Sahabat Telekung Kuantan

Call Directions Website Contact the organization

Sahabat Telekung Kuantan Sahabat Telekung Kuantan (STK) adalah komuniti sukarelawan yg mencuci pakaian solat wakaf Namun, tugas kami sebagai Sukarelawan tidak pernah berhenti.

Sahabat Telekung Kuantan adalah sebuah komuniti sukarelawan yang mengambil inisiatif bagi membantu jemaah terutama wanita yang solat di mana-mana masjid atau surau dan menggunakan pakaian solat wakaf tetapi sering berhadapan dengan masalah pakaian solat wakaf yang kurang bersih dan berbau. Sukarelawan Sahabat Telekung Kuantan akan mengambil pakaian solat yang kotor di surau–surau untuk dicuci secara percuma dan menghantar semula ke surau. Khidmat amal ini dilakukan secara konsisten dan berkala mengikut keperluan surau yang dibantu iaitu secara mingguan atau dwi-mingguan.

2020, sejak Covid-19 muncul khidmat mencuci telekung terpaksa direhatkan sementara bagi mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak MKN. Setiap orang hendaklah membawa sendiri telekung/pelikat dan sejadah untuk solat di surau awam sehingga wabak ini reda. Kami teruskan juga mencari Dana Back To School, Tabung Bencana Banjir dan program online bersama Sukarelawan iaitu usrah dan sebagainya. Allah bantu. Disclaimer : 10% dari kutipan akan digunakan sebagai kos pentadbiran NGO. Harap maklum.

02/10/2026

{PART 2}

Sedikit taujihad dari Al fadil Ust Haji Nasir.
Dijemput dengar bersama.

🌸
Editor
STK-SMI 2026

{Part 1}Kelas pengajian Kitab Kembara Sirah Nabi Muhammad SAW.Alhamdulillah dari dua lensa kamera insan Istiqomah saban ...
02/10/2026

{Part 1}

Kelas pengajian Kitab Kembara Sirah Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah dari dua lensa kamera insan Istiqomah saban tahun, Ustaz Jumaidi Abi Fahmi dan Puan Rohaya Abdullah atas kiriman gambar setiap minggu.

Juga buat sukarelawan - sukarelawan STK yang sudi turun padang hari ini. Menyantuni pesakit-pesakit HTAA dengan hikmah.

Usai kelas pengajian Kitab Kembara Sirah Nabi Muhammad SAW , sukarelawan - sukarelawan bergerak ke pejabat Hal Ehwal Islam HTAA. Mengagihkan kuih muih hasil infaq orang ramai kepada staff-staff HTAA yang berkebetulan lalu dihadapan pejabat Hal Ehwal Islam HTAA.

Seterusnya sukarelawan menyantuni pesakit-pesakit wad paliatif. Bertanya khabar, membaca doa dan mengagihkan air yassin.

Sukarelawan bergerak lagi ke wad atas menaiki lif, ada pesakit-pesakit yang teruja dan gembira dengan kehadiran Skuad.

Muka yang bermuram durja, kembali ceria melihat keletah sukarelawan STK yang mencuit hati.

Alhamdulillah untuk nikmat Iman dan Islam serta ukhwah pada hari ini. Moga Allah jaga hubungan pesakit-pesakit HTAA bersama skuad.

Jumpa lagi minggu hadapan.

🌸
Editor
STK-SMI 2026

Sekitar ziarah pagi semalam jumaat 26 September 2026.Dan pagi tadi kami menerima berita kematian Salah seorang anak saud...
25/09/2026

Sekitar ziarah pagi semalam jumaat 26 September 2026.

Dan pagi tadi kami menerima berita kematian Salah seorang anak saudara matron yang usai kami ziarah pagi semalam sudah pulang kepada Allah pada pagi ini.

Moga Allah rahmati arwah dan luaskan kubur arwah.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Terima kasih skuad yang hadir semalam. Terima kasih pengerusi Roshaizi Mohdrayi sudi meluangkan masa menyantuni pesakit-pesakit HTAA.

Terima kasih team skuad Mesra Ibadah di atas lantunan bacaan yassin dan sedikit tazkirah.

Terima kasih team sukarelawan STK - SMI sudi hadir.

