27/04/2026
Golf Mesra Rehda Pahang Bersama YAB Menteri Besar Pahang
Golf Mesra REHDA Pahang telah berjaya dianjurkan pada 26 April 2026, Ahad yang bertempat di Royal Pahang Golf Club, Kuantan, Pahang.
Kami berbesar hati kerana program ini dihadiri tetamu terhormat YAB Menteri Besar Pahang, Dato Seri Diraja HJ Wan Rosdy Bin Wan Ismail,
Turut dihadiri ahli-ahli Exco Negeri Pahang, seperti Exco Perumahan Dato Hj Mohd Fakruddin bin Mohd Ariff, Pengarah Jabatan terbabit seperti CEO Lembaga Perumahan Dato Islanizam Bin A Halim.
Program ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara pemain-pemain industri hartanah dan sektor Kerajaan Negeri.
Program ini telah menampilkan seramai 68 penyertaan daripada ahli-ahli REHDA Pahang, Penganjur, Exco Negeri Pahang, Pengarah Jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan Negeri Pahang
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 8 penaja yang telah menjayakan program ini bersama-sama kami.
* Original Classic - Tunas Capital Sdn Bhd
* Tenaga Nasional Berhad
* GreenRE
* Panantara Sdn Bhd
* Ming Hooi Development Sdn Bhd
* Miracle Land Sdn Bhd
* Koridor Utiliti Pahang-KUP
* PSJ Group