MAP Negeri Kelantan

MAP Negeri Kelantan Malaysians Against Po*******hy (MAP) peringkat Negeri Kelantan.

📢 Penglibatan MAP Negeri Kelantan  dalam Program Kesihatan ReproduktifMAP Kelantan merakamkan penghargaan atas peluang m...
23/04/2026

📢 Penglibatan MAP Negeri Kelantan dalam Program Kesihatan Reproduktif

MAP Kelantan merakamkan penghargaan atas peluang menyertai program anjuran Management & Science University (MSU)

❤️ Cinta Tanpa Risiko: Kesihatan Reproduktif Untuk Semua
📍 AEON Mall Kota Bharu
🗓 23 April 2026

👩‍⚕️ Dr Azliana Aziz
(Pakar Otorhinolaryngology – Head & Neck Surgery)
✨ Aktivis MAP Kelantan & Penceramah
🎤 Topik: Safe S*x Education

🧠 Turut diketengahkan dalam program ini:

👩‍⚕️ Dr A'isyah Che Rahimi
(Pakar Psikiatri)
🎤 Topik:
Po*******hy Addiction: Behaviors & Effects

💡 Kedua-dua topik ini sangat relevan dalam menangani cabaran semasa:
✔ Pendedahan awal remaja kepada kandungan tidak sesuai
✔ Salah faham berkaitan pendidikan seks
✔ Kesan ketagihan pornografi terhadap emosi & tingkah laku

✨ Malaysians Against Po*******hy komited dalam usaha meningkatkan kesedaran, pendidikan dan kesejahteraan komuniti.

📢
📢
📢 *******hy

Anak diam dalam bilik tapi bahaya sedang mengintaiIbu bapa sekalian, zaman anak main kejar-kejar di padang dah berlalu. ...
12/02/2026

Anak diam dalam bilik tapi bahaya sedang mengintai

Ibu bapa sekalian, zaman anak main kejar-kejar di padang dah berlalu. Sekarang padang permainan mereka ada dalam skrin telefon. Dan di situ, ada 'orang asing' yang sangat bahaya.

Ini senarai aplikasi yang perlu anda pantau dalam telefon anak-anak bawah umur.

Pertama, OmeTV atau aplikasi Video Chat Rawak.
Ini paling bahaya. Konsep dia mudah: Tekan satu butang, terus bersemuka dengan orang asing (stranger) secara video live. Anak anda mungkin terdedah kepada lelaki dewasa yang melakukan aksi tidak senonoh (flashing) atau pemangsa seksual.

Kedua, Roblox (Bahagian Chatting).
Ya, Roblox nampak macam game blok yang comel. Tapi ruangan 'Chat' dia adalah lubuk pemangsa (groomer). Mereka menyamar jadi kawan sebaya, minta nombor telefon, minta gambar bogel, atau ajak jumpa di luar.

Ketiga, Litmatch atau Aplikasi 'Cari Kawan'.
Aplikasi ini sangat pop**ar di kalangan remaja sekolah untuk 'mencari teman'. Ia menggunakan avatar kartun yang comel, tapi sebenarnya ia adalah aplikasi dating terselindung. Ramai pedofilia menyamar jadi remaja di sini untuk memancing mangsa.

Keempat, Telegram (Global Search & Bots).
Walaupun feature People Nearby dah tak ada, fungsi 'Search' masih bahaya. Anak-anak boleh taip keyword terlarang dan jumpa beribu group lucah atau video viral tanpa sekatan. Malah wujud 'Bot' yang boleh buat gambar bogel palsu (Deepfake) kawan sekolah mereka.

Kelima, Calculator Vault.
Kenapa anak kecil perlukan aplikasi kalkulator rahsia? Kalau jumpa apps ni, bermakna mereka sedang menyembunyikan sesuatu, sama ada gambar diri sendiri yang tidak elok atau akses kepada laman web terlarang.

Pantau skrin mereka. Dunia siber tiada batas sempadan, dan anak kita tak tahu beza kawan atau lawan.

Credit to : Public Health Malaysia

22 Januari 2026 (Khamis) - Sebagai pembuka tirai tahun baru, MAP berbesar hati menerima jemputan Klinik Kesihatan Mengke...
22/01/2026

22 Januari 2026 (Khamis) - Sebagai pembuka tirai tahun baru, MAP berbesar hati menerima jemputan Klinik Kesihatan Mengkebang untuk bekerjasama dalam Program Kita Jaga Kita. Program ini dilaksanakan di SMU (A) As-Saadah, Kuala Krai seawal jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Program pagi ini berfokus kepada bahaya ketagihan pornografi dan kesannya kepada pelajar. Pelbagai maklum balas positif telah didapati dari pelajar tingakatan 2 dan 3 sekolah tersebut.

Diharapkan program sebegini dapat memberi kesedaran tentang bahaya pornografi dan kesan jangka panjangnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat.

