin, mangsa bencana alam dll).

❤️ BANTU ADIK DANISH PULANG KE PANGKUAN KELUARGA ❤️Adik Danish dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor...
04/09/2026

❤️ BANTU ADIK DANISH PULANG KE PANGKUAN KELUARGA ❤️

Adik Danish dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor dan keluarga Danish semuanya Warganegara Malaysia. Namun, akibat isu dokumen kewarganegaraan ibunya, status kewarganegaraan Danish masih belum jelas.

Sejak terlibat dalam *kemalangan pada 22 Mei lalu*, Danish masih terlantar di hospital dan belum dapat p**ang ke rumah.

Sehingga *26 Ogos 2026*, bil rawatan Danish telah mencecah *lebih RM80,000*. Setelah bayaran deposit sebanyak *RM29,000*, masih terdapat baki sekitar *RM51,000* yang perlu dijelaskan — dan jumlah ini terus meningkat setiap hari.

Lebih menyentuh hati, *Danish adalah seorang hafiz al-Quran.* ❤️

Danish merupakan harapan besar buat neneknya yang telah mengasaskan sebuah *sekolah tahfiz di Masai, Johor*. Neneknya menyimpan harapan agar suatu hari nanti Danish dapat membantu mengurus dan meneruskan perjuangan beliau dalam membangunkan sekolah tahfiz tersebut.

*Namun hari ini, Danish p**a yang sedang memerlukan bantuan kita.*

Dia bukan sekadar seorang pesakit yang memerlukan rawatan.
*Dia seorang anak, seorang cucu, seorang hafiz dan sebuah harapan buat keluarganya.* ❤️

Danish hanya ingin *p**ang ke rumah*… tetapi tunggakan bil rawatan masih menjadi penghalang.

🤲🏻 *Ayuh bersama-sama DAKAP PAPISMA ringankan beban keluarga Danish.*

RM10, RM50 atau RM100 mungkin kecil bagi kita, tetapi apabila disatukan, ia mampu menjadi jalan untuk Danish melunaskan tunggakan rawatan dan *kembali ke pangkuan keluarganya.*

*Mungkin sedikit bagi kita, tetapi cukup besar maknanya buat Danish.*

Semoga setiap ringgit yang kita sumbangkan menjadi *amal jariah, asbab kesembuhan dan asbab Danish dapat p**ang ke rumah serta meneruskan perjuangannya.* 🤲🏻❤️

Hari ini Danish memerlukan kita. Esok, mungkin dia p**a yang akan meneruskan perjuangan membantu orang lain❤️

📲 *Klik link di bawah untuk menyumbang:*

👉 https://toyyibpay.com/SUMBANGAN-PROGRAM-DAKAP-PUSAT

*Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP)*
*Ringankan Beban, Berikan Senyuman* ❤️



📢  *TABUNG BENCANA KEBAKARAN GOK KAPUR, KOTA BHARU*Dalam sekelip mata, api telah memusnahkan 27 buah rumah di Kampung Ci...
05/07/2026

📢 *TABUNG BENCANA KEBAKARAN GOK KAPUR, KOTA BHARU*

Dalam sekelip mata, api telah memusnahkan 27 buah rumah di Kampung Cina, Gok Kapur, menyebabkan puluhan keluarga kehilangan tempat berteduh dan harta benda yang dikumpul sepanjang hayat.

Hari ini mereka bukan sahaja kehilangan rumah, malah kehilangan tempat untuk p**ang, tempat menyimpan kenangan, dan ruang membesarkan keluarga tercinta.

🤲 Marilah bersama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa yang terjejas. Tiada sumbangan yang terlalu kecil apabila ia lahir daripada hati yang ikhlas.

💳 Salurkan sumbangan anda ke: Bank Islam 0301 8010 1577 85 Tetuan PAPISMA Kelantan
📝 Ref: GokKapur

"Mungkin bagi kita hanya beberapa ringgit, tetapi bagi mereka ia adalah harapan untuk memulakan semula kehidupan."

