Pasti Luqman Al-Hakim Kg. Padang, Kuantan

Call Directions Contact the organization

Pasti Luqman Al-Hakim Kg. Padang, Kuantan PASTI LUQMAN AL-HAKIM

28/07/2026

Selamat Menjalani Latihan Mengajar PASTI (LMP)

Selamat Menjalani Latihan Mengajar PASTI (LMP) buat seluruh Guru Pelatih Semester 7 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK).

Semoga latihan mengajar ini menjadi medan menimba pengalaman, mengaplikasikan ilmu serta membentuk diri sebagai pendidik yang berilmu, berakhlak dan berjiwa murabbi.

Semoga Allah SWT mengurniakan kemudahan, kekuatan dan kejayaan sepanjang menjalani LMP.


Tahniah kepada semua GP๐ŸŒธ๐ŸŒน
27/07/2026

Tahniah kepada semua GP๐ŸŒธ๐ŸŒน

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ ANDA SUDAH BERSEDIA? ๐ŸŽ‰Ayuh ibu bapa sertai FUN RUN PASTI LUQMAN AL-HAKIM! ๐ŸŒˆโœจKita berlari, beriadah dan cipta k...
24/07/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ ANDA SUDAH BERSEDIA? ๐ŸŽ‰

Ayuh ibu bapa sertai FUN RUN PASTI LUQMAN AL-HAKIM! ๐ŸŒˆโœจ

Kita berlari, beriadah dan cipta kenangan indah bersama anak-anak ๐Ÿ’š

๐Ÿ”ฅ Mari kita meriahkan FUN RUN PASTI LUQMAN AL-HAKIM bersama-sama! ๐Ÿ’ช

๐Ÿ“Œ๐Ÿ’ฅLOCK THE DATEโ—

https://docs.google.com/forms/d/12ckUeH1Zl2CfSdDz2b5enTu8-nUFRJRl9gp1EVl4Egk/edit?usp=drivesdk*๐Ÿ”Š๐ŸฅณPENDAFTARAN PASTI LUQMA...
21/07/2026

https://docs.google.com/forms/d/12ckUeH1Zl2CfSdDz2b5enTu8-nUFRJRl9gp1EVl4Egk/edit?usp=drivesdk

*๐Ÿ”Š๐ŸฅณPENDAFTARAN PASTI LUQMAN AL-HAKIM BAGI SESI 2027 KINI DIBUKA๐Ÿฅณ๐ŸŽ‰*

๐Ÿ”ŠMAKLUMAT YURAN PENDAFTARAN SEMUANYA TELAH DIMASUKKAN DALAM PAUTAN _google form_ yang diberikan di atas.

*โ—PERHATIAN, SILA BACA ARAHAN DENGAN TELITI SEHINGGA HABIS โ—*

*๐Ÿ“๐Ÿ”ŠMURID BARU DAN MURID LAMA WAJIB MENGISI MAKLUMAT DALAM PAUTAN GOOGLE FORM YANG DIBERI DI ATAS*

=================================

*๐Ÿ“SYARAT-SYARAT KEMASUKAN*
_โ–ช๏ธTIDAK DIBENARKAN MENGHISAP PUTING ATAU BOTOL SUSU_
_โ–ช๏ธPEMAKAIAN PAMPERS BAGI MURID 4,5 DAN 6 TAHUN ADALAH TIDAK DIBENARKAN_
_โ–ช๏ธPASTI TIDAK MENERIMA murid yang mempunyai masalah yang berikut AUTISME/HIPERAKTIF/ADHD atau MASALAH YANG BERKAITAN_
*โ›”Pihak PASTI berhak MEMBERHENTIKAN anak tuan/puan sekiranya anak tuan/puan didapati ada masalah - masalah tersebut*

=================================

*๐ŸŒธPENDAFTARAN E-PASTI (MURID BARU SAHAJA)*
๐Ÿ–ฅ๏ธ Sila ke laman web PASTI Malaysia di alamat www.pastimalaysia.com dan pilih PENDAFTARAN MURID

โœณ๏ธMasukkan Kod PASTI yang ingin mendaftar :

*๐Ÿ’ฅ PASTI LUQMAN AL-HAKIM 1๏ธโƒฃ*
_(Taman Kampung Padang Jaya)_
๐Ÿ“Œkod E-PASTI : *c050208*

*๐Ÿ’ฅ PASTI LUQMAN AL-HAKIM 2๏ธโƒฃ&3๏ธโƒฃ*
_(Taman Impian & Perumahan Padang Maju)_
๐Ÿ“Œkod E-PASTI : *c050213*

๐Ÿ“ŒSelesai simpan maklumat, tekan CETAK

๐Ÿ“ŒSila *SIMPAN* slip permohonan pdf dan bawa slip yang sudah *DICETAK* pada hari *PENDAFTARAN BERSEMUKA*

๐Ÿ“ŒTarikh *PENDAFTARAN BERSEMUKA* akan dimaklumkan dalam group pendaftaran

________________________________

_u/p : PASTI LUQMAN AL-HAKIM 3 akan dibuka sekiranya jumlah permohonan mencapai sasaran yang diperlukan. Jika berlaku lebihan permintaan pendaftaran di salah satu premis PASTI Luqman Al-Hakim. Murid tersebut akan dihantar ke PASTI Luqman Al-Hakim yang masih mempunyai kekosongan tempat. Keutamaan tempat diberikan kepada ibu bapa yang terawal membuat pendaftaran bersama bayaran BOOKING RM100_

Terima kasih.