Di kesempatan ini, MAP berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

4 Disember 2025 (Khamis)- Program bengkel jatidiri remaja pelajar Kolej Vokasional Pasir Mas telah diadakan bersama Mala...
06/12/2025

4 Disember 2025 (Khamis)- Program bengkel jatidiri remaja pelajar Kolej Vokasional Pasir Mas telah diadakan bersama Malaysians Against Po*******hy -MAP Kelantan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada remaja tentang bahaya pornografi dan membina jati diri pelajar yg kuat drpd ancaman pengaruh negatif.

Seramai empat orang fasilitator MAP telah turun menyantuni pelajar, diketuai oleh Puan Rashidah. Semoga program ini memberi manfaat kepada para pelajar.

Laporan 10 Mei 2025 (Sabtu) - MAP Negeri Kelantan dijemput oleh UiTM cawangan Machang untuk menyampaikan ceramah dan mem...
18/11/2025

Laporan 10 Mei 2025 (Sabtu) - MAP Negeri Kelantan dijemput oleh UiTM cawangan Machang untuk menyampaikan ceramah dan membuka booth pameran, bersempena program Mahasiswa Bangkit 6.0 : The Resilience Project.

Program ini meriah dihadiri oleh pelajar-pelajar tahun 1 UiTM. Ceramah yang bertajuk "Bahaya Media Sosial dan Kesan kepada Kesihatan Mental" telah disampaikan oleh sukarelawan kita, Dr Aisyah Che Rahimi. Manakala sukarelawan lain terdiri daripada Puan Siti Humaira dan Puan Tengku Yasmin.

Terima kasih kepada pihak penganjur dan diharapkan program ini berjaya mencapai objektif jangka panjangnya.

Laporan 4 Oktober 2025 (Sabtu) - MAP Negeri Kelantan telah dijemput untuk mengadakan pameran di SRI Aman Machang, Machan...
18/11/2025

Laporan 4 Oktober 2025 (Sabtu) - MAP Negeri Kelantan telah dijemput untuk mengadakan pameran di SRI Aman Machang, Machang, bersempena Hari Terbuka SRIAM. Program separuh hari itu telah dihadiri oleh semua ibu bapa, murid-murid dan bakal murid.

Sukarelawan kami terdiri daripada Puan Siti Humaira dan Puan Rohaniah. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput kami.

17 November 2025 (Isnin) - MAP Negeri Kelantan telah dijemput oleh Kelab Pembimbing Efektif Rakan Sebaya (PEERS) dan Uni...
18/11/2025

17 November 2025 (Isnin) - MAP Negeri Kelantan telah dijemput oleh Kelab Pembimbing Efektif Rakan Sebaya (PEERS) dan Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) UiTM cawangan Machang untuk bersama-sama menjayakan program di SMK Bandar Machang, Machang.

Program PEERS'S CSR X Mahasiswa Bangit 7.0 ini disertai oleh semua pelajar tingkatan 1 dan 2 sekolah tersebut. Manakala MAP p**a diwakili oleh Puan Siti Humaira dan Puan Farahidayu.

Para pelajar telah didedahkan dengan pengenalan dan tips menangani pornografi. Pelajar juga telah menyertai Latihan Dalam Kump**an (LDK) yang digerakkan oleh sukarelawan kami dan fasi program tersebut.

Diharapkan selepas menghadiri program ini, para pelajar dapat bertindak bijak dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini.

11 Oktober 2025 (Sabtu) - Alhamdulillah , hari ini MAP Kelantan telah dijemput untuk mengadakan pameran di program Remaj...
11/10/2025

11 Oktober 2025 (Sabtu) - Alhamdulillah , hari ini MAP Kelantan telah dijemput untuk mengadakan pameran di program Remaja Sihat-ATAP NEPAH 2.0 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI, Kota Bharu.

Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur.

3 Julai 2025 - MAP Kelantan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Bahaya Po*******hy di Sekolah Menengah Ke...
18/07/2025

3 Julai 2025 - MAP Kelantan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Bahaya Po*******hy di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Pachor. Antara pelajar yang terlibat adalah
semua pelajar tingkatan 2 & 3 seramai 498 orang.
Puan Zunainah binti Jemenin telah mewakili MAP untuk menyampaikan ceramah tersebut.

Program ini juga adalah anjuran bersama Wanita IKRAM Bachok, dengan kerjasama Dr Sharifah Mastura Syed Mohamad dan Tuan Hafiza Tuan Hussin. Tahniah kepada semua yang terlibat

8 Mei 25- Alhamdulillah, kursus berkaitan Pencegahan & Penanganan Ketagihan Pornografi di Kalangan Remaja bersama staf k...
18/07/2025

8 Mei 25- Alhamdulillah, kursus berkaitan Pencegahan & Penanganan Ketagihan Pornografi di Kalangan Remaja bersama staf kesihatan di Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai telah diadakan.

Dr Syaheedatul Iman telah dijemput untuk melaksanakan kursus ini. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua

Address

Malaysians Against Po*******hy Cawangan
Kubang Kerian
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAP Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MAP Negeri Kelantan:

Share