Yayasan Al-Khairiah

Call Directions Website Contact the organization

Yayasan Al-Khairiah Sebuah NGO di Kota Bharu Kelantan bermatlamat melaksanakan kebajikan

Selain itu, Yayasan Al-Khairiah juga menubuhkan hostel anak-anak yatim dengan tujuan mentarbiah anak-anak yatim. Yayasan mahu anak-anak yatim ini dididik sepertimana ibubapa mendidik anak-anak mereka di rumah iaitu bukan saja memberi perlindungan (tempat tinggal) dan makan pakai sahaja tetapi didikan agama dan akhlak juga diutamakan. Di samping itu pelajaran akademik juga sangat dititikberatkan supaya mereka boleh berjaya dan berkerjaya kelak. Sebab itu, Yayasan sanggup mencari pembiayaan untuk mereka mendapat pelajaran yang lebih baik dengan mengupah guru-guru tuisyen bagi mengajar mereka. Begitu juga Yayasan tidak keberatan untuk meminta sumbangan orang ramai bagi melengkapkan lagi kemudahan-kemudahan di hostel ini bagi keselesaan anak-anak yatim ini.

๐Ÿ”ฅ ๐”๐๐Š๐Š ๐Œ๐€๐Š๐ˆ๐ ๐ƒ๐„๐Š๐€๐“,  ๐Œ๐€๐’๐€ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐‚๐”๐“๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘!Anak-anak anda bakal menduduki UPKK 2026? Gunakan masa yang ada untuk ulan...
17/09/2026

๐Ÿ”ฅ ๐”๐๐Š๐Š ๐Œ๐€๐Š๐ˆ๐ ๐ƒ๐„๐Š๐€๐“, ๐Œ๐€๐’๐€ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐‚๐”๐“๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘!
Anak-anak anda bakal menduduki UPKK 2026? Gunakan masa yang ada untuk ulangkaji secara lebih fokus dan tersusun. ๐Ÿ“š
โšก ๐”๐๐Š๐Š ๐๐จ๐ฐ๐ž๐ซ๐๐จ๐จ๐ฌ๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
Program intensif 2 hari merangkumi 6 subjek:
โœ… Bahasa Arab
โœ… Ibadah
โœ… Adab
โœ… Akidah
โœ… Jawi
โœ… Sirah
๐ŸŽฏ Apa yang anak akan dapat?
โœ”๏ธ Modul & Set Ulangkaji
โœ”๏ธ Teknik Khas DRILL
โœ”๏ธ Percuma App KAFA UPKK
โœ”๏ธ Latihan & Ujian UPKK Terkini
โœ”๏ธ Bimbingan panel berpengalaman
โœ”๏ธ Makanan disediakan
โœ”๏ธ Sijil penyertaan
๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ”โ€“๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ & ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ
โฐ ๐Ÿ•.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ“.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
๐Ÿ“ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐‰๐ฎ๐›๐ฅ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค, ๐๐š๐ง๐ฃ๐ข, ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐๐ก๐š๐ซ๐ฎ, ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง
Jangan biarkan anak masuk dewan peperiksaan tanpa persediaan yang cukup. ๐Ÿ’ช
*Program ini merupakan anjuran Yayasan Al Khairiah dengan kerjasama pihak UMT, UNISZA dan Akademi Quran Al Hadi.
๐Ÿ‘‰ ๐ƒ๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐”๐๐Š๐Š ๐๐จ๐ฐ๐ž๐ซ๐๐จ๐จ๐ฌ๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐š๐ง ๐ค๐ฅ๐ข๐ค pautan di bawah ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ .

https://eduv.my/upkkpowerboost-kel/

PROGRAM INSPIRASI ANAK CEMERLANGPerbincangan strategik bersama pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam usaha me...
20/08/2026

PROGRAM INSPIRASI ANAK CEMERLANG

Perbincangan strategik bersama pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam usaha menyusun dan memperincikan pelaksanaan program murid sekolah rendah. Program ini dirangka sebagai satu inisiatif pendidikan nilaian rendah untuk meningkatkan keyakinan diri serta mencungkil potensi murid sekolah rendah.

Semoga program bakal dilaksanakan nanti memberi inspirasi dan kebaikan kepada kita semua. Selain bermatlamat kebajikan, pendidikan juga merupakan salah satu teras utama pihak YAK supaya generasi sekarang dapat menjadi pemangkin modal insan yang jitu.

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑ ุงู„ุฌุฒุงุก

MAJLIS KERAIAN PERPISAHANAlhamdulillah pihak YAK telah menghadiri program bersama dengan rakan NGO dan pertubuhan lain d...
11/08/2026

MAJLIS KERAIAN PERPISAHAN

Alhamdulillah pihak YAK telah menghadiri program bersama dengan rakan NGO dan pertubuhan lain di satu majlis keraian perpisahan TYT Duta Besar Kuwait ke Malaysia.

