17/09/2026
[Help Sharing]
2026年彭亨州青年领导力与自豪感课程现已开放报名!
以下是该活动的极简资讯:
📅 活动详情日期:2026年9月23日至27日(5天4夜)
地点:云冰之友综合大楼 (Kompleks Rakan Muda Rompin)
🎯 活动亮点
户外与寻宝活动 (Explorace)、团队建设与沟通演讲技巧;领导力、爱国主义与志愿服务
🎁 独家福利
费用全免;提供免费住宿、膳食和参与证书
✍️ 报名方式
名额限制:仅限 40人
报名链接:https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf25p2SlIv_PJZ4fvZDqD_a0SMKMeBZk6fcoU_IEaRFOTWdvg/viewform?usp=header
联络咨询:Puan Nazurah (011-3656 8509) 或 Encik Arizan (011-6550 5321)
🔥 PROGRAM KEPIMPINAN & JATI DIRI BELIA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2026 MEMBINA JATI DIRI TEGUH, KEPIMPINAN UNGGUL DAN MENERAJUI MASA HADAPAN NEGARA🔥
Belia hari ini bukan sekadar pewaris masa hadapan, tetapi merupakan pemacu perubahan dan pemimpin masa kini! 💪
5 hari 4 malam Program Kepimpinan & Jati Diri Belia menjadi wadah untuk membentuk generasi muda yang berkeyakinan, berdisiplin, berintegriti dan mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi. Dalam mendepani landskap dunia yang semakin mencabar, negara memerlukan generasi muda yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, malah memiliki jati diri yang kukuh, semangat patriotisme yang tinggi, integriti yang teguh serta keberanian untuk memimpin dan membawa perubahan.
Melalui pengisian yang menarik, interaktif dan mencabar, para peserta akan didedahkan dengan kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi, pengurusan diri serta nilai-nilai jati diri yang menjadi asas kepada pembentukan belia berkualiti. 🚀
✨ Membina keyakinan diri;
🤝 Memperkukuh semangat berpasukan dan kepimpinan;
💡Membangunkan sahsiah dan jati diri belia;
🔥 Bangkit sebagai bakal pemimpin muda !
⚡Aktiviti menarik menanti anda ?
⚡Aktiviti Outdoor/ Explorace
⚡Kepimpinan, Patriotisme, Kenegaraan & Jati Diri
⚡Team Buliding
⚡Komunikasi & Pengucapan Awam
⚡Aktiviti Spiritual/ Fizikal
⚡Kesukarelawanan
✨ Kemudahan disediakan untuk peserta :
✅ Penyertaan Percuma
✅ Makan dan minum disediakan
✅ Penginapan disediakan
✅ Sijil Penyertaan disediakan
🔔 Anda belia yang kami cari ? Berminat ? Klik pautan di bawah untuk penyertaan anda https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf25p2SlIv_PJZ4fvZDqD_a0SMKMeBZk6fcoU_IEaRFOTWdvg/viewform?usp=header
🔗 Terhad kepada 40 orang belia. Jom sertai sekarang !
📱 Sila hubungi Puan Nazurah (011-3656 8509) atau Encik Arizan (011-6550 5321) untuk sebarang penyertaan dan keterangan lanjut.
Jangan hanya menjadi penonton kepada perubahan. Jadilah belia yang mencipta perubahan!