💕 *BANTUANMU MENCIPTA MAHABBAH MENYULAM BARAKAH* 💕


🌟 Jelajah DAKAP BachokPada 23 Mei 2026, NGO Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) telah berjaya menyampaikan sumbangan barang...
25/05/2026

🌟 Jelajah DAKAP Bachok

Pada 23 Mei 2026, NGO Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) telah berjaya menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas serta sedikit bantuan wang tunai kepada 15 keluarga asnaf di sekitar daerah Bachok.

Exco DAKAP, Dr Azura bersama Puan Rash*ta dan Pn Suriati, dibantu oleh Pn Aina serta Ustazah Siti Norsyila turut turun padang menyerahkan sumbangan kepada para penerima.

Penerima bantuan terdiri daripada suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap, suami yang terlantar sakit, ibu tunggal yang kehilangan suami, guru PASTI serta pasangan warga emas. Perjalanan misi bantuan bermula seawal jam 8.30 pagi di Kampung Pantai Damat, Bachok.

“Timo kasih bbanyok doktor mari ata bantuan beras nga bare-bare asas, duit lagi bagi, syukur do oh doh, zame-zame loni payah nok bulih samah seriyal.”

Begitulah luahan rata-rata penerima sumbangan pada hari ini.

Ada antara mereka yang kelihatan tinggal di rumah batu yang nampak selesa dari luar, namun hakikatnya hanya sebahagian kecil rumah itu milik mereka. Ada yang hanya menumpang di sebuah bilik kecil bersama 6 hingga 7 orang ahli keluarga, berlindung di rumah pusaka yang masih belum selesai urusan faraid.

Sesak dada memikirkan masa depan mereka, lebih-lebih lagi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, sedangkan anak-anak sedang membesar dan memerlukan pendidikan yang sempurna.

Namun, kebanyakan mereka ialah ibu-ibu yang sangat cekal dan kuat. Ketiadaan suami sebagai ketua keluarga tidak mematahkan semangat untuk terus berusaha mencari rezeki yang halal. Mereka bekerja tanpa mengenal erti penat, meninggalkan anak-anak di rumah demi memastikan keluarga terus bertahan menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban mereka untuk bulan ini, serta membawa sedikit kegembiraan dan sinar harapan buat seluruh keluarga.

💕 BANTUANMU MENCIPTA MAHABBAH MENYULAM BARAKAH 💕



Papisma Malaysia Cawangan Kelantan Official
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

💫 Terima Kasih Rakyat Malaysia🔥 DAKAP Kelantan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas setiap sumbangan yang dihul...
22/05/2026

💫 Terima Kasih Rakyat Malaysia

🔥 DAKAP Kelantan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas setiap sumbangan yang dihulurkan.
Sesungguhnya keprihatinan kalian bukan sekadar bantuan… tetapi sinar harapan buat mereka yang kehilangan tempat berteduh, kenangan, dan seluruh kehidupan dalam sekelip mata.

Terima kasih rakyat Malaysia atas keprihatinan dan doa yang tidak pernah putus. 🤲🏻

Semoga setiap ringgit yang diberi menjadi asbab kekuatan buat mangsa-mangsa kebakaran di Sandakan untuk bangkit semula. 🤍

💕 BANTUANMU MENCIPTA MAHABBAH MENYULAM BARAKAH 💕


🤍 Bantuan kecemasan Kg.Bahagia, Sandakan, Sabah 🤍“Api itu tidak bertanya…dalam sekelip mata, ia merampas segalanya — rum...
24/04/2026

🤍 Bantuan kecemasan Kg.Bahagia, Sandakan, Sabah 🤍

“Api itu tidak bertanya…
dalam sekelip mata, ia merampas segalanya — rumah, kenangan, dan tempat seseorang memanggil ‘p**ang’.

Hari ini, ada yang tidur tanpa bumbung,
ada anak kecil yang hilang rasa selamat,
ada hati yang masih mencari kekuatan di celah abu yang tersisa…

Kalau bukan kita yang peduli, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Mungkin bagi kita hanya sedikit, tapi bagi mereka… itulah harapan untuk terus hidup.

