NGO ASMA' Kuantan

NGO ASMA' Kuantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NGO ASMA' Kuantan, Charitable organisation, NO. 8, LORONG 10, SG. ISAP PERDANA, Kuantan.

📍NGO ASMA Kuantan ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita yang komited dalam melaksanakan program kebajikan, pendidikan dan pembangunan komuniti di sekitar Kuantan.

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir & BatinAlhamdulillah, setelah sebulan kita dididik dalam madrasah Ramadan, kini S...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Alhamdulillah, setelah sebulan kita dididik dalam madrasah Ramadan, kini Syawal menjelma sebagai tanda kemenangan.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan kasih sayang dan ukhuwah sesama kita 🩷

Ikhlas daripada:
NGO ASMA’

Alhamdulillah 🩷Program Edaran Juadah BerbukaFasa 2 (18/3/2026) & Fasa 3 (19/3/2026) telah berjaya dilaksanakan di sekita...
20/03/2026

Alhamdulillah 🩷
Program Edaran Juadah Berbuka
Fasa 2 (18/3/2026) & Fasa 3 (19/3/2026) telah berjaya dilaksanakan di sekitar Kuantan.

Sebanyak 300 bungkus juadah berbuka telah diagihkan kepada:
✅ Penunggang e-hailing
✅ Petugas kesihatan
✅ Pengawal keselamatan
✅ Petugas stesen minyak

Semoga setiap sumbangan ini menjadi asbab kebaikan dan ganjaran berlipat ganda di sisi Allah 🌙

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua penyumbang dan sukarelawan yang terlibat. Hanya Allah mampu membalas segala kebaikan 🤲

Teruskan menyemai kasih, menyantuni masyarakat.

Ikhlas dari NGO ASMA' Kuantan

Alhamdulillah, selesai sudah Program Edaran Juadah Berbuka Puasa kepada rider e-hailing yang berlangsung pada 13 Mac di ...
16/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Edaran Juadah Berbuka Puasa kepada rider e-hailing yang berlangsung pada 13 Mac di Taman Esplanade.

Program ini dianjurkan oleh NGO ASMA’ bagi menyantuni para rider yang masih bertugas mencari rezeki ketika waktu berbuka puasa.
Semoga juadah yang disampaikan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka yang terpaksa berbuka di tempat kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang serta sukarelawan yang telah menjayakan program ini.

Semoga setiap sumbangan dan usaha ini menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT.

Jom Kongsi Rezeki Ramadhan🌙Rasulullah ﷺ bersabda:"Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, baginya pahala seperti...
03/03/2026

Jom Kongsi Rezeki Ramadhan🌙

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu."

Ramadhan mengajar kita erti memberi. Dengan hanya RM7 - anda sudah membantu menyediakan 1 juadah berbuka puasa untuk mereka yang terpaksa bekerja ketika waktu berbuka.

🎯 Sasaran: 300 rider e-hailing, pekerja stesen minyak & pengawal keselamatan di sekitar Kuantan.

Mungkin kecil bagi kita, tetapi besar nilainya di sisi Allah🌸

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan 🌙Selamat datang bulan penuh rahmah, maghfirah dan keberkatan. Semoga Ramadhan kali ini membawa...
18/02/2026

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan 🌙

Selamat datang bulan penuh rahmah, maghfirah dan keberkatan.

Semoga Ramadhan kali ini membawa kita lebih dekat kepada Allah, lebih lapang hati, dan lebih banyak amal yang diterima.

INFAQ KERUSI RODAAlhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai melalui NGO Asma', sebanyak 3 buah kerusi roda telah berjaya...
22/12/2025

INFAQ KERUSI RODA

Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai melalui NGO Asma', sebanyak 3 buah kerusi roda telah berjaya diinfaqkan kepada Klinik Kesihatan Kurnia.

Semoga infaq ini dapat memberi manfaat kepada para pesakit yang memerlukan serta menjadi saham akhirat buat semua penyumbang.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan 🩷

“Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya.”
(Surah Saba’: 39)

22/12/2025

MISI BANTUAN PASCA BANJIR“Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa.”(Surah Al-Ma’idah: 2)NGO ASMA m...
22/12/2025

MISI BANTUAN PASCA BANJIR

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa.”
(Surah Al-Ma’idah: 2)

NGO ASMA melaksanakan misi bantuan pasca banjir dengan menyediakan makanan untuk para sukarelawan serta membantu mencuci rumah mangsa banjir.

Semoga usaha kecil ini memberi kesan besar kepada mereka yang diuji.
🤍

21/12/2025


Masih meneruskan misi menyantuni mangsa banjir di PPS 📍SK Sg Isap Murni📍SMK Sg Isap Murni📍SK Sg IsapTerima kasih yang te...
19/12/2025

Masih meneruskan misi menyantuni mangsa banjir di PPS

📍SK Sg Isap Murni
📍SMK Sg Isap Murni
📍SK Sg Isap

Terima kasih yang terhingga buat para penyumbang yang budiman. Terima kasih juga buat pihak PPS yang sudi menerima kehadiran kami.

19/12/2025

'

NGO ASMA telah turun padang menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sg. Isap da...
19/12/2025

NGO ASMA telah turun padang menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sg. Isap dan SMK Paya Besar.

Sedikit sumbangan dan kehadiran kami diharap dapat meringankan beban serta memberi kekuatan emosi kepada mereka yang diuji.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang bersama menjayakan misi ini.

Semoga setiap kebaikan menjadi amal jariah yang berpanjangan.




21/10/2025

Antara rasional Kampus Kasih by Asma' ditubuhkan.

Kami sedang mencari penaja kasih bagi membantu pelajar asnaf di institusi pengajian tinggi.

Melalui program ini, setiap pelajar akan menerima bantuan bulanan RM100 bagi menampung keperluan asas sepanjang pengajian.

🎯 Sasaran fasa pertama: 10 pelajar asnaf
🤝 Sumbangan anda, semangat mereka untuk terus menuntut ilmu.

💳 Bank Rakyat: 110193997
Pertubuhan Kebajikan ASMA’ Dzatun Nithaqain Kuantan
(Rujukan: Bantuan Pelajar Asnaf)

🌷 Kasih Kampus by Asma’ — Sokongan kecil, impak besar.

PROGRAM KASIH KAMPUS BY ASMA’ 🌸Pertubuhan Kebajikan ASMA’ Dzatun Nithaqain KuantanKami sedang mencari penaja kasih bagi ...
17/10/2025

PROGRAM KASIH KAMPUS BY ASMA’ 🌸

Pertubuhan Kebajikan ASMA’ Dzatun Nithaqain Kuantan

Kami sedang mencari penaja kasih bagi membantu pelajar asnaf di institusi pengajian tinggi.

Melalui program ini, setiap pelajar akan menerima bantuan bulanan RM100 bagi menampung keperluan asas sepanjang pengajian.

🎯 Sasaran fasa pertama: 10 pelajar asnaf
🤝 Sumbangan anda, semangat mereka untuk terus menuntut ilmu.

💳 Bank Rakyat: 110193997
Pertubuhan Kebajikan ASMA’ Dzatun Nithaqain Kuantan
(Rujukan: Bantuan Pelajar Asnaf)

🌷 Kasih Kampus by Asma’ — Sokongan kecil, impak besar.


Address

NO. 8, LORONG 10, SG. ISAP PERDANA
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60139102346

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NGO ASMA' Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NGO ASMA' Kuantan:

Share