AORA

AORA AZALEA ONE RESIDENTS ASSOCIATION (AORA)

Salam Nuzul Al-Quran ❤️Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa Nuzul ...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran ❤️

Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran dengan memperbanyakkan membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran.

Semoga Ramadan kali ini juga mengeratkan silaturahim dan semangat kejiranan dalam komuniti kita.

Ikhlas daripada
AORA

AORA VIBES : Aktiviti Sukarelawan AORA | 9 Ramadan 1447HPada 9 Ramadan, AJK AORA telah turun padang meluangkan masa seba...
27/02/2026

AORA VIBES : Aktiviti Sukarelawan AORA | 9 Ramadan 1447H

Pada 9 Ramadan, AJK AORA telah turun padang meluangkan masa sebagai sukarelawan membantu pihak MIASK bertugas untuk iftar dan moreh di Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS.

Alhamdulillah, semangat kebersamaan dan khidmat komuniti ini dapat dilaksanakan dengan baik dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Semoga setiap sumbangan dan sedekah sepanjang bulan mulia ini dilipatgandakan ganjarannya serta diberkati Allah SWT. 🤲🏻

📌 Untuk makluman, sumbangan penduduk Azalea I (P2A) telah diserahkan kepada pihak MIASK bagi program Ihya Ramadan yang akan diadakan pada slot bertarikh 19 Ramadan 1447H bersamaan 9 Mac 2026.

Marilah kita bersama-sama menghidupkan Ramadan dengan amalan kebajikan dan semangat kejiranan.



Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 🌙 Semoga kehadiran bulan yang suci ini menjadi kesempatan untuk kita memperba...
17/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 🌙

Semoga kehadiran bulan yang suci ini menjadi kesempatan untuk kita memperbaiki diri, meningkatkan keimanan serta menyemai kasih sayang sesama insan, di samping memupuk hubungan erat sesama jiran tetangga.

Marilah kita menyambut Ramadan dengan hati yang penuh syukur, ketenangan dan kebahagiaan.

Ikhlas daripada
Azalea One Residents Association (AORA)



🧧 SELAMAT TAHUN BARU CINA 2026 🧧AORA mengucapkan Selamat Tahun Baru Cinakepada semua penduduk Azalea I yang meraikan. ❤️...
17/02/2026

🧧 SELAMAT TAHUN BARU CINA 2026 🧧

AORA mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina
kepada semua penduduk Azalea I yang meraikan. ❤️

Semoga Tahun Baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kemakmuran berpanjangan
kepada anda dan keluarga.

Gong Xi Fa Cai ✨


NOTIS MAKLUMAN AORA : IHYA RAMADAN 2026AORA dengan kerjasama MIASK menjemput semua penduduk di Azalea I KotaSAS untuk be...
09/02/2026

NOTIS MAKLUMAN AORA : IHYA RAMADAN 2026

AORA dengan kerjasama MIASK menjemput semua penduduk di Azalea I KotaSAS untuk bersama-sama menyumbang bagi menjayakan program Ihya Ramadan 2026.

Sumbangan akan disalurkan bagi menjayakan majlis berbuka puasa untuk slot tajaan pada 19 Ramadan 1447H.

💳 Saluran Sumbangan (Pindahan Bank):
Bank : Affin Bank Berhad
Nama Akaun : Persatuan Azalea One

🔖 Sila letakkan Reference/Remark:
"IHYA RAMADAN"
semasa membuat pindahan.

Sebarang pertanyaan & maklumat akaun bank sila hubungi:
📞 Bendahari (Umi) – 019-270 8910
📞 AJK Kebajikan, Modal Insan & Tugas Khas (Johari) – 019-939 9126

📅 Tarikh tutup sumbangan:
Sebelum atau pada 27 Ramadan patau apabila sumbangan mencapai RM8,000, yang mana terdahulu.

✨ Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT.

AORA VIBES : NADI PENGGERAK AGM AORABeberapa minggu kebelakangan ini, barisan AJK bertungkus-lumus membahagikan masa ant...
24/01/2026

AORA VIBES : NADI PENGGERAK AGM AORA

Beberapa minggu kebelakangan ini, barisan AJK bertungkus-lumus membahagikan masa antara kerja hakiki dan tanggungjawab persatuan demi memastikan persiapan AGM AORA 2026 berjalan lancar.

Dari perancangan awal, persediaan tempat, pengurusan program, sehinggalah sebelum, semasa dan selepas AGM semuanya dibuat dengan penuh komitmen dan kerjasama.

