Public Health Medicine at Universiti Sains Malaysia

Public Health Medicine at Universiti Sains Malaysia This is the official page for the Dept of Community Medicine, School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia (USM).

We provide updates on public health activities, health information, organize health-related events to enhance the quality of life.

Selamat bersara Prof Madya Dr. Tengku Alina Tengku IsmailSetelah hampir dua dekad menabur bakti di Jabatan Perubatan Mas...
30/04/2026

Selamat bersara Prof Madya Dr. Tengku Alina Tengku Ismail

Setelah hampir dua dekad menabur bakti di Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, jasa, ilmu dan dedikasi Prof Madya Dr Tati akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami semua. Kehadiran Prof Madya Dr Tati bukan sekadar sebagai pensyarah dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, tetapi juga sebagai mentor, inspirasi dan insan yang banyak membimbing dengan penuh hikmah serta ketegasan.

Dua puluh tahun bukan satu perjalanan yang singkat, ia adalah satu legasi penuh pengorbanan, komitmen dan kecemerlangan dalam mendidik anak bangsa, memperkasa bidang kesihatan awam, serta mencorakkan masa depan ramai pelajar dan rakan sekerja.

Terima kasih atas segala jasa, ilmu dan budi yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan. Segala tunjuk ajar, kepimpinan dan kenangan bersama pasti akan terus dikenang.

Semoga fasa persaraan ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan masa yang indah bersama keluarga tercinta. Selamat melangkah ke fasa baharu kehidupan dengan penuh bermakna.

“Jasamu dikenang, budimu disanjung, legasimu terus gemilang.”

Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perubatan Masyarakat, PPSP USM

26/04/2026

Sorotan aktiviti sepanjang Program Jaringan Komuniti dan Akademik Kesihatan Keluarga USM 2026 dalam usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat

PROGRAM JARINGAN KOMUNITI DAN AKADEMIK KESIHATAN KELUARGA USM 2026 🤝❤️Alhamdulillah, misi menyantuni penduduk Daerah Bes...
26/04/2026

PROGRAM JARINGAN KOMUNITI DAN AKADEMIK KESIHATAN KELUARGA USM 2026 🤝❤️

Alhamdulillah, misi menyantuni penduduk Daerah Besut pada 21 - 22 April 2026 telah berjaya direalisasikan! Matlamat kami jelas: memastikan setiap lapisan masyarakat di sini mendapat manfaat kesihatan secara langsung.

Berikut rangkuman perjalanan kami:

📍 Hari Pertama: Tinjauan Kesihatan Primer (PKD Besut & KK Kota Putera) Bagi memastikan inisiatif kami menepati keperluan setempat, kami mendalami operasi fasiliti kesihatan dari akar umbi, memfokuskan kepada:
* Pelaksanaan perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja & Kesihatan Lelaki.
* Taklimat standard kualiti perkhidmatan Pusat Kecemerlangan Kualiti PKD Besut.

📍 Hari Kedua: Khidmat Komuniti (Dewan Orang Ramai, FELDA Tenang)
Program kemuncak ini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran seramai 300 orang peserta! Pelbagai intervensi secara terus diberikan kepada komuniti mengikut peringkat umur:

Demonstrasi kecemasan (CPR & Choking)

✅ Warga Emas: , senaman Chairobic Resistance Band, dan S**aneka Rakyat.
✅ Wanita: Saringan Pap Smear percuma, demonstrasi pemeriksaan payudara (BSE), dan khidmat Perancangan Keluarga.
✅ Kanak-Kanak & Umum: Saringan kesihatan (NHSI) untuk semua, manakala murid Tabika KEMAS didedahkan kepada amalan penjagaan kesihatan diri, sentuhan selamat dan pemakanan sihat.

Jutaan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Klinik Kesihatan Kota Putera, dan Pengurusan FELDA Tenang atas kerjasama luar biasa. Paling istimewa, terima kasih warga FELDA Tenang atas sambutan yang sangat hebat!