Simpan sini untuk kenangan๐Ÿฅฐ๐ŸŒน. BSBJ 2026
22/06/2026

Simpan sini untuk kenangan๐Ÿฅฐ๐ŸŒน. BSBJ 2026

๐Ÿ† ALHAMDULILLAH, JUARA KESELURUHAN BSBJ PASTI KAWASAN INDERA MAHKOTA 2026 ๐Ÿ†Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke had...
22/06/2026

๐Ÿ† ALHAMDULILLAH, JUARA KESELURUHAN BSBJ PASTI KAWASAN INDERA MAHKOTA 2026 ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kurniaan kejayaan kepada kontinjen PASTI Luqman Al-Hakim, Kg Padang dalam Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Indera Mahkota 2026.

๐Ÿ“Š PENCAPAIAN PASTI LUQMAN AL-HAKIM

โšฝ BOLA SEPAK
๐Ÿฅ‡ Johan

๐Ÿ€ BOLA JARING
๐Ÿ… Tempat Keempat

๐Ÿ† JUARA KESELURUHAN BSBJ PASTI KAWASAN INDERA MAHKOTA 2026

Kejayaan ini bukanlah hasil usaha individu semata-mata, bahkan merupakan natijah kerjasama dan pengorbanan ramai pihak.

๐ŸŒน Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para jurulatih serta guru-guru yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen dalam melatih serta membimbing anak-anak sehingga berjaya mengharumkan nama PASTI Luqman Al-Hakim.

๐ŸŒน Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu, sama ada melalui sumbangan kewangan, penyediaan makanan, kehadiran di sesi latihan mahupun doa yang tidak putus-putus buat anak-anak.

๐ŸŒน Tidak dilupakan kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin, kerjasama dan akhlak yang baik sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan serta menjadi bekalan dalam membentuk generasi soleh, cerdas dan berdaya saing.



22/06/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. ๐ŸŒน*SUMBANGAN SUKAN BSBJ PASTI KAWASAN IM 2026*-------------------------------...
12/06/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. ๐ŸŒน

*SUMBANGAN SUKAN BSBJ PASTI KAWASAN IM 2026*

-------------------------------
๐Ÿ“… Tarikh: 20 & 21 Jun 2026
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 12.00 tghari
๐Ÿ“ Tempat: Stadium Polo IM 8
-------------------------------

Sumbangan ini bertujuan untuk menampung kos:

๐Ÿ“Œ Persiapan tempat
๐Ÿ“Œ Sewa tempat
๐Ÿ“Œ Makan dan minum
๐Ÿ“Œ Penginapan
๐Ÿ“Œ Pengadil
๐Ÿ“Œ Lain-lain kos yang berkaitan dengan program BSBJ

Sumbangan yang diberikan akan membantu menampung sebahagian daripada kos keseluruhan penganjuran sukan ini. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada tuan/puan bagi menjayakan program sukan ini.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
โ€œApabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.โ€
(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal kebajikan dan mendapat ganjaran pahala yang berterusan di sisi Allah SWT.

Sekian, terima kasih. ๐Ÿค

๐ŸŒน SELAMAT HARI GURU ๐ŸŒนโ€œGuru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik jiwa, membina akhlak dan membentuk generasi ...
14/05/2026

๐ŸŒน SELAMAT HARI GURU ๐ŸŒน

โ€œGuru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik jiwa, membina akhlak dan membentuk generasi ummah.โ€

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami titipkan buat seluruh ibu bapa dan penjaga yang telah menyumbang pelbagai juadah, hadiah serta memberi sokongan sempena Sambutan Hari Guru di PASTI Luqman Al-Hakim. ๐ŸŽ๐Ÿฑ๐Ÿ’

Segala bentuk sumbangan dan ingatan yang diberikan amat bermakna buat para muallimah. Semoga setiap kebaikan yang dicurahkan dibalas dengan ganjaran pahala, dilimpahkan rezeki yang berkat serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. ๐Ÿคฒ




๐ŸŒน SELAMAT HARI GURU ๐ŸŒนโ€œGuru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik jiwa, membina akhlak dan membentuk generasi ...
13/05/2026

๐ŸŒน SELAMAT HARI GURU ๐ŸŒน

โ€œGuru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik jiwa, membina akhlak dan membentuk generasi ummah.โ€

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami titipkan buat seluruh ibu bapa dan penjaga yang telah menyumbang pelbagai juadah, hadiah serta memberi sokongan sempena Sambutan Hari Guru di PASTI Luqman Al-Hakim. ๐ŸŽ๐Ÿฑ๐Ÿ’

Segala bentuk sumbangan dan ingatan yang diberikan amat bermakna buat para muallimah. Semoga setiap kebaikan yang dicurahkan dibalas dengan ganjaran pahala, dilimpahkan rezeki yang berkat serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. ๐Ÿคฒโœจ

Address

No. 19 Lorong Kg. Padang Jaya 15, Jalan Sg. Lembing
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+60139394949

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Luqman Al-Hakim Kg. Padang, Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pasti Luqman Al-Hakim Kg. Padang, Kuantan:

Shortcuts

Share