Muslimat PAS Taman Dato Rashid Salleh

Directions

Muslimat PAS Taman Dato Rashid Salleh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Muslimat PAS Taman Dato Rashid Salleh, Community Center, Taman Dato Rashid salleh, Kuantan.

🌙 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H 🌙Muslimat PAS Taman Dato Rashid dengan Kerjasama PASTI Ar-Rasyidin Taman Dato RashidAlha...
27/08/2026

🌙 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H 🌙
Muslimat PAS Taman Dato Rashid dengan Kerjasama PASTI Ar-Rasyidin Taman Dato Rashid

Alhamdulillah, program Sambutan Maulidur Rasul 1448H telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang meriah, penuh ukhuwah dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🤍

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya perarakan Maulidur Rasul, kuiz, aktiviti mewarna serta pengisian ilmu yang memberi manfaat kepada para peserta.

Turut diadakan perkongsian ilmu oleh Ustazah Nik Halawati binti Nik Wajis bertajuk “Wanita dan Ilmu”. Perkongsian yang sangat baik dan bermanfaat, khususnya dalam mengingatkan kita tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan seorang wanita serta peranannya dalam membentuk keluarga dan generasi yang berilmu.

Semoga program seperti ini dapat terus menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, meningkatkan kecintaan terhadap ilmu dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti. 🌹

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد ﷺ






ZIARAH MAHABBAH MUSLIMAT PAS TAMAN DATO’ RASHID 🌷Alhamdulillah, Muslimat PAS Taman Dato’ Rashid berkesempatan menziarahi...
23/08/2026

ZIARAH MAHABBAH MUSLIMAT PAS TAMAN DATO’ RASHID 🌷

Alhamdulillah, Muslimat PAS Taman Dato’ Rashid berkesempatan menziarahi Puan Rohani binti Abdullah, 71 tahun, yang sedang terlantar dan memerlukan penjagaan di rumah.

Alhamdulillah PAS cawangan Beserah Tengah telah mengambil perhatian menyediakan sebuah katil untuk kegunaan dan keselesaan Puan Rohani. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memberi keselesaan kepada beliau sekeluarga. 🤲

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan buat Puan Rohani serta keluarga. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab pahala dan keberkatan buat semua yang terlibat. ❤️





Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi adik Safiya Husna.💐Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna buat a...
02/08/2026

Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi adik Safiya Husna.💐

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna buat adik Safiya Husna, mengangkat segala kesakitan yang sedang ditanggung, serta menggantikannya dengan kesihatan yang lebih baik.

Buat Kak Ha dan suami, semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, kesabaran, ketabahan dan kelapangan hati dalam menjaga amanah yang sangat istimewa ini. Sesungguhnya setiap ujian yang Allah berikan pasti disertai dengan hikmah, dan setiap pengorbanan yang dilakukan tidak akan pernah sia-sia di sisi-Nya.

Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada seluruh keluarga, serta menjadikan segala usaha dan pengorbanan ini sebagai asbab memperoleh ganjaran syurga. Aamiin ya Rabbal 'Alamin. 🤲🥰

ZIARAH MAHABBAH PESAKIT KANSERAlhamdulillah, Muslimat Cawangan Dato Rashid telah mengadakan Ziarah Mahabbah ke rumah sal...
05/07/2026

ZIARAH MAHABBAH PESAKIT KANSER

Alhamdulillah, Muslimat Cawangan Dato Rashid telah mengadakan Ziarah Mahabbah ke rumah salah seorang ahli Muslimat yang sedang diuji apabila suami beliau menghidap kanser usus.

Semoga ziarah ini dapat memberikan sedikit kekuatan, semangat dan meringankan beban yang dipikul oleh beliau sekeluarga. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan kepada suami beliau, memberikan kesabaran, ketabahan serta mempermudahkan segala urusan mereka.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang dalam menjayakan ziarah ini. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan menjadi amal soleh dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

🤲 "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."









07/12/2025

Guaner STEM di sekolah anok2 aokmer?

07/12/2025

Arak ibu kejahatan

07/12/2025

Banjir ooo banjir, rumah aokmer naik air???

07/12/2025

07/12/2025

Padu!

07/12/2025

YB kita cakna!

Address

Taman Dato Rashid Salleh
Kuantan
26100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslimat PAS Taman Dato Rashid Salleh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share