KOMITED.Malaysia.Official

Call Directions Website Contact the organization

KOMITED.Malaysia.Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KOMITED.Malaysia.Official, Non-Governmental Organization (NGO), PWD 385, Jalan HOSPITAL HTAA, Kuantan.

KOMITED Malaysia adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak berlandaskan keuntungan, diterajui dan dianggotai oleh bekas penagih dadah kekal pulih bagi menangani masalah berkaitan penagihan dadah di Malaysia

Pada hari ini, 4 Oktober 2026, telah berlangsung Program Relapse Prevention di Casa Villa KOMITED Malaysia. Program ini ...
04/10/2026

Pada hari ini, 4 Oktober 2026, telah berlangsung Program Relapse Prevention di Casa Villa KOMITED Malaysia. Program ini diterajui oleh Encik Aziz Hashim yang datang khas dari Singapura untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Program ini juga diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-27 tahun Encik Aziz Hashim sebagai seorang recovery person yang terus kekal pulih sehingga ke hari ini. Perjalanan selama 27 tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah dan sememangnya menjadi satu pencapaian yang sangat bermakna serta boleh dijadikan contoh dan semangat kepada semua.

KOMITED Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Aziz Hashim kerana sudi hadir, berkongsi pengalaman, ilmu dan semangat kepada semua. Semoga beliau terus diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk meneruskan usaha membantu pada semua yang mempunyai permasalahan berkaitan pemulihan dadah.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Relapse Prevention pada hari ini khususnya pada team Casa Villa KOMITED Malaysia yang menyediakan makan dan minum serta kelengkapan yang lain disepanjang program ini berlangsung.
Semoga segala perkongsian dan pengalaman yang diberikan dapat memberi manfaat serta menjadi kekuatan kepada semua untuk terus melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Yayasan Sime Darby
SD Guthrie Berhad

🌟 REDAH & TERJAH 2.0 – Chini, Pekan πŸŒŸπŸ“… Sabtu, 3 Oktober 2026πŸ“ Padang Awam Felda Chini 1⏰ Bermula jam 7.00 pagiHari ini, ...
03/10/2026

🌟 REDAH & TERJAH 2.0 – Chini, Pekan 🌟

πŸ“… Sabtu, 3 Oktober 2026
πŸ“ Padang Awam Felda Chini 1
⏰ Bermula jam 7.00 pagi

Hari ini, sekali lagi team KOMITED Malaysia diberi peluang untuk bersama-sama menjayakan program REDAH & TERJAH 2.0 di Chini, Pekan.

Antara pengisian yang dibawakan ialah booth pameran dan perkongsian maklumat berkaitan penagihan dadah, HIV serta penyakit berjangkit kepada masyarakat setempat.

Terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Pekan di atas jaringan kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada KOMITED Malaysia. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

✨ Hapuskan Stigma, Nyalakan Harapan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi
Yayasan Sime Darby
SD Guthrie Berhad
Pejabat Kesihatan Daerah Pekan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.Seluruh Warga KOMITED Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga mantan Pe...
28/09/2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Seluruh Warga KOMITED Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga mantan Perdana Menteri Malaysia; YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad diatas pemergian isteri tercinta, YAB Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamed Ali ke Rahmatullah pada 28 September 2026 di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Hari ini Tun Siti Hasmah pergi meninggalkan kita dan seluruh rakyat Malaysia. Rasa sedih dan hiba berbekas dijiwa. Namun begitu, Tun tetap dekat dengan kita sampai bila-bila kerana semangat yang Tun bawa untuk kami tetap membara dalam hati dan sanubari. Anugerah Tun Siti Hasmah yg diterima adalah bukti semangat perjuangan yang Tun bawa kami sematkan dalam perjuangan kami sehari hari. Walau Tun telah tiada tetapi ingatan ini tetap utuh dalam lipatan sejarah dan minda ini.