Terima kasih atas usaha, masa dan pengorbanan yang dicurahkan.

Tanpa anda semua, AGM ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.




AORA VIBES : WAJAH-WAJAH CERIA AORA 😍Sana sini penuh dengan senyuman dan sembang mesra.Jumpa jiran lama, kenal jiran bar...
24/01/2026

AORA VIBES : WAJAH-WAJAH CERIA AORA 😍

Sana sini penuh dengan senyuman dan sembang mesra.

Jumpa jiran lama, kenal jiran baru, terus jadi macam satu keluarga.

Bila semua datang dengan vibe positif dan sporting memang terasa lagi meriah AGM kita.

Inilah semangat sebenar komuniti Azalea I.





AORA VIBES : SUASANA SEKITAR AGM AORAProgram berjalan lancar dengan kehadiran penduduk yang sangat memberangsangkan.Dari...
24/01/2026

AORA VIBES : SUASANA SEKITAR AGM AORA

Program berjalan lancar dengan kehadiran penduduk yang sangat memberangsangkan.

Dari sesi pendaftaran, mesyuarat, perbincangan, potluck hinggalah aktiviti santai semuanya penuh dengan kemesraan.

Terima kasih atas sokongan, kerjasama dan interaksi dua hala daripada semua ahli demi penambahbaikan serta kebaikan komuniti kita di Azalea I KotaSAS. 🤝

Semoga semangat kebersamaan ini terus kekal dan makin kuat dari masa ke masa.




AORA VIBES : CABUTAN BERTUAH!!!Part paling ditunggu-tunggu apa lagi jika bukan Cabutan Bertuah! 🎉Bila sesi cabutan bermu...
24/01/2026

AORA VIBES : CABUTAN BERTUAH!!!

Part paling ditunggu-tunggu apa lagi jika bukan Cabutan Bertuah! 🎉

Bila sesi cabutan bermula, terus rasa debar satu padang. Nama dipanggil satu persatu, sorakan dan gelak tawa memang happening! 🥳

Tahniah kepada ahli-ahli yang bertuah membawa pulang hadiah. 🎁

Semua hadiah adalah tajaan khas hasil sumbangan sepenuhnya barisan AJK AORA, ikhlas untuk sama-sama berkongsi kegembiraan.

Terima kasih juga kepada ahli-ahli AORA yang sporting dan sentiasa beri sokongan padu ✊🏻 sebab andalah suasana jadi lagi meriah dan bermakna. 🤝

Memang terbaik!





AORA VIBES : SUASANA SEKITAR AGM AORAAlhamdulillah selesai Mesyuarat Agong 1.0 kita. Terima kasih pada semua ahli², Ajk ...
24/01/2026

AORA VIBES : SUASANA SEKITAR AGM AORA

Alhamdulillah selesai Mesyuarat Agong 1.0 kita.

Terima kasih pada semua ahli², Ajk dan semua yang berusaha. 🤝

AORA VIBES : Soopa Doopa Moments @ AGM AORA 2026Paling meriah ketika berlangsungnya AGM sudah tentu gelagat anak-anak AO...
24/01/2026

AORA VIBES : Soopa Doopa Moments @ AGM AORA 2026

Paling meriah ketika berlangsungnya AGM sudah tentu gelagat anak-anak AORA.

Seronok bermain, berlari ke sana sini, ketawa dan senyum kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing.

Ada yang berlari, ada yang bermain bersama, ada yang ketawa tanpa henti, memang meriah suasana dibuatnya.
Cepat mesra, dari tak kenal terus jadi kawan.

Inilah warna-warni yang menceriakan suasana AGM kita.

Bila ibu bapa bermesyuarat, anak-anak pun ada “mini gathering” mereka sendiri.

Semoga ukhuwah kejiranan terus terjalin, bukan sahaja sesama dewasa, malah antara anak-anak juga. ❤️




AORA VIBES : Throwback persiapan AGM AORA 2026AJK AORA dan penduduk bersama-sama bergotong-royong mengangkut serta menyu...
24/01/2026

AORA VIBES : Throwback persiapan AGM AORA 2026

AJK AORA dan penduduk bersama-sama bergotong-royong mengangkut serta menyusun kerusi meja, memasang khemah dan banner, selain membuat penyediaan doorgift, booklet dan bahan design bagi melancarkan perjalanan AGM.

Terima kasih atas semangat kerjasama dan komitmen semua. Inilah kekuatan komuniti kita.




Address

Azalea I Kotasas
Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AORA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share