Semoga usaha kecil kami ini membawa impak besar buat kesejahteraan keluarga di sini. Kesihatan adalah kekayaan yang paling berharga.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari Warga Jabatan Perubatan Masyarakat dan Unit Kajian Komuniti dan Kes Keluarg...
21/03/2026

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari Warga Jabatan Perubatan Masyarakat dan Unit Kajian Komuniti dan Kes Keluarga

18/03/2026

MPH Raya Check

18/03/2026

Warga Jabatan Perubatan Masyarakat & Unit Kajian Komuniti Kes dan Keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturrahim kita semua.

17/03/2026

Salam Aidilfitri

23/01/2026

Tahukah anda?

Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, terletak di Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan.

Inilah tempat yang telah melahirkan ramai Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang berkaliber, yang terus menyumbang secara signifikan kepada sistem kesihatan Malaysia.

Kami di Kelantan. Titik.

01/01/2026

Recap aktiviti Jabatan Perubatan Masyarakat sepanjang tahun 2025. Selamat datang tahun 2026.

24/12/2025

Keselamatan pesakit, khususnya kanak-kanak, merupakan keutamaan dalam setiap aspek penjagaan kesihatan. Melalui projek video promosi kesihatan ini, kami menekankan kepentingan menjaga keselamatan kanak-kanak, memastikan mereka selamat semasa menerima rawatan, serta menyokong amalan penjagaan yang selamat untuk kanak-kanak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan projek ini, khususnya:
✨ Taska Cahaya Mikael, Kuala Berang
✨ Klinik Kesihatan Gemang
✨ Keluarga Puan Amira

Kerjasama dan sokongan yang diberikan amat dihargai. Semoga usaha ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mewujudkan persekitaran penjagaan kesihatan yang selamat untuk anak-anak kita. 💙

📣 Kalau anda s**a video ini, jangan lupa untuk LIKE, KOMEN dan SHARE kepada orang lain agar mesej keselamatan pesakit dapat disebarkan dengan lebih meluas.

🌍 WHO Patient Safety Day 2025
💙 Patient Safety from the Start: Protecting Care for Every Newborn and Child

💙 Keselamatan Pesakit Bermula Dari Awal

24/12/2025

*Si Kecil Picky Eater?* 😫
🔮 Ini Rahsia Supaya Anak Tak Tolak Sayur Lagi!" 🥗✨

Wah, pening kepala mak ayah bila si kecil mula buat 'drama' waktu makan, kan? Pantang nampak sayur, terus tutup mulut rapat-rapat! 😫🥬

Jangan risau, anda tak sendirian! Rupanya 1 dalam 2 kanak-kanak di Asia adalah picky eater. Kalau dibiarkan, risau p**a anak kurang berat badan atau lebih menakutkan... terbantut! 😱

Tapi tenang ibu ayah, jom kita 'hack' selera anak dengan cara lebih bijak & sihat! Dalam video ni, kami kongsikan:

✅ Cara baca carta pertumbuhan – Nak tahu anak normal atau bantut? Kena check ni dulu!
✅ Nutrisi seimbang – Tak semestinya kena makan nasi hari-hari. Ada banyak lagi sumber karbohidrat & protein yang anak s**a. 🍚🥖
✅ Resepi 'Hidden Veggies' – Kita buat Sup Cendawan Oat, Nugget Ayam Sayuran & Keropok DIY yang confirm anak tambah dua kali! 🥣🍗

Jom kita ubah waktu makan jadi waktu paling happy untuk famili! Anda ada tips lain nak pujuk anak makan? Cuba share kat ruangan komen di bawah! 👇✨



S**a dengan perkongsian ni? Jangan lupa LIKE, SHARE & TAG kawan-kawan yang tengah pening lalat fikir menu anak tu! ❤️

Address

JABATAN PERUBATAN MASYARAKAT, PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN, KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MA
Kubang Kerian
16150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6097676621

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Health Medicine at Universiti Sains Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Public Health Medicine at Universiti Sains Malaysia:

Share