IKRAM Kelantan

Call Directions Website Contact the organization

IKRAM Kelantan ALLAh SWT Berfirman:
“Wahai orang yg beriman, rukuklah , sujudlah dan sembahlah Tuhanmu dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung. (Al-Haj: 77-78)

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Kelantan adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. Dan berjihadlah kamu pd jln Allah dgn jihad yg sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dlm agama.(Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia(Allah) telah menamakan kamu orang muslim sejak dahulu dan (begitu p**a) dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah kpd Allah, Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.

11/10/2026

Join us for a public dialogue exploring these issues through a colonial and anti-colonial lens, and reflecting on what Malaysians can learn from our own history of colonial rule and the struggle for independence.
📅 10 October 2026
🕗 8.00–10.30 PM
📍 Cheng Yi Auditorium, Level 2, KLSCAH
Organised by: IKRAM, PACE, Citizens International & KLSCAH Youth

09/10/2026

Penyampai : Ustaz Abdullah Tahmin

Setiap Jumaat
9.30 pm - 11.00 pm

🕗 Sesi 1 : 9.30 mlm - 10.15 mlm (pelajar baru)
🕗 Sesi 2 : 10.15 mlm - 11.00 mlm (pelajar lama)

Jom ambil peluang ini untuk sama-sama kita mendalami BAHASA AL-QURAN yang akan membantu kita untuk memahami ISLAM 🥰








IKRAM Muda Tanah Merah bersama Remaja Mukmin telah mengadakan aktiviti MABIT di Sri Aman,Machang dan disusuli aktiviti m...
04/10/2026

IKRAM Muda Tanah Merah bersama Remaja Mukmin telah mengadakan aktiviti MABIT di Sri Aman,Machang dan disusuli aktiviti mendaki Bukit Panau pada 1-2 OKTOBER 2026. Seramai hampir 20 orang remaja telah menyertai program kali ini. Sesi tadabur alam di puncak Bukit Panau mengajak para peserta merenungi kehebatan Allah sebagai pencipta dan menginsafi kekerdilan diri sebagai satu ciptaanNya





Kota Bharu, 26 September 2026 – Program Jaulah Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat IKRAM Pusat ke Zon Timur telah berlang...
28/09/2026

Kota Bharu, 26 September 2026 – Program Jaulah Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat IKRAM Pusat ke Zon Timur telah berlangsung dengan penuh bersemangat di Kota Bharu. Program ini bertujuan menyelaraskan kefahaman tentang gerak kerja serta naratif strategik gerak kerja Pendidikan Masyarakat (PM) antara Pusat dan Negeri. Selain itu, sesi turut memberi ruang untuk mendengar progres dan realiti negeri, mengenal pasti kekuatan serta jurang, dan membina jaringan yang lebih kukuh.

Delegasi IKRAM Pusat diketuai oleh Ustaz Haji Tajul Arifin Che Zakaria, Naib Presiden IKRAM merangkap Ahli JKP Pendidikan Masyarakat. Turut hadir ialah Ustaz Nu’man Hani Jamal (Ahli JKP Pendidikan Masyarakat), Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan (Ketua Jabatan Pendidikan Masyarakat) bersama pegawainya Abdullah Azzam Azmi, serta Ahmad Ubaidah Azmi (Ketua Jabatan Komunikasi Korporat).

Program ini turut memberi tumpuan kepada perbincangan awal mengenai Projek IKON dan Pendidikan Digital, di samping menilai kesesuaian projek lain yang relevan di peringkat negeri. Hasil perbincangan ini diharap dapat menetapkan tindakan susulan yang lebih terarah demi memperkasa agenda pendidikan masyarakat.

28/09/2026

Salam takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, pada jam 9.20 pagi tadi.