💡Ayuh bersama DAKAP Kelantan, menjadi cahaya di saat hidup mereka gelap,hulurkan sumbangan:

🏦 Bank Islam
📌 0301 8010 1577 85
👤 Tetuan PAPISMA Kelantan
🕯️Ref: Kebakaran SDKN

Papisma Malaysia Cawangan Kelantan Official
Papisma Cawangan Johor
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
Papisma Cawangan Perak
Papisma Cawangan Selangor
PAPISMA Kedah
Papisma N.Sembilan
PAPISMA Melaka PAPISMA Sarawak POWEr Papisma Online Women Entrepreneurs

🌿 Jelajah DAKAP Dabong🌿📆17/4/26🌀Alhamdulillah, team DAKAP Kelantan diberi peluang untuk turun menziarahi dan menyantuni ...
18/04/2026

🌿 Jelajah DAKAP Dabong🌿

📆17/4/26

🌀Alhamdulillah, team DAKAP Kelantan diberi peluang untuk turun menziarahi dan menyantuni 20 keluarga yang terdiri dari golongan asnaf, sekitar kawasan Dabong, Kuala Krai.

🌀Wang saku sebanyak RM50 beserta barang keperluan asas & kit rohani bernilai RM100 telah disampaikan kepada mereka untuk membantu keperluan harian.

🌀Setiap pertemuan bukan sekadar memberi, tapi mengajar kami erti sabar, syukur dan kasih sayang yang sebenar.😊

🌀Kita sering mendongak memandang ke atas, mengejar apa yang belum dimiliki, sedangkan andai kita menunduk sejenak melihat ke bawah, akan tersingkap betapa banyaknya nikmat kehidupan yang telah kita kecapi dan wajar disyukuri.🤍

🌀Moga setiap langkah kecil ini menjadi asbab kebaikan dan keberkatan untuk semua.

🌀"Ya Allah, permudahkan urusan mereka dan kurniakan kesembuhan serta kekuatan buat mereka". 🤲✨

🌀Jzkk kepada semua penyumbang dana DAKAP,moga Allah membalas dengan sebaik-baik kebaikan🌻


[SUMBANGAN DAPUR RAMADHAN & SAMBUTAN HARI RAYA WARGA ASNAF KOTA BHARU]Alhamdulillah, walhamdulillah 🤍🌿Dengan izin-Nya, s...
19/03/2026

[SUMBANGAN DAPUR RAMADHAN & SAMBUTAN HARI RAYA WARGA ASNAF KOTA BHARU]

Alhamdulillah, walhamdulillah 🤍

🌿Dengan izin-Nya, selesai sudah agihan sumbangan kepada 20 penerima pada hari ini daripada Dana Kemanusiaan Papisma (DAKAP) Kelantan, DAKAP PUSAT & JK Helwa & Keluarga Sakinah Masjid As-Siddiqin dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Parlimen Pengkalan Chepa (MPWP).

🌿 Semoga sedikit bantuan ini menjadi sinar kegembiraan dan mampu meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba.

🌿Firman Allah SWT:
"Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai itu seratus biji. Dan Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki."
(Surah Al-Baqarah: 261)

Sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Roshayati Hassan, Pengerusi MPWP Pengkalan Chepa serta Hajjah Suriyati, Pengerusi JK Helwa & Keluarga Sakinah Masjid As-Siddiqin atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

🌿Terima kasih yg tidak terhingga kepada semua dermawan yang telah memberi sumbangan.

🌿Moga segala usaha ini diberkati, diterima sebagai amal soleh, dan menjadi asbab terjalinnya kasih sayang serta keberkatan dalam kehidupan kita semua.


Papisma Malaysia Cawangan Kelantan Official
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
🌙✨

16/03/2026

🍱 Dapur Ramadhan Gua Musang 🏠

Alhamdulillah selesai agihan oleh team DAKAP Gua Musang kepada saudara² kita lasnaf OKU, ibu tunggal & anak yatim.

