Al-Jaffar Kuantan

Directions Contact the organization

Al-Jaffar Kuantan Al-Jaafar Centre
πŸ“1, Surau PT 149505, Jalan Sungai Soi, Kampung Kempadang 25150 Kuantan Pahang

BENGKEL LINO PRINT – JOM BELAJAR BUAT SENDIRI! Nak cuba seni lino print yang unik dan satisfying? Mari belajar step-by-s...
04/09/2026

BENGKEL LINO PRINT – JOM BELAJAR BUAT SENDIRI!
Nak cuba seni lino print yang unik dan satisfying?

Mari belajar step-by-step bersama artis Maryam Sufi, dari melakar, mengukir lino block hingga menghasilkan cetakan sendiri!

πŸ“… Sabtu, 19 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Al Jaafar Centre, Kuantan
πŸ’° RM50/pax | Umur 12 tahun ke atas
✨ Apa yang akan dipelajari:
β€’ Teknik carving lino block
β€’ Step-by-step linocut
β€’ Cara menghasilkan duplicate print atas pelbagai media

πŸ“² Tempat terhad, daftar di sini:
https://forms.gle/nunQi8Rnd9CUXcjb9

Salam Maulidur Rasul 1448HΨ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„ Ω…Ψ­Ω…Ψ―Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus hidup da...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„ Ω…Ψ­Ω…Ψ―

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus hidup dalam hati, dizahirkan dengan memperbanyakkan selawat dan mengamalkan sunnah Baginda.

Salam Maulidur Rasul

Ikhlas daripada,
Al-Jaafar Centre

08/08/2026

8th August - Weaving Canvas Art issa wrapp

8 Julai 2026 - Weaving Canvas Art dengan kids ! Nampak macam simple activity, tapi sebenarnya banyak skills yang kids da...
08/08/2026

8 Julai 2026 - Weaving Canvas Art dengan kids !

Nampak macam simple activity, tapi sebenarnya banyak skills yang kids dapat develop through this activity; fine motor skills, hand-eye coordination, focus & concentration, patience, creativity dan juga problem-solving. Bila kena susun yarn satu-satu, tarik, anyam dan ikut pattern, kids belajar untuk slow down, fokus dan siapkan sesuatu step by step.

Yang best, activity ni boleh buat dekat rumah jugak ! Tak perlu fancy materials pun. Boleh guna canvas/kadbod, yarn. Lepas tu biarkan anak explore their own design.

Sometimes, aktiviti yang nampak simple macam ni lah yang sebenarnya banyak bantu perkembangan anak. 🀍

Thank you ibu ayah yang daftarkan anak join program semalam. See you in our next kids activity !

Anak s**a buat craft, mewarna & aktiviti kreatif? Jom bagi mereka cuba sesuatu yang lain kali ni!WEAVING CANVAS ARTAnak-...
04/08/2026

Anak s**a buat craft, mewarna & aktiviti kreatif? Jom bagi mereka cuba sesuatu yang lain kali ni!

WEAVING CANVAS ART
Anak-anak akan belajar menghasilkan artwork menggunakan yarn + canvas, dengan bimbingan fasilitator step-by-step. Fun, hands-on & sesuai untuk umur 6–12 tahun!

Selain seronok, aktiviti ni juga bantu anak-anak develop:
πŸ–οΈ Fine Motor Skills
πŸ‘€ Hand-Eye Coordination
🧠 Focus & Concentration
πŸ’ͺ Patience & Perseverance
🎨 Creativity & Confidence

πŸ“… 8 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi – 11.30 pagi
πŸ“ Al-Jaafar Centre
πŸ‘§πŸ» Umur: 6–12 tahun
🎟️ Limited to 20 participants only!

Kalau parents tengah cari aktiviti yang fun + creative + ada learning value untuk anak-anak hujung minggu ni, boleh join sekali!

πŸ‘‰ DAFTAR DI SINI:
https://forms.gle/T4hdCTKz7iiHCmHT9

Limited slots ! First come, first served!

JUMPA NANTI!

