KRT Sungai Isap Damai

Directions

KRT Sungai Isap Damai KRT Sungai Isap Damai

06/07/2026
Assalamualikum wbt. Dimaklumkan bahawa pihak KRT Sg Isap Damai ingin menjemput semua ahli SRS Sg Isap Damai untuk hadir ...
04/07/2026

Assalamualikum wbt.
Dimaklumkan bahawa pihak KRT Sg Isap Damai ingin menjemput semua ahli SRS Sg Isap Damai untuk hadir ke:

Perjumpaan Ramah Mesra Ahli SRS

Tarikh: 5 Julai 2026
Masa: 9.20 malam
Tempat: Dewan Sebaguna Sg Isap Damai

Antara agenda perjumpaan:
1. Beramah mesra bersama ahli SRS yang lama dan baru
2. Membincangkan halatuju serta penyusunan semula SRS KRT Sg Isap Damai

Kehadiran semua ahli amatlah diharapkan bagi sama-sama memperkukuhkan semula gerak kerja SRS demi keselamatan dan kesejahteraan kawasan kita.

Jamuan ringan turut disediakan.

Sekian, terima kasih.

Perpaduan Kuantan
Jabatan Perpaduan Negeri Pahang

PERJUMPAAN RAMAH MESRA AHLI SRS KRT SG ISAP DAMAIDimaklumkan bahawa pihak KRT Sg Isap Damai ingin menjemput semua ahli S...
04/07/2026

PERJUMPAAN RAMAH MESRA AHLI SRS KRT SG ISAP DAMAI

Dimaklumkan bahawa pihak KRT Sg Isap Damai ingin menjemput semua ahli SRS Sg Isap Damai untuk hadir ke:

Perjumpaan Ramah Mesra Ahli SRS

Tarikh: 5 Julai 2026(AHAD)
Masa: 9.20 malam
Tempat: Dewan Sebaguna Sg Isap Damai

Antara agenda perjumpaan:
1. Beramah mesra bersama ahli SRS yang lama dan baru
2. Membincangkan halatuju serta penyusunan semula SRS KRT Sg Isap Damai

Kehadiran semua ahli amatlah diharapkan bagi sama-sama memperkukuhkan semula gerak kerja SRS demi keselamatan dan kesejahteraan kawasan kita.

Jamuan ringan turut disediakan.

Sekian, terima kasih.

Perpaduan Kuantan
Jabatan Perpaduan Negeri Pahang

Alhamdulillah, Mesyuarat Perlantikan AJK Biro Jiranita serta Majlis Pelancaran Visi, Misi dan Motto Jiranita KRT Sungai ...
04/07/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Perlantikan AJK Biro Jiranita serta Majlis Pelancaran Visi, Misi dan Motto Jiranita KRT Sungai Isap Damai telah selesai dijalankan pada hari ini dengan baik dan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, terlibat serta memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada pihak KRT, para AJK, jiranita, serta semua penduduk yang sama-sama menyumbang tenaga, idea, makanan dan sokongan.

Semoga penubuhan Biro Jiranita ini menjadi langkah yang baik dalam memperkukuhkan lagi hubungan kejiranan, kebajikan dan semangat kebersamaan dalam komuniti Sungai Isap Damai.

Dari rumah ke komuniti โ€” Jiranita memimpin.

Terima kasih.

Perpaduan Kuantan
Jabatan Perpaduan Negeri Pahang

PROGRAM KULIAH FARDHU AIN MUSLIMATAlhamdulillah, program Kuliah Fardhu Ain Muslimat telah berjalan dengan baik di Dewan ...
02/07/2026

PROGRAM KULIAH FARDHU AIN MUSLIMAT

Alhamdulillah, program Kuliah Fardhu Ain Muslimat telah berjalan dengan baik di Dewan PPSIDZA.

Terima kasih kepada muslimat Sg Isap Damai yang hadir meluangkan masa untuk menambah ilmu, memperbaiki amalan, dan sama-sama mengimarahkan majlis ilmu ini.

Insya-Allah, kuliah ini akan diadakan setiap hari Khamis seperti ketetapan berikut:

Hari: Setiap Khamis
Masa: 5.15 petang โ€“ 6.15 petang
Tempat: Dewan PPSIDZA

Semua muslimat Sg Isap Damai dijemput hadir minggu depan.

Tak perlu malu, tak perlu segan. Datang saja sama-sama.

Semoga sedikit masa yang kita luangkan untuk ilmu ini menjadi asbab kebaikan buat diri, keluarga dan masyarakat kita.

Jumpa minggu depan, insya-Allah.

