Skim Rondaan Sukarela KRT Taman Impianku

Directions

Skim Rondaan Sukarela KRT Taman Impianku SRS Taman Impianku

🚨 MAKLUMAN TERKINI – KES CUBAAN CURI KABEL 🚨Pihak Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Impian telah menerima aduan berkaita...
15/05/2026

🚨 MAKLUMAN TERKINI – KES CUBAAN CURI KABEL 🚨

Pihak Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Impian telah menerima aduan berkaitan cubaan curi kabel yang berlaku di Lorong Kg Padang 39, pada awal pagi 14/05/2026 sekitar jam 4.00 pagi.

Susulan aduan diterima, anggota SRS telah menjalankan pemantauan di lokasi sebanyak beberapa kali. Terdapat suspek dipercayai menaiki sebuah motosikal jenis SYM berwarna merah putih bersama sebuah Toyota Hilux berwarna putih sebelum melarikan diri dari kawasan tersebut.

Berlaku juga kejadian kejar-mengejar sekitar kawasan Taman Impian, namun suspek berjaya meloloskan diri dan nombor pendaftaran kenderaan tidak sempat dikenal pasti.

Semasa kejadian, pihak SRS turut menghubungi Gerakan IPD Kuantan bagi memohon bantuan MPV dan pihak polis memaklumkan agar pemantauan diteruskan sementara menunggu perkembangan lanjut.

βœ… Perkembangan terkini:
Dengan bantuan Pondok Polis Bukit Goh, makluman telah disalurkan kepada pihak Telekom Malaysia. Pihak Telekom Malaysia juga telah hadir ke lokasi dan mengambil semula kabel yang tidak berjaya dibawa lari oleh suspek.

⚠️ Pihak SRS Taman Impian ingin mengingatkan semua penduduk agar sentiasa peka dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan taman demi keselamatan bersama.

πŸ“ž Sebarang maklumat boleh hubungi:
Ketua Ronda SRS – Encik Hanafi
013-7586250

P. Ketua Ronda SRS – Encik Izwan
014-3143044

Gerakan IPD Kuantan
09-5132222

🀝 Terima kasih kepada semua ahli SRS, pihak polis serta penduduk yang memberikan kerjasama dalam usaha menjaga keselamatan komuniti kita.




Terima Kasih Atas Keprihatinan Polis Trafik Kuantan
12/05/2026

Terima Kasih Atas Keprihatinan Polis Trafik Kuantan

Pada 08/05/2026 Jumaat Malam Skim Rondaan Sukarela Taman Impianku telah mengadakan satu perjumpaan santai bersama YDH Da...
09/05/2026

Pada 08/05/2026 Jumaat Malam
Skim Rondaan Sukarela Taman Impianku telah mengadakan satu perjumpaan santai bersama YDH Dato' Seri Ketua Polis Pahang, Pegawai Turus Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuantan, wakil Pondok Polis Bukit Goh, Tok 4 Kampung Padang serta Pengerusi KRT Taman Impianku.

Perjumpaan ini diadakan susulan kejadian kemalangan maut yang berlaku pada pagi 08/05/2026, melibatkan salah seorang anak muda Taman Impianku di simpang masuk Shell Kampung Padang.
Kejadian tersebut merupakan kemalangan maut kedua dalam tempoh kurang daripada dua minggu di lokasi yang sama.

Pihak berwajib telah mengambil maklum mengenai perkara ini dan satu mesyuarat tergempar akan diadakan bagi membincangkan langkah-langkah keselamatan serta penyelesaian untuk mengatasi kejadian kemalangan yang sering berlaku di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika melalui atau keluar masuk di simpang berkenaan. Sentiasalah peka dengan keadaan sekeliling, patuhi peraturan jalan raya dan memandu dengan berhemah demi keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Skim Rondaan Sukarela KRT Taman Impianku
Taman Impianku Krt
Polis Trafik Kuantan

πŸ“’ Mesyuarat Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Impianku 1.0Bagi Sesi 2026/2028 telah berjaya diadakan dengan kehadiran ah...
08/05/2026

πŸ“’ Mesyuarat Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Impianku 1.0
Bagi Sesi 2026/2028 telah berjaya diadakan dengan kehadiran ahli-ahli SRS serta penduduk yang berminat untuk bersama menjayakan usaha keselamatan komuniti di kawasan Taman Impianku.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Khairul Amri selaku Timbalan Pengerusi KRT Taman Impian merangkap Ketua Keselamatan SRS Taman Impian.