Semoga roh Allahyarhamah Tun Siti Hasmah dicucuri rahmat, diampuni segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. 🀲🏻

23 September 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Unit Komunikasi Jabatan Pembangunan Kemah...
23/09/2026

23 September 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Unit Komunikasi Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Wilayah Tengah atas penganjuran Program Taklimat Pengiktirafan Pencapaian yang telah berlangsung di Bilik Seminar Casa Villa KOMITED Malaysia pada jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sebentar tadi.

Terima kasih atas perkongsian ilmu, penerangan serta komitmen yang diberikan. Semoga kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi memperkasakan pembangunan kemahiran dan peluang pengiktirafan kepada masyarakat.

Sekalung penghargaan dan terima kasih daripada seluruh warga KOMITED Malaysia.

Yayasan Sime Darby
SD Guthrie Berhad

Throwback ..19 September 2026Jalan Wong Ah Jang..Orang Pahang khususnya orang-orang Kuantan tahu akan sejarah Jalan Wong...
20/09/2026

Throwback ..19 September 2026
Jalan Wong Ah Jang..
Orang Pahang khususnya orang-orang Kuantan tahu akan sejarah Jalan Wong Ah Jang...
Jalan kelam yang menyimpan seribu satu cerita s**a dan duka penghuni-penghuninya. Cerita disebalik kain, jual beli manusia mahupun dunia khayalan yang mengerikan.
.
Sebahagian dari kami warga KOMITED Malaysia datang dari sini. Dulu disini kami cari makan, disini juga kami jual apa sahaja yg boleh dijual kerana desakan hidup dan ketagihan.
Dilorong sepi dan gelap inilah suatu ketika dahulu kami berlari-lari kerana dikejar polisi. Ada yang patah kaki, ada yg sahabat-sahabat yang meninggal sendiri tanpa kami sedari.
Ketika kami hanyut dalam dunia yang penuh liku dan gelap disini juga kami menemui cahaya dihujung lorong. KOMITED Malaysia hadir membuka jalan perubahan. Menerima kami dengan tangan terbuka tanpa 1001 syarat dan pertanyaan. Akhirnya kami tinggalkan Wong Ah Jang untuk meneruskan kehidupan baru.
Harini, kami hadir bukan untuk menjual harga diri tapi bersama-sama warga Kota berselawat dan mengisi jiwa dengan rasa cinta kepada Allah swt dan Nabi Muhammad saw kesayangan kami. Bertemu sahabat-sahabat lama tanpa rasa rasa jijik dan benci. Kami tidak pernah melupakan dari mana kami bermula tapi lipatan sejarah tetap tersimpan kemas dilubuk hati.
Penyertaan KOMITED Malaysia dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan hubungan bersama komuniti serta menyokong usaha kebajikan, pemulihan dan pembangunan peribadi.
Semoga program ini menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim, menyemai nilai kasih sayang serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti.

Yayasan Sime Darby
SD Guthrie Berhad
Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
Jabatan Agama Islam Pahang
Perkim Pahang

Tahniah diucapkan kepada 10 orang peserta KOMITED Malaysia yang telah menyertai Kursus Pengendalian Pemakanan bertempat ...
20/09/2026

Tahniah diucapkan kepada 10 orang peserta KOMITED Malaysia yang telah menyertai Kursus Pengendalian Pemakanan bertempat di Tanah Putih, Kuantan pada 20 September 2026.

Program ini merupakan salah satu usaha dalam meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta kompetensi peserta dalam aspek pengendalian makanan yang selamat dan berkualiti.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menjadi nilai tambah dalam kehidupan dan kerjaya.

Tahniah & syabas kepada semua peserta!!

Yayasan Sime Darby
SD Guthrie Berhad
APPGM-SDG

Lawatan SD Guthrie ke KOMITED Malaysia 19 September 2026Hari ini, KOMITED Malaysia berbesar hati menerima kunjungan dari...
19/09/2026

Lawatan SD Guthrie ke KOMITED Malaysia

19 September 2026

Hari ini, KOMITED Malaysia berbesar hati menerima kunjungan daripada SD Guthrie untuk lawatan dan perkongsian bersama.

