KRT Kubang Buaya Official

KRT Kubang Buaya Official 2026/2029
Pengerusi : Dr Charan Raj
T.Pengerusi : Tunku Zaza Faranaz
Setiausaha : Eugene Francis
T. Setiausaha: John Leong
Bendahari : Raymond Ang

DAULAT TUANKU 🙏🏼Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PE...
31/05/2026

DAULAT TUANKU 🙏🏼

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda TuankuPada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim Daripada Pengerusi & Ahli Jawatankuasa Komuniti Rukun Tetangga Kubang Buaya Kuantan Pahang Darul Makmur.

Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha. 🪷
30/05/2026

Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha. 🪷

🌾 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN & HARI GAWAI 2026 🌾
29/05/2026

🌾 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN & HARI GAWAI 2026 🌾

26/05/2026

Kami dari seluruh kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga Kubang Buaya mengambil cakna dan menzahirkan rasa prihatin terhadap kejadian kebakaran yang membabitkan bahagian bumbung Dewan Perhimpunan MRSM pada siang tadi, dengan anggaran kemusnahan mencecah 100 peratus pada struktur bumbung bangunan tersebut.

Alhamdulillah, kejadian tidak membabitkan sebarang mangsa memandangkan semua pelajar MRSM sedang berada dalam musim cuti.

Musim cuti dan perayaan adalah waktu yang memerlukan masyarakat untuk lebih peka terhadap aspek keselamatan diri, keluarga dan kediaman. Pastikan setiap rumah tidak ditinggalkan tanpa pemeriksaan rapi terutama melibatkan suis elektrik dan peralatan elektronik seperti penapis air, Coway dan lain-lain yang menggunakan bekalan kuasa secara berterusan.

Elakkan penggunaan multi soket secara berlebihan bagi peralatan berkuasa tinggi kerana ia boleh mengundang risiko kebakaran. Sekiranya berlaku kecemasan, keluar dari rumah dengan segera dan dapatkan bantuan daripada pihak berdekatan atau pasukan keselamatan.

Dalam masa yang sama, musim perayaan juga sering dikaitkan dengan peningkatan kes kecurian dan pecah masuk rumah. Oleh itu, ambillah langkah berjaga-jaga dan pastikan kediaman berada dalam keadaan selamat sebelum pergi bercuti.

Kami seluruh warga kepimpinan KRT Kubang Buaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Kepada yang bercuti, semoga selamat sampai ke destinasi dan kembali dengan selamat.

Sama-sama kita menjaga komuniti dan keselamatan antara satu sama lain.


Kami daripada seluruh kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga Kubang Buaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat...
26/05/2026

Kami daripada seluruh kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga Kubang Buaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat terutama sekali buat warga Kubang Buaya. Di kesempatan ini, kami mendoakan agar sambutan Hari Raya pada tahun ini membawa seribu keberkatan.

Ayuh kita terus memupuk semangat muhibah dan keharmonian dalam komuniti kita.





Burung merpati terbang sekawan,Hinggap sebentar di hujung laman,Selesai sudah proses undian,Bersatu hati membina kejiran...
26/05/2026

Burung merpati terbang sekawan,
Hinggap sebentar di hujung laman,
Selesai sudah proses undian,
Bersatu hati membina kejiranan.

Tahniah dan terima kasih kepada seluruh penduduk yang hadir, memberi sokongan serta menjalankan tanggungjawab dalam Mesyuarat dan Proses Undian KRT Kubang Buaya pada 25 Mei 2026.

Ribuan Terima Kasih juga kepada Puan Mass Darlina Kassim selaku Pegawai Kanan Jabatan Perpaduan Kuantan yang menyempurnakan Mesyuarat Perlantikan semalam.

Dengan penuh amanah dan semangat perpaduan, berikut adalah barisan kepimpinan KRT Kubang Buaya sesi 2026/2029:

Pengerusi : Dr Charan Raj
Timbalan Pengerusi : Tunku Zaza Faranaz
Setiausaha : Eugene Francis
Timbalan Setiausaha : John Leong
Bendahari : Raymond Ang
Ketua Jiranita : Noor Affie
Ketua Jiran Muda : Meeyo Shafik
Ketua Tunas Jiran : Dato Soon
Ketua Usia Emas : Dato Patrick

Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat membawa KRT Kubang Buaya ke arah komuniti yang lebih harmoni, selamat, aktif dan progresif.

“Berbeza pendapat itu biasa, tetapi perpaduan tetap menjadi keutamaan kita bersama.”





21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Pengerusi dan AJK Rukun Tetangga Kubang Buaya.

🌙 Majlis Iftar Komuniti Pickleball Kuantan 🏓Alhamdulillah, satu lagi momen indah apabila komuniti Pickleball Kuantan dap...
16/03/2026

🌙 Majlis Iftar Komuniti Pickleball Kuantan 🏓

Alhamdulillah, satu lagi momen indah apabila komuniti Pickleball Kuantan dapat berkumpul dalam Majlis Iftar bersama yang penuh kemesraan dan ukhuwah. Program ini turut mendapat sokongan daripada Komuniti RT Kubang Buaya, yang sentiasa komited dalam mengeratkan hubungan komuniti setempat.

Suasana berbuka puasa kali ini bukan sekadar menikmati juadah bersama, tetapi juga menjadi ruang untuk mengukuhkan silaturrahim antara pemain, keluarga dan sahabat komuniti. Inilah semangat sebenar sukan – menyatukan hati, mengeratkan persahabatan dan membina komuniti yang lebih harmoni.

Gerak Kerja KRT Bersih dan Indah melalui Aktiviti Gotong-Royong Rumah Komuniti Masing-Masing merupakan usaha berterusan ...
02/02/2026

Gerak Kerja KRT Bersih dan Indah melalui Aktiviti Gotong-Royong Rumah Komuniti Masing-Masing merupakan usaha berterusan bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, selesa dan harmoni.

Pihak AJK KRT juga menggalakkan penglibatan aktif penduduk dalam menjaga kebersihan kawasan kejiranan serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap harta dan kemudahan komuniti.

Aktiviti Jom Mengenali Pickleball bersama KRT Kubang Buaya merupakan satu inisiatif Jiran Wanita dan Jiran Muda yang san...
02/02/2026

Aktiviti Jom Mengenali Pickleball bersama KRT Kubang Buaya merupakan satu inisiatif Jiran Wanita dan Jiran Muda yang sangat bermanfaat kepada komuniti setempat.

Program ini bukan sahaja memperkenalkan sukan pickleball yang semakin popular, malah menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk pelbagai peringkat umur.

Melalui aktiviti ini, komuniti dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan silaturahim antara jiran tetangga. Pickleball merupakan sukan yang mudah dipelajari, selamat dan menyeronokkan, sesuai untuk kanak-kanak, golongan dewasa mahupun warga emas.

Ia membantu meningkatkan kecergasan fizikal, koordinasi badan, fokus mental serta mengurangkan tekanan harian.

Program ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Jurulatih Berpengalaman dari Persatuan Pickleball Negeri Pahang, yang memberikan pendedahan asas, teknik permainan yang betul serta perkongsian ilmu secara interaktif. Konsep Fun and Learning menjadikan sesi latihan lebih santai, menyeronokkan dan mudah difahami oleh semua peserta.

Secara keseluruhan, aktiviti ini memberi manfaat besar kepada komuniti dengan menggalakkan gaya hidup aktif, membina komuniti yang lebih sihat dan bersatu, serta membuka peluang untuk melahirkan minat baharu dalam bidang Sukan Pickleball di peringkat akar umbi. 🏓✨

Address

Kuantan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Kubang Buaya Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share