Allahyarhamah Tun Dr Hasmah yang meninggal dunia pada usia 100 tahun, banyak menyumbang kepada negara dalam pembangunan kesihatan awam, khususnya dalam aspek kesihatan ibu, kanak-kanak dan wanita.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

25/09/2026

𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇𝐍𝐘𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐁

Penyampai : Ustaz Abdullah Tahmin

Setiap Jumaat
9.30 pm - 11.00 pm

🕗 Sesi 1 : 9.30 mlm - 10.15 mlm (pelajar baru)
🕗 Sesi 2 : 10.15 mlm - 11.00 mlm (pelajar lama)

🌸 KELEBIHAN KELAS🌸

✅ Tenaga pengajar berpengalaman
✅ Kelas yang santai
✅ Nota dibekalkan
✅ Group Whatsapp Bahasa Arab
✅ Peluang bertanya apa-apa soalan mengenai Bahasa Arab.

Jom ambil peluang ini untuk sama-sama kita mendalami BAHASA AL-QURAN yang akan membantu kita untuk memahami ISLAM 🥰








24/09/2026

Bila keluarga gagal jadi tempat selamat, kita perlu tahu ciri‑cirinya — supaya boleh cari jalan keluar. Prof. Dr. Mohammad Rahim, Pakar Kriminologi, FSSK, UKM

🌹 PENGISIAN JALSAH l SABAR 🌹PENGISIAN MAWAR | WANITA DAN SOLAT SEMPURNA, TUNJANG KEKUATANAlhamdulillah, IKRAM Pasir Mas ...
19/09/2026

🌹 PENGISIAN JALSAH l SABAR

🌹PENGISIAN MAWAR | WANITA DAN SOLAT SEMPURNA, TUNJANG KEKUATAN

Alhamdulillah, IKRAM Pasir Mas telah menganjurkan Jalsah & MAWAR pada 19/9/2026 di Masjid Mahmudi Mukim Kangkong, sebuah pertemuan yang menghimpunkan hati-hati yang ingin menimba ilmu, menguatkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

🌿 JALSAH — SABAR

Sesi Jalsah yang bertemakan “Sabar” telah disampaikan oleh Dr. Engku Husna Munirah binti Engku Hassan Ashari.

Sabar bukan sekadar menahan diri ketika diuji. Sabar adalah tentang bagaimana kita terus memilih untuk percaya kepada Allah, tetap melangkah walaupun berat dan meletakkan sepenuh pengharapan kepada-Nya.

✨ Dalam kehidupan seorang wanita, ada banyak perkara yang menuntut kesabaran — dalam mengurus keluarga, mendidik anak-anak, menghadapi cabaran kehidupan dan juga dalam perjalanan memperbaiki diri.

Sabar bukan tanda kita lemah. Sabar adalah kekuatan yang lahir daripada hati yang yakin kepada Allah.

🌹 MAWAR — WANITA & SOLAT SEMPURNA, TUNJANG KEKUATAN

Seterusnya, pengisian MAWAR telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Shukri bin Ismail, yang mengajak kita menghayati kembali kedudukan solat dalam kehidupan seorang wanita.

Solat bukan sekadar kewajipan yang ditunaikan, tetapi merupakan sumber kekuatan jiwa. Dalam kesibukan dan ujian kehidupan, solat menjadi ruang untuk kita berhenti seketika, mengadu kepada Allah dan menyerahkan segala keresahan kepada-Nya.

🌷 Wanita yang menjaga solatnya sedang membina kekuatan dalam dirinya.
🌷 Wanita yang sabar sedang melatih hatinya untuk terus bergantung kepada Allah.

Semoga ilmu yang dikongsikan dalam Jalsah & MAWAR pada hari ini bukan sekadar didengari, tetapi menjadi peringatan yang hidup dalam hati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Semoga setiap langkah kita menuju majlis ilmu ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, iman dan kecintaan kita kepada Allah SWT. 🌹

Sabar menguatkan jiwa.
Solat menguatkan hati.
Allah adalah sumber segala kekuatan. 🤍





19/09/2026

Agresi Remaja: Di Sebalik Pelbagai Punca, ada satu persamaan!! Prof. Dr. Mohammad Rahim, Pakar Kriminologi, FSSK, UKM

Address

Lot 3496, Jalan Tali Air Binjai
Kubang Kerian
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IKRAM Kelantan:

Shortcuts

Share