Pihak YAK ingin merakamkan setinggi perghargaan dan ucapan khas terima kasih tidak terhingga buat TYT Duta Besar kerana telah banyak menolong dan menabur jasa bakti dalam urusan permudahkan kerja-kerja kebajikan YAK.

Semoga TYT Duta senantiasa dirahmati Allah SWT

LAWATAN ZIARAH OLEH NGO KUWAITDi pagi yang mulia ini, pihak YAK telah menerima tetamu kehormat dari pihak Pertubuhan Kem...
08/08/2026

LAWATAN ZIARAH OLEH NGO KUWAIT

Di pagi yang mulia ini, pihak YAK telah menerima tetamu kehormat dari pihak Pertubuhan Kemanusiaan Kuwait iaitu Dr Abdullah Marzouq sebagai Pegawai Kanan Hubungan Antarabangsa bersama Dato Hj Che Rahim.

Semasa perjumpaan, Setiausaha Kerja YAK telah membentangkan beberapa gerak kerja yang telah dilakukan dan beberapa program akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Semoga kunjungan ziarah mahabbah ini dapat membuka minda pihak YAK serta berterusan dapat melaksanakan kebajikan yang menjadi moto utama YAK.

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑ ุงู„ุฌุฒุงุก ุนู„ู‰ ุฒูŠุงุฑุชูƒู… ูˆุฌุนู„ ุงู„ู„ู‡ ููŠ ู…ูŠุฒุงู† ุญุณู†ุงุชูƒู…

LAWATAN PEMERIKSAAN AUDIT OLEH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI KELANTAN.Hari ini YAK dikunjungi pihak Jab...
25/07/2026

LAWATAN PEMERIKSAAN AUDIT OLEH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI KELANTAN.

Hari ini YAK dikunjungi pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kelantan diwakili oleh YBrs Timbalan Pengarah Che Bakri dan pegawai penguatkuasa Tuan Sarjan Shadan telah melakukan pemeriksaan dokumen YAK. Semasa pertemuan ini diadakan, pihak YAK p**a diwakili oleh Setiausaha dan Ajk Bahagian Hal Ehwal Perundangan.

Tujuan lawatan pemeriksaan ini adalah untuk mengenal pasti adakah sesebuah pertubuhan mengikut selari SOP yang ditetapkan perlembagaan atau wujudnya kepincangan dalam menguruskan pertubuhan tersebut.

Alhamdulillah aโ€™la kulli haal, pihak YAK telah menerima laporan pengiktirafan daripada pihak Jabatan Pertubuhan yang mana hasil pemeriksaan tersebut, mereka sangat berpuas hati di atas pengurusan pentadbiran YAK yang sangat cemerlang.

Harapan mereka semoga YAK sentiasa mengekalkan pengurusan yang baik ini selari dengan Akta Peraturan Pertubuhan yang ditetapkan.

PROGRAM EKSPLORASI ILMU DAN MOTIVASI ANAK YATIM YAK BAGI TAHUN 2025Alhamdulillah sempena pengisian musim cuti sekolah ak...
24/12/2025

PROGRAM EKSPLORASI ILMU DAN MOTIVASI ANAK YATIM YAK BAGI TAHUN 2025

Alhamdulillah sempena pengisian musim cuti sekolah akhir tahun, pihak YAK dengan kerjasama pihak UMT telah laksanakan program khas bersama anak - anak yatim YAK peringkat sekolah menengah.

Anak-anak yang bertuah ini dipilih untuk menyertai program yang bermanfaat dan berharga bersama warga Fakulti Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan(PPAL) UMT terutamanya kepada YBhg. Prof Dr Asyraf Dekan dan Prof Madya Dr Abdul Hanis Timb. Dekan Fakulti.

Kami turut gembira dengan keterujaan anak-anak ini mendapat pendedahan eksplorasi ilmu dan motivasi daripada pakar yang berkaitan. Di zaman yang moden ini, anak muda perlu didedahkan dengan ilmu sains kehidupan yang kreatif, inovatif dan berwawasan supaya dapat adaptasi dengan hakikat kehidupan pada masa akan datang. Justeru itu, segala ilmu yang disampaikan mestilah selari dengan petunjuk wahyu supaya sahsiah diri dijaga rapi.

Semoga segala kebaikan dan tunjuk ajar ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak YAK selama 2 hari ini mendapat keberkatan serta keredhaan Allah SWT.

ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู…

Address

Lot 393, Pangsapuri Kenali, Jalan Raja Perempuan Zainab 2
Kubang Kerian
16150

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 16:30
Saturday 08:30 - 12:00
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+6097644332

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Al-Khairiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Al-Khairiah:

Shortcuts

Share