Perpaduan Kuantan
Jabatan Perpaduan Negeri Pahang

JAGUH DART SID  MUNCULKAN DIRIKepada belia SID yang berminat untuk menyertai Pertandingan Dart Mania Kuantan Open sempen...
27/06/2026

JAGUH DART SID MUNCULKAN DIRI

Kepada belia SID yang berminat untuk menyertai Pertandingan Dart Mania Kuantan Open sempena Festival Belia Pahang 2026, boleh berhubung terus dengan Ketua Jiran Muda KRT, En. Hafizul.

๐Ÿ“Œ Tarikh pertandingan: 11 Julai 2026
๐Ÿ“Œ Masa: 9.00 pagi
๐Ÿ“Œ Tempat: Dewan Utama, Kompleks Belia & Sukan, Kuantan
๐Ÿ“Œ Yuran penyertaan: RM80 / beregu (ditaja oleh KRT)
๐Ÿ“Œ Tempat terhad: 64 beregu sahaja

Pendaftaran perlu dibuat dengan kadar segera kerana penyertaan adalah terhad.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, boleh hubungi:

En. Hafizul
๐Ÿ“ž 019-952 4785

Ayuh belia SID, kita sama-sama ambil peluang sertai program belia yang sihat, santai dan bermanfaat ini.

Assalamualaikum wbt.Jemputan khas buat semua Muslimah di kawasan Sungai Isap Damai untuk bersama-sama hadir ke program:K...
20/06/2026

Assalamualaikum wbt.
Jemputan khas buat semua Muslimah di kawasan Sungai Isap Damai untuk bersama-sama hadir ke program:

KULIAH FARDU AIN MUSLIMAT

Program ini akan bermula pada 2 Julai 2026 dan akan diadakan secara berterusan sepanjang tahun.

Inshaa Allah, kuliah ini terbuka kepada semua muslimah yang ingin menambah ilmu, memperbaiki kefahaman agama, dan sama-sama menghidupkan suasana ilmu dalam komuniti kita.

Butiran program:
Hari: Setiap Khamis
Masa: 5.15 petang โ€“ 6.15 petang
Tempat: Dewan PPSIDZA, Zon A
Penyampai: Ustazah Hajjah Azizah bt Mohd Ali

Penyertaan adalah PERCUMA.

Boleh hadir secara walk-in sahaja. Tiada pendaftaran diperlukan.

Ajak jiran, sahabat, adik-beradik dan kenalan muslimah yang tinggal sekitar Sungai Isap Damai.

Semoga dengan langkah kecil hadir ke majlis ilmu ini, Allah bukakan pintu kefahaman, ketenangan dan keberkatan dalam hidup kita seharian. In shaa Allah

Anjuran Bersama:
Usiamas KRT SG ISAP DAMAI & PPSIDZA

Perpaduan Kuantan
Jabatan Perpaduan Negeri Pahang

Sempena sambutan Awal Muharram 1448H, KRT Sg Isap Damai di bawah Biro Usiamas, menjemput semua warga wanita SID untuk be...
16/06/2026

Sempena sambutan Awal Muharram 1448H, KRT Sg Isap Damai di bawah Biro Usiamas, menjemput semua warga wanita SID untuk bersamaยฒ menjayakan majlis sambutan awal muharram pada ketetapan berikut:

Tarikh: 17 Jun 2026(Rabu)
Masa: 8.30am - 10.30am
Tempat: Dewan KRT Zon D

Aturcara majlis seperti dalam gambar dilampirkan. Semoga semua mendapat manfaat dan beroleh rahmat Allah. In shaa Allah

Jpnin Pahang
Perpaduan Kuantan

Senarai akhir Ahli Jawatankuasa KRT Sg Isap Damai bagi sesi 2026/29:Pengerusi: Yusairi Timb. Pengerusi: Saiful Asrahizam...
09/06/2026

Senarai akhir Ahli Jawatankuasa KRT Sg Isap Damai bagi sesi 2026/29:

Pengerusi: Yusairi
Timb. Pengerusi: Saiful Asrahizam
Setiausaha: Hasran
Pen. Setiausaha: Rosnizan
Bendahari: Hj Sharum

Peng. Jiranita: Noraini
Peng. Jiranmuda: Hafizul
Peng. Tunas Jiran: Saiful Azlan
Peng. Usiamas: Norazah
Ketua SRS: Ramli
Biro Promosi: Hj Rifadullah

Sedang berlangsung, perlantikan jawatankuasa baharu KRT Sg Isap Damai bagi sesi 2026/29 Admin akan update siapa pengerus...
09/06/2026

Sedang berlangsung, perlantikan jawatankuasa baharu KRT Sg Isap Damai bagi sesi 2026/29

Admin akan update siapa pengerusi baharu kita nanti. In shaa Allah

Address

Sungai Isap Damai
Kuantan
25150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Sungai Isap Damai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share