Lawatan ini turut membawa rombongan meninjau shelter - shelter dan Pusat Singgah Masuk di bawah KOMITED Malaysia, bagi melihat dengan lebih dekat usaha dan khidmat yang dijalankan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Terima kasih kepada pihak SD Guthrie atas kesudian hadir, meluangkan masa serta berkongsi sokongan bersama kami. Semoga kunjungan ini menjadi permulaan kepada hubungan dan kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi kerana bersama-sama menyokong usaha kecil yang membawa makna besar.

SD Guthrie Berhad
Yayasan Sime Darby

Kunjungan Mesra Yayasan Hasanah di KOMITED Malaysia.Hari ini, KOMITED Malaysia berbesar hati menerima kunjungan daripada...
18/09/2026

Kunjungan Mesra Yayasan Hasanah di KOMITED Malaysia.

Hari ini, KOMITED Malaysia berbesar hati menerima kunjungan daripada Yayasan Hasanah bagi lawatan serta perbincangan ringkas bersama.

Perjumpaan ini menjadi ruang perkongsian, pertukaran pandangan dan pengukuhan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasa pengurusan serta inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti.

Terima kasih kepada pihak Yayasan Hasanah atas kesudian meluangkan masa untuk bersama KOMITED Malaysia, Semoga hubungan baik ini terus berkembang dan membawa impak positif pada masa akan datang.

Yayasan Hasanah

π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—” KOMITED MALAYSIA π— π—˜π—₯π—”π—™π—”π—ž π—¦π—˜π— π—•π—”π—› π—¦π—˜π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ-π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ 𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗑 π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› π—¦π—˜π— π—£π—˜π—‘π—” π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—£π—¨π—§π—˜π—₯𝗔𝗔𝗑 KEPADA PENAUNG ...
17/09/2026

π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—” KOMITED MALAYSIA π— π—˜π—₯π—”π—™π—”π—ž π—¦π—˜π— π—•π—”π—› π—¦π—˜π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ-π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ 𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗑 π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› π—¦π—˜π— π—£π—˜π—‘π—” π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—£π—¨π—§π—˜π—₯𝗔𝗔𝗑 KEPADA PENAUNG DIRAJA PERTUBUHAN KOMITED MALAYSIA π—žπ——π—£π—  π—§π—˜π—‘π—šπ—žπ—¨ π— π—”π—›π—žπ—’π—§π—” π—£π—”π—›π—”π—‘π—š

Dengan penuh rasa takzim dan junjung kasih, patik sekalian pacal-pacal warga KOMITED Malaysia merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-31 pada hari ini 17 September 2026 bersamaan 5 Rabiulakhir 1448H.

Seluruh warga KOMITED Malaysia turut merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah serta mendoakan agar Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta dilimpahi rahmat, keberkatan dan keafiatan oleh Allah SWT.

Warga KOMITED Malaysia turut menzahirkan doa agar Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang terus dikurniakan kebijaksanaan, kekuatan dan ketabahan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipikul demi agama, bangsa dan negeri Pahang.

Semoga Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta terus menjadi tonggak yang menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran negeri Pahang bersama seluruh rakyat.

Mesyuarat KOMITED Malaysia bersama JKNP PahangHarm Reduction Working Group Peringkat Negeri PahangπŸ“… 15 September 2026⏰ 9...
16/09/2026

Mesyuarat KOMITED Malaysia bersama JKNP Pahang
Harm Reduction Working Group Peringkat Negeri Pahang

πŸ“… 15 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Bilik Mesyuarat Kesihatan Awam, JKNP Pahang.

Mesyuarat ini telah berlangsung sebagai platform untuk pencapaian, memperkukuhkan kerjasama strategik, perkongsian pandangan serta penyelarasan perancangan dalam pelaksanaan inisiatif harm reduction di peringkat Negeri Pahang.

Melalui komitmen dan sinergi antara semua pihak berkepentingan, usaha pengurangan kemudaratan dapat diperkasakan secara lebih berkesan, menyeluruh dan berterusan demi kesejahteraan masyarakat.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi
Yayasan Sime Darby
SD Guthrie Berhad

Address

PWD 385, Jalan HOSPITAL HTAA
Kuantan
25000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KOMITED.Malaysia.Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KOMITED.Malaysia.Official:

Shortcuts

Share