Kuantan Brotherhood Family

Kuantan Brotherhood Family Ride Chill Charity

Selesai sudah Mega Ride Iftar RAVM & ERA GEMILANG di Kuantan semalam... Terima kasih semua yang menjayakan program ini.....
01/03/2026

Selesai sudah Mega Ride Iftar RAVM & ERA GEMILANG di Kuantan semalam... Terima kasih semua yang menjayakan program ini...

Sabtu 5.30 petang , jangan lewat, permit pengiring Trafik PDRM  dah lulus ..🚀🚀🚀
27/02/2026

Sabtu 5.30 petang , jangan lewat, permit pengiring Trafik PDRM dah lulus ..🚀🚀🚀

Salam Ramadhan 1447 H... Selamat berpuasa kepada semua sahabat permotoran...
18/02/2026

Salam Ramadhan 1447 H... Selamat berpuasa kepada semua sahabat permotoran...

Big shout out to my newest top fans! 💎 Eddy Crew, Are Pih, Yus Jef, Muhamad Rahmat Fuat, Syairool Ikmal, Ewan Dino, Ahma...
20/12/2025

Big shout out to my newest top fans! 💎 Eddy Crew, Are Pih, Yus Jef, Muhamad Rahmat Fuat, Syairool Ikmal, Ewan Dino, Ahmad Rafkan Sabaruddin, Yek Alias, Ridzuan Zawi, Fazrin Azwa, Muhammad Ali Samsudin, Mie Remie, Ar Man, Khairul Nizam, Syah Ren, Norazfar Azimy, Aiman Fikri, Soi Urat, Alif Alif

Drop a comment to welcome them to our community,

MISI BANTUAN BANJIR | KBFHari ini kami meneruskan lagi misi bantuan banjir dengan mengagihkan makanan secara terus kepad...
20/12/2025

MISI BANTUAN BANJIR | KBF

Hari ini kami meneruskan lagi misi bantuan banjir dengan mengagihkan makanan secara terus kepada mangsa yang telah pulang ke rumah masing-masing dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Agihan ini difokuskan kepada keluarga yang sedang membersihkan rumah selepas banjir, susulan keadaan cuaca yang semakin baik dan paras air yang telah mula surut.

Diharapkan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa dalam fasa awal pemulihan.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang terus komited bersama kami.
Semoga segala usaha ini diberkati dan dipermudahkan.




19/12/2025

Beberapa hari kebelakangan ini, kawasan sekitar Kuantan sekali lagi diuji dengan bencana banjir yang saban tahun melanda daerah ini akibat musim hujan yang berterusan.

Kami di pihak Kuantan Brotherhood Family (KBF) telah diamanahkan oleh FA Motorpart yang telah menyumbangkan sejumlah wang bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), khususnya dari segi penyediaan makanan dan minuman.

Bermula petang semalam, diikuti pagi dan petang hari ini, pihak kami telah mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir. Insya-Allah, usaha ini akan diteruskan lagi pada hari esok demi memastikan kebajikan mereka terus terbela.

Kami juga turut menerima sumbangan daripada sahabat-sahabat permotoran serta masyarakat setempat yang sama-sama prihatin dan tampil menghulurkan bantuan.

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan mangsa-mangsa banjir, mengurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepada mereka dalam menghadapi ujian ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Di ruangan komen kami akan kongsikan No Akaun KBF untuk memberi peluang kepada saudara diluar sana yang ingin sama2 menyumbang ..
Hanya Allah jua yang mampu membalas jasa baik tuan & puan..




Dunia permotoran Pahang menerima berita sedih lagi malam tadi, kali ini perginya seorang lagi pencinta dunia permotoran ...
15/12/2025

Dunia permotoran Pahang menerima berita sedih lagi malam tadi, kali ini perginya seorang lagi pencinta dunia permotoran daripada Kelab Crooks Asama Kuantan yang lebih dikenali dengan gelaran Adik Misai Crooks. Kami menerima berita arwah mengalami serangan jantung semasa berkerja dan telah meninggal dunia semasa mendapat rawatan. Arwah merupakan seorang yang disegani dalam dunia permotoran daripada semua peringkat umur tua dan muda dan banyak memberi nasihat yang berguna kepada rakan rakan permotoran , Slogan "Racing Sampai Tua bro" adalah # yang selalu arwah sebut bersama ahli kelab beliau dari dulu sehingga akhir hayatnya. Semoga arwah ditempatkan bersama sama orang yang beriman.. InshaAllah.
Kami daripada KBF mengucapkan salam takziah untuk Keluarga arwah Adik Misai dan juga Team Crooks Asama Kuantan atas pemergiannya.. Amin...
Adik Misai dalam kenangan...
1971-2025
Alfatihah dibaca...

Alhamdulillah.. KBF sempat menghadiri jemputan kenduri kesyukuran adik Al-adam Mikail pada Isnin lalu sebelum beliau dan...
05/11/2025

Alhamdulillah.. KBF sempat menghadiri jemputan kenduri kesyukuran adik Al-adam Mikail pada Isnin lalu sebelum beliau dan ayahnya berlepas ke Sepanyol pada hari ini. Terima kasih juga semua pihak yang hadir dan memberi sokongan untuk adik AL Adam.. Selamat maju jaya AL Adam Mikail daripada Kuantan Brotherhood Family ..



Pahang boleh, Pahang 1st .. luncur..
04/11/2025

Pahang boleh, Pahang 1st .. luncur..

02/11/2025

Podcast pertama KBF . Bersama adik Al-adam Mikail .. Maaf moderator tiada pengalaman.. Saksikan lah MAWEE PODCAST 1.0

Dunia permotoran Pahang khususnya komuniti skuter dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penggiat aktiviti permotoran ...
18/10/2025

Dunia permotoran Pahang khususnya komuniti skuter dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penggiat aktiviti permotoran yang disegani.
Hilangnya seorang rakan yang lebih mesra dengan panggilan Abg Long Farid begitu dirasai kerana ramai antara kita tidak mengetahui yang beliau sedang berjuang melawan sakit kanser tahap 4 yang dihidapinya pertengahan tahun ini. Pastinya kita semua akan merindui seorang insan yang amat baik , ceria dan begitu mencintai akitiviti perlumbaan di litar permotoran.
Salam takziah untuk keluarga beliau serta kelab Seri Damai Auto Scoot dan Gilera Pahang. Beliau juga antara penyokong kuat setiap aktiviti yang diadakan kelab KBF.
Sama sama kita sedekahkan bacaan AL Fatihah untuk arwah Ahmad Farid Husin
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Salam takziah dari sahabat permotoran KBF. 🥹🤲🏼




Address

Kuantan
25###, 26###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuantan Brotherhood Family posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share