Pusat Kesihatan UMPSA Malaysia

Call Directions Website

Pusat Kesihatan UMPSA Malaysia Pusat Kesihatan UMPSA

Tel :
09-431 5042 ; Pekan
09-431 5052 ; Gambang

14/05/2026

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENTADBIRAN DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 20 MEI 2026 (RABU)

PERMOHONAN ISI ULANG PETI PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID BOX) DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITIAssalamualaikum dan Salam Sejah...
14/05/2026

PERMOHONAN ISI ULANG PETI PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID BOX) DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa bagi setiap permohonan isi ulang peti pertolongan cemas (first aid box), pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan isian semula yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di pautan berikut:
https://pku.umpsa.edu.my/index.php/en/downloads

Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh penggunaan/program. Pemohon juga diminta untuk membawa dokumen/peralatan berikut ke PKU bagi tujuan proses permohonan:

i. Peti Pertolongan Cemas (pastikan tiada kelengkapan yang telah tamat tempoh)

ii. Borang Permohonan Isian Semula

iii. Surat Kelulusan Program.

Bagi permohonan pengisian semula peti pertolongan cemas di makmal yang melibatkan kuantiti yang banyak, iaitu melebihi lima (5) kotak, permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh penggunaan.

Untuk makluman, PKU hanya menyediakan perkhidmatan isian semula peti pertolongan cemas dan tidak menyediakan perkhidmatan pinjaman peti pertolongan cemas.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi PKU di talian 09-4315042 (Pekan) atau 09-4315052 (Gambang).

Sekian, terima kasih.

Blok Latihan bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam UMPSA  #01: Japanese Brisk Walking : The "3-3" Method For Healt...
13/05/2026

Blok Latihan bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam UMPSA
#01: Japanese Brisk Walking : The "3-3" Method For Health

🩸 PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 🩸✨ Kempen Derma Darah: Setitis Darah, Sejuta Harapan ✨SPE UMPSA Student Chapter dengan kerj...
04/05/2026

🩸 PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 🩸
✨ Kempen Derma Darah: Setitis Darah, Sejuta Harapan ✨

SPE UMPSA Student Chapter dengan kerjasama HTAA & PKU UMPSA menjemput anda semua untuk menyertai Kempen Derma Darah ini ❤️

📅 Tarikh: 5 Mei 2026
⏰ Masa: 9.00 Pagi – 5.00 Petang
📍 Tempat: Ruang Legar Blok W, UMPSA Gambang

💉 Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa dan memberi sejuta harapan kepada mereka yang memerlukan.

🌟 Semua dijemput hadir!
Jom sama-sama kita menyumbang untuk komuniti 💪

🎓 Adab Point disediakan untuk pelajar UMPSA

Address

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
Kuantan
26300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094315052

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan UMPSA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share