Teruskan menyumbang untuk Dapur Ramadhan, akan belayar di 6 daerah yang lain di sekitar Kelantan.

📌 Salurkan infaq anda ke:
03018010157785
Tetuan PAPISMA Kelantan
📝 Ref: dapur ramadhan

💫Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda 🤲🏻

💸 Target sumbangan diperlukan RM 7500

Untuk Pertanyaan Hubungi : http://www.wasap.my/60145346276/dapurramadhan

🍱 Dapur Ramadhan Tanah Merah, Pasir Puteh & Gua Musang 🏠Kapal DAKAP terus lagi belayar dalam bulan Ramadhan mulia ini un...
16/03/2026

🍱 Dapur Ramadhan Tanah Merah, Pasir Puteh & Gua Musang 🏠

Kapal DAKAP terus lagi belayar dalam bulan Ramadhan mulia ini untuk membahagiakan asnaf- asnaf yang memerlukan di sekitar Tanah Merah, Pasir Putih & Gua Musang.

Alhamdulillah, wakil- wakil DAKAP daerah berpeluang menyampaikan sumbangan dapur ramadhan berupa barang basah Rm50/ sebakul & wang ringgit Rm100 untuk meringankan sedikit beban mereka di samping membantu keperluan mereka di bulan Ramadhan ini.

Sebanyak 5 keluarga di sekitar Tanah Merah& Gua Musang & 15 keluarga di Pasir Putih telah diziarah, yang mereka ini terdiri dari asnaf OKU, fakir miskin, ibu tunggal & anak yatim.

Melihat keadaan mereka & luahan mereka shj, sudah meruntum jiwa ini🥹

'Nikmat Tuhan apa lagi yang hendak engkau dustakan'

Melihat mereka, dalam keadaan kita tidak sedar, berjuta nikmat yang Allah telah kurniakan, sudahkan kita syukuri 🥹

Teruskan menyumbang untuk Dapur Ramadhan, akan belayar di 6 daerah yang lain di sekitar Kelantan.

💛 "Takdok sepuluh, bui limo. Takdok limo, bui seriya. Takdok seriya, kita pakat ssapa ko ore lain. Biar pakat-pakat tahu dan boleh sumbang in shaa Allah."

📌 Salurkan infaq anda ke:
03018010157785
Tetuan PAPISMA Kelantan
📝 Ref: dapur ramadhan

💫Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda 🤲🏻

💸 Target sumbangan diperlukan RM 7500

Untuk Pertanyaan Hubungi : http://www.wasap.my/60145346276/dapurramadhan

🍱 Program Dapur Ramadhan 1447H (Pasir Mas)🌻📆 7 Mac 2026🏣Tempat: Kampung Tasek Berangan, dan beberapa buah rumah di sekit...
09/03/2026

🍱 Program Dapur Ramadhan 1447H (Pasir Mas)🌻

📆 7 Mac 2026

🏣Tempat: Kampung Tasek Berangan, dan beberapa buah rumah di sekitar Meranti,Kg Machang Gochoh,Kg Senor Meranti,Kg Banggol Che Musa,Kg Kubang Gadong.

❇️Penyampaian sumbangan dapur Ramadhan kepada 5 buah rumah di Pasir Mas. Turut disertai oleh 3 orang ahli Ameerah Pasir Mas. Semoga ia dapat meringankan beban para penerima.
Sumbangan berupa bahan mentah,kering dan sejumlah wang.

🪄Semoga Allah merahmati para penyumbang dan diterima amal mereka.

🌿DAKAP sentiasa berusaha utk terus menjalankan misi dakwah dan kebajikan ini. Moga sentiasa mendapat sokongan, sumbangan yg berterusan drpd dermawan sekalian.

🌿Bantu kami untuk bantu mereka, teruskan menyumbang untuk ummah.

💕 BANTUANMU... MENCIPTA MAHABBAH, MENYULAM BARAKAH

Papisma Malaysia Cawangan Kelantan Official
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

Address

Kubang Kerian

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dana Kemanusiaan Papisma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share