Ikatan Pelajar Islam Pahang

Ikatan Pelajar Islam Pahang 👤 NGO Belia Islam Pahang
🪪 No. Daftar : PPBM 7131/11

[TAHNIAH PENGERUSI WADAH NEGERI PAHANG]Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Y...
14/04/2026

[TAHNIAH PENGERUSI WADAH NEGERI PAHANG]

Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YH. Dato' Asaari @ Kamaluddin bin Yatim, Pengerusi WADAH Negeri Pahang atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato'.

"IKATAN Kukuh, Ukhwah Teguh, Dakwah Utuh !"
"Hidup Biar Berjasa !"

📲 Dapatkan info lanjut mengenai IKATAN menerusi :
https://linktr.ee/IkatanPahang



[TAHNIAH PELAJAR SPM 2025]Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah & syabas kepada para ...
01/04/2026

[TAHNIAH PELAJAR SPM 2025]

Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah & syabas kepada para pelajar atas pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk terus melangkah lebih jauh, berusaha dengan lebih gigih dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Bagi yang berjaya, teruskan kecemerlangan.
Bagi yang belum mencapai sasaran, jangan berputus asa kerana setiap usaha pasti ada nilainya di sisi Allah.

Selamat maju jaya & Hidup Biar Berjasa !

"IKATAN Kukuh, Ukhwah Teguh, Dakwah Utuh !"
"Hidup Biar Berjasa !"

📲 Dapatkan info lanjut mengenai IKATAN menerusi :
https://linktr.ee/IkatanPahang




[ SALAM AIDILFITRI 1447H ]Ikatan Pelajar Islam Pahang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H bua...
29/03/2026

[ SALAM AIDILFITRI 1447H ]

Ikatan Pelajar Islam Pahang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H buat semua umat Islam.

Semoga di hari yang mulia ini , kita semua mendapat keberkatan dan rahmat yang melimpah daripada Allah s.w.t.

Selamat Beribadah Buat Semua !

📲 Dapatkan juga info lanjut mengenai IKATAN menerusi:
https://linktr.ee/IkatanPahang

IKATAN Kukuh, Ukhwah Teguh, Dakwah Utuh !
Hidup Biar Berjasa !



[PROGRAM IHYA' RAMADAN WAPI - GOTONG-ROYONG MEMASAK & AGIHAN BUBUR LAMBUK]🗓️ 15 Mac 2026 (Ahad)Alhamdulillah pada Ahad, ...
17/03/2026

[PROGRAM IHYA' RAMADAN WAPI - GOTONG-ROYONG MEMASAK & AGIHAN BUBUR LAMBUK]

🗓️ 15 Mac 2026 (Ahad)

Alhamdulillah pada Ahad, Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) berkesempatan bersama dalam Program Gotong-Royong Memasak & Agihan Bubur Lambuk anjuran WAPI (WADAH - ABIM - PKPIM - IKATAN - SALWA) Negeri Pahang & dengan kerjasama Surau Muhammad Al Amin Perumahan Makmur Seri Damai Jaya.

Program bermula seawal jam 09.00 pagi dan berakhir sekitar jam 04.00 petang ini turut melibatkan penduduk sekitar perumahan Seri Damai Jaya, Kuantan.

Semoga dengan ukhwah dan kerjasama ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama insan, Insya-Allah.

📲 Dapatkan juga info lanjut mengenai IKATAN menerusi:
https://linktr.ee/IkatanPahang

IKATAN Kukuh, Ukhwah Teguh, Dakwah Utuh !
Hidup Biar Berjasa !



17/03/2026

[RANGKUMAN VIDEO PROGRAM IHYA' RAMADAN WAPI - IFTAR JAMAI'YY WAPI]

🗓️ 14 Mac 2026 (Sabtu)

Alhamdulillah pada Sabtu, Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) berkesempatan bersama dalam Iftar Jamai'yy WAPI (WADAH - ABIM - PKPIM - IKATAN - SALWA) Negeri Pahang & Majlis Khatam Al-Quran di Baitul Husna, Kuantan.

Aturcara dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran pada jam 05.30 petang, diikuti dengan Iftar Jamai'yy, Solat Maghrib berjemaah, Tausiyah daripada Ust Asyaari (Pengerusi WADAH Negeri Pahang), Solat Isyak berjemaah, Solat Tarawih berjemaah dan diakhiri dengan Moreh.

📲 Dapatkan juga info lanjut mengenai IKATAN menerusi:
https://linktr.ee/IkatanPahang

IKATAN Kukuh, Ukhwah Teguh, Dakwah Utuh !
Hidup Biar Berjasa !



[PROGRAM IHYA' RAMADAN WAPI - IFTAR JAMAI'YY WAPI]🗓️ 14 Mac 2026 (Sabtu)Alhamdulillah pada Sabtu, Ikatan Pelajar Islam P...
17/03/2026

[PROGRAM IHYA' RAMADAN WAPI - IFTAR JAMAI'YY WAPI]

🗓️ 14 Mac 2026 (Sabtu)

Alhamdulillah pada Sabtu, Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) berkesempatan bersama dalam Iftar Jamai'yy WAPI (WADAH - ABIM - PKPIM - IKATAN - SALWA) Negeri Pahang & Majlis Khatam Al-Quran di Baitul Husna, Kuantan.

Aturcara dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran pada jam 05.30 petang, diikuti dengan Iftar Jamai'yy, Solat Maghrib berjemaah, Tausiyah daripada Ust Asyaari (Pengerusi WADAH Negeri Pahang), Solat Isyak berjemaah, Solat Tarawih berjemaah dan diakhiri dengan Moreh.

