18/06/2026
AORA Vibes : Suara Komuniti Membentuk Masa Depan KotaSAS 🌿☘️
Terima kasih kepada pihak KotaSAS Tanah Makmur Berhad KOTASAS & UMPSA Malaysia atas jemputan ke sesi Focus Group Discussion (FGD) Green Living Index (GLI) yang berlangsung pada hari ini.
Komuniti Azalea I telah diwakili oleh Puan Mash*tah (Penolong Setiausaha AORA) dan Tuan Sayed (AJK AORA) bagi berkongsi pandangan serta maklum balas komuniti untuk pembangunan KotaSAS yang lebih lestari dan mesra penduduk.
Semoga pandangan dan maklum balas yang dikongsikan dapat membantu membentuk pembangunan KotaSAS yang lebih hijau, mampan dan berdaya huni untuk manfaat komuniti pada masa hadapan.