Antara perkara yang dibincangkan:
βœ… Penstrukturan semula carta SRS sesi 2026/2028
βœ… Hala tuju dan perancangan SRS
βœ… Agenda serta aktiviti bagi tempoh 6 bulan akan datang
βœ… Program berkaitan keselamatan dan keharmonian komuniti

Terima kasih kepada semua ahli dan penduduk yang hadir serta memberi komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga SRS Taman Impianku terus progresif dan menjadi benteng keselamatan komuniti bersama. πŸ’ͺ🚨



Skim Rondaan Sukarela KRT Taman Impianku
Taman Impianku Krt

19/03/2026

πŸ“’ PERINGATAN KESELAMATAN – SRS TAMAN IMPIANKU

Sempena musim perayaan **Aidilfitri 2026**, pihak SRS ingin mengingatkan semua penduduk agar mengambil langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah.

πŸ”’ Antara langkah penting:
βœ… Pastikan semua pintu & tingkap dikunci
βœ… Pasang lampu automatik/pemasa
βœ… Maklumkan jiran atau ahli keluarga untuk pantau rumah
βœ… Elakkan tinggalkan barang berharga di tempat terbuka
βœ… Matikan peralatan elektrik yang tidak digunakan
βœ… Jangan kongsi status β€œtiada di rumah” secara terbuka

πŸ“± DAFTAR VSP (Volunteer Smartphone Patrol)
Bantu pihak polis memantau rumah anda sepanjang ketiadaan.

Cara mudah:
1️⃣ Muat turun aplikasi VSP
2️⃣ Daftar maklumat anda
3️⃣ Hantar permohonan pemantauan

🀝 Dengan kerjasama semua, kita dapat memastikan kejiranan lebih selamat sepanjang musim perayaan.

✨ Selamat Pulang ke Kampung & Selamat Hari Raya Aidilfitri!

πŸš΄β€β™‚οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA FIESTA @ TAMAN IMPIANKU 2025 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸš΄β€β™€οΈJom meriahkan Kayuhan Merdeka bersama komuniti kita! πŸŽ‰πŸ“… Tarikh: 6 Sept...
04/09/2025

πŸš΄β€β™‚οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA FIESTA @ TAMAN IMPIANKU 2025 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸš΄β€β™€οΈ

Jom meriahkan Kayuhan Merdeka bersama komuniti kita! πŸŽ‰
πŸ“… Tarikh: 6 September 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 pagi
πŸ“ Lokasi: Dewan Taman Impianku

πŸ‘‰ Semua dijemput hadir, jangan lupa bawa basikal sendiri 🚲✨

Mari kita kayuh sama-sama, semarakkan semangat kemerdekaan! β€οΈπŸ€πŸ’›πŸ’™

16/08/2025

🚨 INFO PENTING: Pastikan Identiti Wakil Tukar Kepala Gas Yang Berkunjung Ke Rumah Anda Adalah Sah

Pihak SRS Taman Impianku telah menerima beberapa aduan pada baru-baru ini, yang mana ada wakil yang datang ke rumah untuk menawarkan perkhidmatan menukar kepala gas / regulator dan memaklumkan mereka dari syarikat tertentu.

Pihak kami ingin mengingatkan:

Jika ada tawaran seperti ini, pastikan dahulu identiti wakil dan syarikat mereka.