Program AI: Faham, Guna & Kawal AI πŸ€–26 Julai 2026, Ahad - Alhamdulillah, Program AI di Al-Jaafar Centre telah berlangsun...
26/07/2026

Program AI: Faham, Guna & Kawal AI πŸ€–

26 Julai 2026, Ahad - Alhamdulillah, Program AI di Al-Jaafar Centre telah berlangsung dengan jayanya bersama penceramah jemputan, En. Abdul Azim bin Marzuki Abu Nu'man , website & Ai developer & Arkitek

Sepanjang sesi, para peserta didedahkan dengan pengenalan kepada dunia Artificial Intelligence (AI), bagaimana teknologi ini berkembang serta cara menggunakannya secara bijak, beretika dan memberi manfaat dalam kehidupan seharian, pembelajaran serta pekerjaan.

Yang paling menarik, sesi diakhiri dengan hands-on praktikal, di mana peserta mencuba sendiri penggunaan AI bersama-sama.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang program. Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi titik permulaan untuk memanfaatkan AI sebagai alat yang membantu kita menjadi lebih produktif, tanpa mengabaikan nilai, adab dan tanggungjawab.

Don’t fear AI. Learn AI. Kerana AI tidak akan menggantikan manusia, tetapi manusia yang tahu menggunakan AI akan menggantikan manusia yang tidak menggunakannya.

21 Julai 2026, Selasa - Lawatan MahabbahAlhamdulillah, Al-Jaafar Centre berpeluang menerima kunjungan daripada Madrasah ...
21/07/2026

21 Julai 2026, Selasa - Lawatan Mahabbah

Alhamdulillah, Al-Jaafar Centre berpeluang menerima kunjungan daripada Madrasah Baitul Ehsan Khairi, Selangor.

Dalam sesi perkongsian, kami berpeluang mendengar sendiri kisah awal penubuhan dan pembangunan Madrasah Baitul Ehsan Khairi serta perjalanan mereka dalam membina sebuah pusat pendidikan dan kebajikan untuk anak-anak yang memerlukan.

Madrasah ini menjadi tempat perlindungan dan pendidikan buat anak-anak yatim, asnaf serta keluarga kurang berkemampuan dari seluruh Malaysia. Menariknya, terdapat juga pelajar yang datang dari luar negara seperti China dan Vietnam.

Para pelajar dibimbing dalam pengajian al-Quran, bacaan dan hafazan, di samping pembelajaran subjek-subjek diniah bagi membentuk ilmu, akhlak dan sahsiah mereka.

Kini, Madrasah Baitul Ehsan Khairi mempunyai dua cawangan yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan dengan jumlah sekitar 60 orang pelajar.

Semoga Allah SWT terus memberkati usaha yang dijalankan dalam mendidik generasi al-Quran dan menjaga amanah anak-anak ini. Terima kasih atas kunjungan, jumpa lagi, biiznillah.

AI dah jadi sebahagian daripada hidup kita tapi kita dah betul-betul faham cara nak guna AI?Ramai orang guna AI, tapi ta...
20/07/2026

AI dah jadi sebahagian daripada hidup kita tapi kita dah betul-betul faham cara nak guna AI?

Ramai orang guna AI, tapi tak ramai yang tahu cara nak gunakan dengan betul. Ada yang takut AI akan ambil kerja manusia, ada juga yang guna AI tanpa tahu batas dan risikonya.

Jom join Program AI: FAHAM, GUNA & KAWAL

Link pendaftaran: https://forms.gle/JKw8CeuD5vszgwy48

Dalam program ni kita akan belajar:
✨ AI sebenarnya macam mana?
✨ Apa yang AI boleh dan tak boleh buat?
✨ Risiko AI seperti deepfake, scam & maklumat palsu
✨ Cara buat prompt yang lebih baik
✨ Cuba sendiri guna AI dalam sesi hands-on

Bukan sekadar dengar teori, kita akan belajar cara manfaatkan AI dalam kehidupan harian 😊

πŸ‘¨β€πŸ’» Bersama *Encik Abdul Azim bin Marzuki*
_Arkitek | Website & Ai Developer_

πŸ“… 26 Julai 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Al-Jaafar Centre
πŸ’° RM10 sahaja
🍽️ Jamuan ringan disediakan

Terbuka untuk semua, pelajar, guru, pekerja, usahawan dan sesiapa yang nak mula kenal dunia AI.

Jangan risau kalau masih beginner, kita belajar sama-sama.

πŸ“Œ Tempat terhad *50 peserta sahaja!*

Address

Kampung Anak Air, Tanjung Lumpur
Kuantan
26060

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Jaffar Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Al-Jaffar Kuantan:

Shortcuts

Share