KRT Perkampungan Seri Damai Perdana

Call Directions Website

KRT Perkampungan Seri Damai Perdana Laman perkongsian informasi & perbincangan tentang rancangan, aktiviti dan hal ehwal KRT, SRS dan kejiranan Perkampungan Seri Damai Perdana

20/07/2026
Hari Sabtu ni agak sibuk di PSDP, Jawatankuasa Surau Al Ikhtiar Seri Damai Perdana ke Shah Alam uruskan karpet surau yan...
18/03/2024

Hari Sabtu ni agak sibuk di PSDP, Jawatankuasa Surau Al Ikhtiar Seri Damai Perdana ke Shah Alam uruskan karpet surau yang baru, jadi AJK KRT Perkampungan Seri Damai Perdana pergilah ke Masjid Kampung Pelak untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa dengan YB Ahli Parlimen Pekan sambil menerima sumbangan untuk surau..

Turut hadir dalam program ini adalah Pok Mie selaku Pengerusi KRT, Pok Syed mantan Pengerusi KRT, Abg Jep Timb Pengerusi, Abg Nazri setiausaha dan Abg Zul Bendahari Surau Al Ikhtiar Seri Damai Perdana.

Siap selesai berkejar pulak balik ke PSDP sebab nak menjamah Laksa Gebok yang dijamu oleh Pok Rahman MPK merangkap mantan Pengerusi KRT jugak..

Satu majlis perjumpaan ringkas telah diadakan pada hari Sabtu 16hb Mac 2024 , pada jam 9 pagi antara Jawatankuasa Tertin...
18/03/2024

Satu majlis perjumpaan ringkas telah diadakan pada hari Sabtu 16hb Mac 2024 , pada jam 9 pagi antara Jawatankuasa Tertinggi KRT Perkampungan Seri Damai Perdana bersama En Muhammad Aliff Bin Zulkifli, Penolong Pegawai Pejabat Perpaduan Daerah Kuantan, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Pahang

Antara intipati majlis tersebut termasuklah pemakluman laporan Mesyuarat Pemilihan AJK KRT Perkampungan Seri Damai Perdana yang baru, dan perancangan aktiviti untuk sepanjang tahun.

En Muhammad Aliff juga telah memberikan penghargaan kepada Tn Syed Arif Syed Alwi, mantan pengerusi serta jawatankuasa sesi lepas.

Admin ingin menegaskan bahawa tiada sesi makan minum diadakan dalam majlis ringkas ini.

Jom Gunting Gunting KRT Perkampungan Seri Damai Perdana bersama-sama dalam menjayakan Program Gunting Rambut Percuma kan...
11/03/2024

Jom Gunting Gunting

KRT Perkampungan Seri Damai Perdana bersama-sama dalam menjayakan Program Gunting Rambut Percuma kanak-kanak 6 Hingga 13 Tahun dalam Komuniti Jpkk Gudang Rasau
Tarikh:10/3/2024
Hari:Ahad
Masa:9.30 Hingga 2.00 ptng
Tempat:Dewan Mat Kilau

KRT Go International..Ahli-ahli Jawatankuasa KRT Perkampungan Seri Damai Perdana telah dijemput hadir dalam Majlis Perju...
11/03/2024

KRT Go International..

Ahli-ahli Jawatankuasa KRT Perkampungan Seri Damai Perdana telah dijemput hadir dalam Majlis Perjumpaan Konsuler Indonesia Johor Bahru di Sanggar Belajar ICC Pahang pada Selasa 5 Mac 2024.

Program bertujuan untuk beramah mesra dengan Pimpinan
Komuniti setempat Sanggar Belajar Anak Indonesia kelahiran Malaysia.

Rakan Perpaduan Pahang

KRT Perkampungan Seri Damai Perdana telah mengadakan Majlis Apriasasi bagi menghargai jasa dan pengorbanan AJK KRT sesi ...
11/03/2024

KRT Perkampungan Seri Damai Perdana telah mengadakan Majlis Apriasasi bagi menghargai jasa dan pengorbanan AJK KRT sesi lepas yang bertungkus Lumus menjayakan semua program yg telah dirancang selama ini.
Program serta jamuan makan malam ini telah diadakan pada 3 Mac 2024. Majlis ini juga menjadi satu platform bagi AJK-AJK yang baru untuk berbincang dan mengambil maklum tentang keadaak kejiranan daripada AJK-AJK yang lama.
Majlis gotong royong memasak telah diadakan di sebelah pagi di Surau Al Ikhtiar.

Mesyuarat Penyusunan Semula AJK yang baru untuk sesi 2024-2025 telah berlangsung pada Sabtu 17 Feb 2024. Berikut adalah ...
11/03/2024

Mesyuarat Penyusunan Semula AJK yang baru untuk sesi 2024-2025 telah berlangsung pada Sabtu 17 Feb 2024. Berikut adalah keputusan pemilihan AJK KRT PSDP 2024-2025 yang telah dibuat oleh para penduduk yang hadir

1. PENGERUSI
-En. Ra'azmi b. Mat Nor

2. TIMB. PENGERUSI
-En. Jepri b. Atan

3. SETIAUSAHA
-En. Mohamad Nazri b. Mohamed Sani

4. TIMB. SETIAUSAHA
-En. Norfaizal b. Abd Rahim (Pesot)

5. BENDAHARI
-En.Ahmad Khairil b. Abu Bakar

Rakan Perpaduan Pahang

Address

Kuantan
25150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Perkampungan Seri Damai Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share