13/07/2026
Alhamdulillah, pada 11 dan 12 Julai 2026, telah berlangsung Kelas Fizikal TOTIQ Batch 5 Siri 1 & 2 di Hotel Everly Putrajaya🌹
Hampir 300 peserta mendaftar bagi batch kali ini.
Sekitar 140 orang hadir secara fizikal, manakala selebihnya mengikuti sesi secara dalam talian menerusi siaran langsung YouTube.
Sepanjang dua hari, para peserta dibimbing oleh Ustaz Fazrul Ismail dan Ustaz Muhammad Faiz, dengan Ustaz Zaim sebagai moderator.
Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan dengan Canvas Berinteraksi Dengan Al-Quran (BDQ) Level 1 dan Level 2.