Perkim Pahang

Directions Website Contact the organization

Perkim Pahang PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM) BAHAGIAN NEGERI PAHANG

[ MULTAQA PENDAKWAH MASYARAKAT ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI PAHANG ]PEKAN, 19 September 2026 – Pertubuhan Kebajikan Islam...
06/10/2026

[ MULTAQA PENDAKWAH MASYARAKAT ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI PAHANG ]

PEKAN, 19 September 2026 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Pahang telah bersama-sama menjayakan program Multaqa Pendakwah Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung pada 19 September 2026 bertempat di Dewan Syarahan, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pekan, Pahang.

Program ini dianjurkan bersama rakan-rakan kolaborasi strategik termasuk Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pahang, Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UniQSAAS), Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) dan Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA).

Penganjuran program ini bertujuan menghimpunkan para pendakwah, memperkukuh jaringan kerjasama, serta menyusun dan memperkasakan strategi dakwah yang berkesan dalam menyantuni masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri Pahang.

Semoga usaha murni ini terus memperkukuhkan hubungan silaturahim, menyebarkan nilai kasih sayang, serta membawa manfaat yang berterusan kepada pembangunan dakwah dan kebajikan masyarakat.






[ PROGRAM MUDIK KE HULU: EKSPLORASI DAKWAH ]JERANTUT, 6 September 2026 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Ba...
06/10/2026

[ PROGRAM MUDIK KE HULU: EKSPLORASI DAKWAH ]

JERANTUT, 6 September 2026 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Pahang telah bersama-sama menjayakan Program Mudik Ke Hulu: Eksplorasi Dakwah yang berlangsung pada 4 hingga 6 September 2026 bertempat di Kampung Bantal dan Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Kuching, Jerantut, Pahang.

Program ini dianjurkan oleh PERKIM Pahang bersama rakan-rakan kolaborasi strategik termasuk Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Malaysian Relief Agency (MRA) Pahang, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Dapur Kauthar, Rumah Anak Yatim Permata Camar , Ikatan Amal Islami Malaysia, Universiti Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah, Sahabat Muqarrabin, Rumah Anak Yatim Nur Iman, Rumah Anak Yatim Permata Kauthar dan Pinzgaver.

Penganjuran program ini bertujuan menyantuni masyarakat pedalaman serta masyarakat Orang Asli, mengeratkan ukhuwah Islamiah serta menyemarakkan semangat kebersamaan melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kebajikan, dan eksplorasi dakwah di kawasan hulu.

Semoga usaha murni ini terus memperkukuhkan hubungan silaturahim, menyebarkan nilai kasih sayang dan membawa manfaat yang berterusan kepada seluruh masyarakat.







KUANTAN, 17 OGOS - Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Pahang.Mesyuarat ...
18/08/2026

KUANTAN, 17 OGOS - Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Pahang.

Mesyuarat ini menjadi wadah penting bagi membincangkan perancangan, gerak kerja serta pelaksanaan aktiviti PERKIM Bahagian Negeri Pahang dalam memperkukuh usaha dakwah, kebajikan dan pembangunan masyarakat, khususnya dalam memperkasakan saudara baharu.

Semoga segala perancangan dan keputusan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, amanah dan kerjasama demi kelangsungan perjuangan PERKIM.

“Islam Membawa Rahmat”

[ PROGRAM REHLAH MUALLAF BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI 2.0 ]RAUB, 2 Ogos 2026 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PER...
07/08/2026

[ PROGRAM REHLAH MUALLAF BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI 2.0 ]
RAUB, 2 Ogos 2026 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Pahang telah bersama-sama menjayakan Program Rehlah Muallaf Bersama Masyarakat Orang Asli 2.0 yang berlangsung pada 1 hingga 2 Ogos 2026 bertempat di Kampung Orang Asli (KOA) Kelik, Raub, Pahang.

Program ini dianjurkan oleh PERKIM Pahang, Malaysian Relief Agency (MRA) Pahang dan Ikatan Amal Islami Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Muallaf Negeri Pahang (YKPM), Pejabat Agama Islam Daerah Raub (PAID Raub), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Daerah Raub (MUIP Raub).

Penganjuran program ini bertujuan menyantuni masyarakat Orang Asli dan saudara baharu (muallaf), mengeratkan ukhuwah Islamiah serta menyemarakkan semangat kebersamaan melalui pelbagai aktiviti kerohanian, kemasyarakatan dan kebajikan.
Semoga usaha murni ini terus memperkukuhkan hubungan silaturahim, menyebarkan nilai kasih sayang dan membawa manfaat kepada seluruh masyarakat.






DAULAT TUANKUMerafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan TahniahSempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Su...
30/07/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah

Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Pahang Darul Makmur.

Dengan penuh hormat dan takzim, seluruh warga Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Pahang merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebijaksanaan serta kekuatan dalam meneruskan pemerintahan Negeri Pahang Darul Makmur dengan penuh hikmah, adil dan saksama. Semoga negeri Pahang terus dilimpahi keberkatan, keamanan, kemakmuran serta rahmat Allah SWT di bawah naungan pemerintahan Tuanku.

Patik sekalian turut mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja Pahang sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah Allah SWT, serta institusi Raja-Raja Melayu terus kekal utuh sebagai payung kedaulatan negara, pelindung agama Islam dan lambang perpaduan rakyat.

Dirgahayu Tuanku.

Merafak Sembah Menjunjung Kasih.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

29/07/2026
29/07/2026
[ MESYUARAT BIRO BELIA DAN KELAB PERKIM UNIVERSITI (KPU) PERKIM NEGERI PAHANG ]KUANTAN, 10 Julai - Alhamdulillah, Mesyua...
21/07/2026

[ MESYUARAT BIRO BELIA DAN KELAB PERKIM UNIVERSITI (KPU) PERKIM NEGERI PAHANG ]

KUANTAN, 10 Julai - Alhamdulillah, Mesyuarat Biro Belia dan Kelab PERKIM Universiti (KPU) PERKIM Pahang telah berjaya diadakan bagi membincangkan perancangan serta pelaksanaan program-program belia dan mahasiswa bagi tahun 2026.

Mesyuarat ini turut menjadi platform untuk memperkukuhkan kerjasama, memperkasa agenda dakwah serta merangka aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan belia dan mahasiswa.

Semoga segala perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi memartabatkan syiar Islam dan memperkukuhkan peranan PERKIM dalam pembangunan ummah.



💐 Selamat Pengantin Baharu 💐Alhamdulillah, pada 14 Julai 2026, dua mempelai telah disatukan dalam sebuah ikatan perkahwi...
21/07/2026

💐 Selamat Pengantin Baharu 💐

Alhamdulillah, pada 14 Julai 2026, dua mempelai telah disatukan dalam sebuah ikatan perkahwinan yang penuh bermakna. Semoga perkahwinan yang dibina sentiasa dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah, serta berada dalam lindungan dan reda Allah SWT.

"Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair."

Address

Tingkat 3, Bangunan PERKIM, Jalan Gambut
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkim Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perkim Pahang:

Shortcuts

Share