Jangan segan untuk bertanya harga dan bandingkan dengan kedai biasa.

Jika rasa kurang pasti atau tidak memerlukan, menolak dengan cara baik adalah lebih selamat atau terus maklumkan kepada pihak polis jika dipaksa.

Kita hargai semua yang mencari rezeki, namun keselamatan dan keselesaan penduduk juga penting. 🀝

Sama-sama kita saling mengingatkan demi kebaikan bersama.

Berita baik kepada perniaga yang tinggal di kawasan perumahan Taman Impianku πŸ₯³πŸ₯³Kepada sesiapa yang ingin meniaga atau me...
10/08/2025

Berita baik kepada perniaga yang tinggal di kawasan perumahan Taman Impianku πŸ₯³πŸ₯³

Kepada sesiapa yang ingin meniaga atau menambah pendapatan semasa program merdeka nanti boleh hubungi En Izwan.
Nombor untuk dihubungi berada dalam poster..
Tapak niaga adalah terhad..

Booking awal nanti tak kalut..

🌟 Merdeka Fiesta @ Taman Impianku 2025! πŸ‡²πŸ‡ΎSertai kami pada 6 September 2025 (Sabtu) dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 mala...
09/08/2025

🌟 Merdeka Fiesta @ Taman Impianku 2025! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sertai kami pada 6 September 2025 (Sabtu) dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam di Dewan Taman Impianku. Program ini dianjurkan oleh KRT Taman Impianku dengan kerjasama Komuniti Madani Kampung Padang dan JPKK Kampung Padang.

πŸŽ‰ Pelbagai acara, pertandingan dan hadiah menarik menanti anda semua, termasuk:
- Gerai makanan
- Cabutan bertuah

Jom raikan kemerdekaan bersama-sama kami! Datang beramai-ramai dan meriahkan acara ini!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Pengerusi KRT Taman Impianku
+60 12-749 0916

08/08/2025

🌟 Ucapan Tahniah 🌟

Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Impianku mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
YDH P/ACP Ashari bin Abu Samah
atas pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan yang baharu.

Kami warga komuniti amat berbesar hati dan berbangga dengan pelantikan ini, dan berharap kerjasama erat antara pihak PDRM dan komuniti setempat akan terus diperkukuh demi keselamatan dan keharmonian bersama.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab, YDH Tuan!

Polis Kuantan

[Makluman Kejadian Kemalangan – Taman Impianku]πŸ“ Lokasi: Lorong Kampung Padang 14 Taman ImpiankuπŸ“… Tarikh: 7 Ogos 2025, K...
07/08/2025

[Makluman Kejadian Kemalangan – Taman Impianku]

πŸ“ Lokasi: Lorong Kampung Padang 14 Taman Impianku
πŸ“… Tarikh: 7 Ogos 2025, Khamis
πŸ•” Masa: Petang

Satu kemalangan telah berlaku pada petang ini melibatkan sebuah motosikal dan sebuah basikal. Kejadian ini mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan.
Mangsa telah diberikan bantuan oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuantan
yang bergegas ke tempat kejadian dan dibawa ke hospital.

Sebagai langkah berjaga-jaga, marilah kita bersama sama agar:

➑️ Ibu bapa dapat memberi perhatian kepada anak-anak yang bermain di luar rumah, terutama pada waktu petang terutamanya dijalan utama yang mana agak sibuk.
➑️ Pengguna jalan raya p**a diharap dapat memperlahankan kenderaan dan sentiasa berwaspada ketika melalui kawasan perumahan, lebih-lebih lagi di kawasan yang sering menjadi tempat anak-anak bermain.

Marilah kita sama-sama menjaga keselamatan dan keharmonian kawasan kita.
Terima kasih atas keprihatinan semua dan semoga mangsa kemalangan diberikan kesembuhan yang baik.

Address

Taman Impianku Kuantan
Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skim Rondaan Sukarela KRT Taman Impianku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share