30/09/2026
SPKG2026 — selesai, tapi kenangan dia masih belum habis. ❤️
3 hari yang penuh dengan pertemuan semula, gelak tawa, cerita lama, pengalaman baru dan momen yang mungkin akan kita ingat untuk bertahun-tahun.
Terima kasih kepada semua alumni yang pulang, cikgu-cikgu, pihak MRSM Kuantan, para pelajar, BWP, sponsor, penyumbang, vendor, tetamu, speaker dan setiap individu yang membantu menjayakan SPKG2026.
Dan paling utama, terima kasih kepada seluruh komiti SPKG2026 yang bekerja di depan dan belakang tabir. Dari berbulan-bulan planning sampai ke hari terakhir — penat, stress, perubahan last minute, semua kita lalui bersama.
Apa yang bermula sebagai sebuah idea akhirnya menjadi satu kenangan yang nyata.
Terima kasih kerana pulang.
Terima kasih kerana percaya.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada SPKG2026. ❤️
Ini bukan sekadar reunion.
Ini tentang kembali ke tempat semuanya pernah bermula.
Sireh Pulang Ke Gagang.
Dare To Dream. ✨
ThankYouSPKG2026