Tidak hanya terhad kepada majlis kenduri kendara atau khairat kematian . Sebaliknya Pekida mestilah agerasif dengan aktiviti kebajikan ummah yang melampaui sempadan ahli sendiri dan lebih penting berdiri sebaris dengan kump**an - kump**an Islam lain untuk memperjuang dan mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta . Pekida sewajarnya keluar dari imej kump**an kaki pukul , gengster , mafia dan pel
bagai imej yang negatif . Ahli - ahli Pekida mestilah dididik dan diasuh atau ditarbiyyah dengan orientasi aktiviti amal Islami berpaksi kalimah at tauhid Laa Ilaha Illallah bersesuaian dengan nama yang diberi . Apatah lagi berpijak di atas realiti , betapa ummat melayu hari ini perlu kepada asuhan dan bimbingan yang mendorong mereka mengukuhkan Iman dan Islam mendepani cabaran yang pastinya menggugat aqidah , akhlak dan pemikiran mereka . Tidak ada gunanya Pekida dibiarkan atau digunakan sebagai platform samseng dan kaki pukul mengumpul pengaruh lalu membina empayar meluaskan kuasa jajahan agar ditakuti dan digeruni oleh lawan . Jika inilah situasinya , ia adalah sangat jelas bercanggah dengan nama indah pertubuhan ini iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia . Aktiviti Kebajikan tidak boleh dibangunkan dengan pengaruh samseng demikian juga Dakwah tentu sahaja tidak akan berjaya melalui empayar kaki pukul . Saya yakin , kepimpinan Pekida pasti sahaja menafikan bahawa Pekida adalah pertubuhan mafia dan samseng sebagaimana juga saya berkeyakinan penuh bahawa tidak semua ahli Pekida demikian sikap mereka . Namun maksud saya ialah Pekida mesti melakukan sesuatu untuk mengikis imej buruk yang kini bermain di setiap bibir rakyat dalam negara kita . Saya mengesyorkan agar Pekida memprogramkan pertubuhan malah mewajibkan ahlinya dengan aktiviti - aktiviti amal Islami yang lebih aktif dan terancang seperti operasi Amar Makruf Nahi Mungkar , dakwah mengedar risalah kepada sasaran yang leka dan alpa terhadap Islam , Mendalami ilmu agama dan menyertai bengkel pembinaan syakhsiyah agar lahir sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab terhadap agama dan perjuangannya . Kepimpinan dan anggota senior Pekida mestilah juga menampilkan qudwah yang soleh . Saya percaya , melalui perwatakan yang indah , imej yang tenang , pertuturan yang sopan , penampilan yang mulia dan kepimpinan yang berkarisma akan banyak membantu Pekida membersihkan imej sekaligus menepati ikrar mereka sesuci nama pertubuhan mereka sendiri . Pekida Ranting Beserah melihat Pekida sewajarnya tampil sesuci dan seindah nama yang diberi . Bergabung p**a dengan Ngo - Ngo lain bagi memperjuangkan Islam dan mempertahankan maruah ummah yang kini dicela dan diperlekeh oleh musuh - musuh Islam di dalam dan luar negara . Ketika sunnah Rasulullah saw dicabar , syariat dipersenda malah ummat Islam diperkecil , kita tertanya - tanya di mana Pekida dan ahli - ahlinya ? Pengerusi Pekida Beserah Kuantan