📲 Dapatkan juga info lanjut mengenai IKATAN menerusi:
https://linktr.ee/IkatanPahang

IKATAN Kukuh, Ukhwah Teguh, Dakwah Utuh !
Hidup Biar Berjasa !



[ SALAM NUZUL AL QURAN 1447H ]Ikatan Pelajar Islam Pahang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1447H ...
07/03/2026

[ SALAM NUZUL AL QURAN 1447H ]

Ikatan Pelajar Islam Pahang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1447H buat semua umat Islam.

Semoga dengan kehadiran hari yang bermakna dapat dijadikan asbab musabab agar kita berusaha memperbaiki bacaan kitab suci Allah s.w.t.

Selamat Beribadah Buat Semua !

📲 Dapatkan juga info lanjut mengenai IKATAN menerusi:
https://linktr.ee/IkatanPahang

IKATAN Kukuh, Ukhwah Teguh, Dakwah Utuh !
Hidup Biar Berjasa !



[ SALAM RAMADHAN 1447H ]Ikatan Pelajar Islam Pahang ingin mengucapkan Salam Ramadhan 1447H buat semua umat Islam.Semoga ...
22/02/2026

[ SALAM RAMADHAN 1447H ]

Ikatan Pelajar Islam Pahang ingin mengucapkan Salam Ramadhan 1447H buat semua umat Islam.

Semoga dengan kehadiran bulan mulia ini dapat menjadi medan tarbiah agar kita berusaha meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah s.w.t.

Selamat Beribadah Buat Semua !

📲 Dapatkan juga info lanjut mengenai IKATAN menerusi:
https://linktr.ee/IkatanPahang

IKATAN Kukuh, Ukhwah Teguh, Dakwah Utuh !
Hidup Biar Berjasa !



[USRAH HIDUP BIAR BERJASA (HBB)]🗓️ 25 Januari 2026 (Ahad)Alhamdulillah pada Ahad, Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) b...
26/01/2026

[USRAH HIDUP BIAR BERJASA (HBB)]

🗓️ 25 Januari 2026 (Ahad)

Alhamdulillah pada Ahad, Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah berjaya melaksanakan Usrah HBB yang dihadiri oleh pimpinan PKPIM, pimpinan kampus & ahli IKATAN-PKPIM sekitar Kuantan, Pahang.

Usrah HBB ini telah dilaksanakan di Sekretariat IKATAN di Youth Empowerment Studio (YES) Taman Guru, Kuantan bermula jam 05.00 petang hingga 11.00 malam.

Usrah HBB ini adalah satu inisiatif yang telah disusun oleh PKPIM sebagai ruang untuk menyantuni BGN, Cawangan Negeri & Kampus serta menjadi ruang berkongsi idea dan pandangan.

Semoga segala perbincangan, idea serta pandangan yang telah dibincangkan mampu dihadam sebaik mungkin oleh semua ahli usrah. Didoakan juga agar ikatan persaudaraan kita semua kekal erat ke akhirnya, insya-Allah.

📲 Dapatkan juga info lanjut mengenai IKATAN menerusi:
https://linktr.ee/IkatanPahang

IKATAN Kukuh, Ukhwah Teguh, Dakwah Utuh !
Hidup Biar Berjasa !



[INDUKSI KEPIMPINAN IKATAN SESI 25/26]🗓️ 24-25 Januari 2026 (Sabtu-Ahad)Alhamdulillah pada Sabtu dan Ahad, Ikatan Pelaja...
26/01/2026

[INDUKSI KEPIMPINAN IKATAN SESI 25/26]

🗓️ 24-25 Januari 2026 (Sabtu-Ahad)

Alhamdulillah pada Sabtu dan Ahad, Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) telah berjaya melaksanakan sesi induksi kepimpinan yang dihadiri oleh semua pimpinan bagi sesi kali ini.

Induksi IKATAN ini telah dilaksanakan di Sekretariat IKATAN di Youth Empowerment Studio (YES) Taman Guru, Kuantan.

Induksi kepimpinan ini adalah salah satu ruang buat pimpinan IKATAN memahami, menghayati tugas & tanggungjawab setiap exco dan jabatan. Takwim tahunan IKATAN juga telah berjaya disusun menerusi pelaksanaan induksi ini.

Semoga segala perancangan yang telah disusun ini mampu dilaksanakan dengan baik, insya-Allah.

📲 Dapatkan juga info lanjut mengenai IKATAN menerusi:
https://linktr.ee/IkatanPahang

IKATAN Kukuh, Ukhwah Teguh, Dakwah Utuh !
Hidup Biar Berjasa !



21/12/2025

[MISI BANTUAN KEBAJIKAN BANJIR PAHANG 2025]

Alhamdulillah pada 20 Disember 2025, Misi Kebajikan Banjir 2025 diteruskan dengan misi pencucian pasca banjir yang digerakkan bersama Ikatan Pelajar Islam Pahang, ABIM Negeri Pahang, GPM Pahang, & PKPIM CFS IIUM.

Usaha ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban para mangsa, malah menjadi tanda keprihatinan dan solidariti masyarakat dalam menghadapi ujian bencana.

Diharapkan usaha ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan dan menguatkan semangat mangsa banjir untuk terus tabah menghadapi dugaan.

Ayuh teruskan menyumbang kepada Sekretariat IKATAN & ABIM Negeri Pahang !

📲 Dapatkan juga info lanjut mengenai IKATAN menerusi :
https://linktr.ee/IkatanPahang

IKATAN Kukuh, Ukhwah Teguh, Dakwah Utuh !
Hidup Biar Berjasa !



Address

Taman Guru Darul Makmur
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Pelajar Islam Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikatan Pelajar Islam Pahang:

Share