Persatuan Pemuzik Dan Vokalis Kuantan - PVK

Persatuan Pemuzik Dan Vokalis Kuantan - PVK PERSATUAN PEMUZIK DAN VOKALIS KUANTAN (PVK)

Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (PVK) telah mengadakan satu sesi ziarah kasih ke kediaman Abang Budi malam tadi. B...
04/06/2026

Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (PVK) telah mengadakan satu sesi ziarah kasih ke kediaman Abang Budi malam tadi. Beliau merupakan ahli PVK yang kini dalam proses pemulihan selepas diserang minor stroke.

Dalam kunjungan tersebut, wakil PVK telah menyerahkan sumbangan ikhlas hasil kutipan daripada ahli-ahli persatuan bagi membantu meringankan beban beliau. Setinggi-tinggi penghargaan buat Reda dan Fendy daripada Voyage Studio yang turut serta dalam kunjungan ini.

Pihak persatuan merasa amat bersyukur melihat perkembangan kesihatan Abang Budi yang semakin positif. Semoga semangat setiakawan seperti ini terus subur dalam kalangan pemuzik dan vokalis di Kuantan.

"Muzik Menyatukan Kita, Kebajikan Diutamakan."

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang ahli Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan...
29/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang ahli Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (PVK), Abang Rizal Budiman (PVK057) atau lebih dikenali sebagai Abang Budi RAS Band, telah diduga dengan serangan minor stroke baru-baru ini.

Bagi meringankan beban beliau dan keluarga, pihak PVK melancarkan Sumbangan Kilat Kebajikan. Walaupun persatuan kita masih setahun jagung, marilah kita buktikan semangat setiakawan yang tinggi. Sedikit bagi kita, besar maknanya bagi mereka.

Cara Menyumbang: Imbas (Scan) Kod QR Isteri beliau yang tertera di ruangan komen.

Sumbangan Tunai: Sila hubungi kami

Sama-sama kita doakan semoga Abang Budi cepat sembuh dan kembali ceria memeriahkan dunia muzik kita. Amin.

Buat masa ini Abang Budi belum bersedia untuk sebarang lawatan dan ziarah, Abang Budi dalam tempoh bertenang dan berehat.

🎢 GEMA AIDILADHA, ALUNAN KESYUKURAN 🎢Salam Aidiladha buat seluruh ahli Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (PVK), raka...
27/05/2026

🎢 GEMA AIDILADHA, ALUNAN KESYUKURAN 🎢

Salam Aidiladha buat seluruh ahli Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (PVK), rakan-rakan penggiat seni, serta semua pengikut setia page kami.

Sebagaimana indahnya harmoni dalam sebuah lagu, begitulah indahnya semangat pengorbanan dan kebersamaan yang kita raikan pada hari mulia ini. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kedamaian, dan melodi kebahagiaan yang berpanjangan buat kita semua.

Tulus ikhlas daripada kami di Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (PVK).

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir & Batin.

10/05/2026

π‘·π’†π’“π’•π’†π’Žπ’–π’‚π’ π‘Ίπ’‚π’π’•π’‚π’Š π‘©π’†π’“π’”π’‚π’Žπ’‚ π‘³π’†π’ˆπ’†π’π’…π’‚ π‘¨π’ƒπ’‚π’π’ˆ π‘©π’π’‚π’„π’Œ π’†π’™π‘Ύπ’Šπ’π’ˆπ’”

"Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (PVK) berasa amat bertuah kerana menerima kunjungan daripada salah seorang Ahli Kehormat kami, pemain dram legenda tanah air, Saudara Black (exWings), semalam.

Sambil menikmati minum malam, kami sempat bertukar-tukar pandangan serta idea bernas dalam memacu hala tuju PVK ke arah yang lebih dinamik. Kehadiran beliau bukan sahaja menyuntik inspirasi, malah memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama ahli. Pertemuan diakhiri dengan sesi jamming santai yang cukup bermakna.

Terima kasih Abang Black atas sokongan berterusan terhadap industri muzik di Kuantan!"

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (PVK) yang berlangsung ...
13/04/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (PVK) yang berlangsung semalam. Suasana penuh kemeriahan dan ukhuwah benar-benar terasa dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan dalam dunia muzik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli PVK yang hadir meluangkan masa, serta para jemputan khas yang sudi memeriahkan majlis kami. Kehadiran anda semua menjadi nadi kekuatan persatuan kita untuk terus bergerak aktif dan bersatu padu dalam memartabatkan arena muzik di Kuantan.

Terima kasih juga kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus berkekalan dan membawa lebih banyak manfaat kepada kita semua di masa hadapan.

Jumpa lagi di program PVK yang akan datang!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Di kesempatan yang mulia ini, Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Di kesempatan yang mulia ini, Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (PVK) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli, rakan industri dan penyokong seni muzik tempatan.

Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Ikhlas daripada,
Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (PVK)

Pesanan dari Ahli Kehormat PVK..
18/02/2026

Pesanan dari Ahli Kehormat PVK..

18/02/2026
11/2/26 PVK - Mesyuarat Agung Pertama
11/02/2026

11/2/26 PVK - Mesyuarat Agung Pertama

10/02/2026

Address

A3, Tingkat 1, Lorong IM2/15, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Telephone

+601112077170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pemuzik Dan Vokalis Kuantan - PVK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Pemuzik Dan Vokalis Kuantan - PVK:

Share