🌸
Editor
STK-SMI 2026

Alhamdulillah,  skuad melabuhkan tirai pagi jumaat dengan bacaan yassin, Al kahfi, agihan makanan percuma dan ziarah wad...
18/09/2026

Alhamdulillah, skuad melabuhkan tirai pagi jumaat dengan bacaan yassin, Al kahfi, agihan makanan percuma dan ziarah wad terpilih.

Tiada daya upaya skuad, melainkan dengan kudrat dari Allah Taala. Setiap pesakit yang skuad mampu santuni diusahakan sebaik mungkin.

Terima kasih Ketua Skuad Ust Jumaidi atas lantunan bacaan yassin sebentar tadi.

Sedikit nasihat, sabar dalam ujian Allah . Sedikit motivasi kata - kata semangat terus kuat menjalani perintah Allah.

Bagi yang tidak mampu solat berdiri, skuad sedaya upaya menuntun jalan solat sambil duduk dan sebagainya.

Takziah buat kekanda Mumtaz Ismail atas kehilangan jiran sebentar tadi. Sekarang berada di wad forensik HTAA .

🌸
Editor
STK - SMI 2026

{ part 1}16 September 2026Majlis sambutan Maulidur Rasul anjuranMasjid Kariah Az TazkiyahMadani dihayati ummah diberkati...
16/09/2026

{ part 1}

16 September 2026

Majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran
Masjid Kariah Az Tazkiyah
Madani dihayati ummah diberkati
Bertempat di Bandar putra.

Terima kasih sukarelawan yang turun padang.
Semoga dipermudahkan urusan

🌸
Jk Hebahan Promosi Sahabat Telekung Kuantan

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 🇲🇾Alhamdulillah Allah merahmati bumi Malaysia. Jom bersama - sama mensyukuri nik...
15/09/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 🇲🇾

Alhamdulillah Allah merahmati bumi Malaysia. Jom bersama - sama mensyukuri nikmat perpaduan dan keamanan yang dikurniakan kepada Malaysia.

Semoga semangat Malaysia Madani terus menyatukan hati rakyat pelbagai kaum dan negeri dalam membina masyarakat yang berilmu, berakhlak , bertaqwa dan bersahsiah tinggi.

Merdeka yang sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga membebaskan diri daripada hawa nafsu dan sifat-sifat mazmumah.

Sahabat Telekung Kuantan mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Malaysia Bersatu, Ummah Diperkasa.
16 September 2026



🌸
JK Hebahan dan Promosi Sahabat Telekung Kuantan 2026

14/09/2026

Part 3

Santunan Street Dakwah, disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Sahabat Telekung Kuantan.

🌸

14/09/2026

Part 2

Auratmu auratku jua

🌸

Alhamdulillah berakhir program Diskusi Ilmiah JAIP dan Santunan Street Dakwah STK 2026.Sebagaimana firman Allah Taala:Se...
13/09/2026

Alhamdulillah berakhir program Diskusi Ilmiah JAIP dan Santunan Street Dakwah STK 2026.

Sebagaimana firman Allah Taala:

Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pengajaran yang baik

Surah AnNahl : 125

Berikut Tentatif Program Diskusi Ilmiah JAIP & Santunan Street Dakwah STK pada hari ini.

Tarikh: 13 September 2026
Hari : Ahad

8 - 9 pagi : Kehadiran, sarapan & Street Dakwah STK bermula (Sukarelawan bertugas sehingga habis stokin)
9 - 10.30 pagi : Diskusi Ilmiah
10.30 - 11.15 : Aktiviti pameran
11.30 - 12 tgh : Cabutan Bertuah JAIP (10 hadiah)

Pelbagai kenangan manis yang dirakamkan sukarelawan terpahat di sanubari.

🌸
JK Hebahan dan Promosi

Alhamdulillah , berikut program minggu ini:Majlis bacaan yassin mingguan✅Program makanan percuma✅Program Ziarah mahabbah...
11/09/2026

Alhamdulillah , berikut program minggu ini:

Majlis bacaan yassin mingguan✅
Program makanan percuma✅
Program Ziarah mahabbah✅

🌸
Editor
STK-SMI 2026

Address

No 15 Lorong Astana Permai 12/3, Taman Astana Permai
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat Telekung Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sahabat Telekung Kuantan:

Shortcuts

Share