NISA' Paya Besar

NISA' Paya Besar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NISA' Paya Besar, Non-Governmental Organization (NGO), Kuantan.

KEAHLIAN NISA'
Wanita berusia 15 - 40 tahun

SLOGAN NISA'
Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

🌸 Selamat Hari Jururawat 🌸Terima kasih atas segala dedikasi, pengorbanan dan khidmat yang dicurahkan dalam menjaga masya...
12/05/2026

🌸 Selamat Hari Jururawat 🌸

Terima kasih atas segala dedikasi, pengorbanan dan khidmat yang dicurahkan dalam menjaga masyarakat. 💗

Semoga semua jururawat sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Terima kasih, Jururawat hebat! 👩🏻‍⚕️✨

Ikhlas daripada,
Nisa’ Paya Besar 💕

💖 NISA’ SMALL KINDNESS 2026💖Alhamdulillah seramai 200 orang penerima sekitar Paya Besar telah dapat kita santuni dalam s...
20/04/2026

💖 NISA’ SMALL KINDNESS 2026💖

Alhamdulillah seramai 200 orang penerima sekitar Paya Besar telah dapat kita santuni dalam sesi serahan sumbangan yang berlansung alhir Ramadhan lalu.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan biat para pemberi sumbangan yang terdiri daripada badan kerajaan iaitu Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Persatuan Kebajikan Al Itqan Kuantan dan Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah juga para penyumbang persendirian yang sudi berkongsi rezeki bersama🤲🏻

Juga ribuan terima kasih diucapkan buat pihak pengurusan dan ahli khairiah Masjid Al Bukhari Nurul Aman (MABNA), Mahkota Aman kerana menerima pihak kami sebagai tetamu dan menyediakan ruang yang selesa buat para penerima sepanjang majlis
💐

Semoga sedikit sumbangan ini dapat memberi kebagiaan buat para penerima.

Ada rezeki kita bertemu lagi.

✨We Share We Care✨


’SmallKindness

💜 JOM PUASA 6 SYAWAL 💜Semoga setiap langkah kita selepas Ramadan terus dalam keberkatan 🌙✨Selamat meneruskan Syawal deng...
07/04/2026

💜 JOM PUASA 6 SYAWAL 💜

Semoga setiap langkah kita selepas Ramadan terus dalam keberkatan 🌙✨

Selamat meneruskan Syawal dengan hati yang tenang dan penuh syukur.

Moga kita tergolong dalam kalangan yang istiqamah mengejar pahala, bukan hanya di Ramadan tetapi berterusan hingga ke Syawal dan seterusnya.

Ya Allah, terimalah amal kami, ampunkan dosa kami, dan tetapkan hati kami di jalan-Mu 🤲✨

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir dan BatinSemoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan keceria...
22/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan keceriaan buat kita semua.

Semoga segala amalan diterima dan hubungan silaturrahim terus diperkukuhkan.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

NISA' PAYA BESAR

Ini antara kisah yang kami temui ketika meneliti *borang permohonan Small Kindness 2026*.Ada *ibu tunggal* membuat kuih ...
04/03/2026

Ini antara kisah yang kami temui ketika meneliti *borang permohonan Small Kindness 2026*.

Ada *ibu tunggal* membuat kuih dengan pendapatan sekitar *RM800 sebulan* untuk membesarkan *2 anak yang masih bersekolah* 😭

Ada yang *tidak mampu bekerja* kerana perlu *menjaga ibu yang sakit sepenuh masa*, hanya bergantung pada *zakat RM500 sebulan* 😭

Ada juga seorang isteri yang *suaminya di penjara*, teragak-agak memohon bantuan kerana selalu orang kata *ketua keluarga yang perlu mohon* 😭

Kadang mereka *bukan tidak mahu meminta*, tetapi *terlalu malu untuk meminta*.

Kurang *10 hari lagi* program bakal berlangsung, namun masih berbaki sekitar *RM8,000 lagi* untuk capai sasaran.

Jom sama-sama *pulun cari sumbangan*. Jika tak mampu menyumbang banyak, *bantu share iklan ini* supaya sampai kepada lebih ramai yang ingin membantu.

Moga usaha kecil ini menjadi *sebab 100 keluarga asnaf dapat tersenyum menyambut Ramadan dan Aidilfitri nanti* 🤲

Marhaban ya Ramadhan. Semoga di bulan penuh berkah ini kita dipenuhi ampunan, rahmat, dan keberkahan."Wahai orang-orang ...
19/02/2026

Marhaban ya Ramadhan. Semoga di bulan penuh berkah ini kita dipenuhi ampunan, rahmat, dan keberkahan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(QS. Al-Baqarah: 183)

Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan ini dan sampai kami ke Malam Lailatul Qadr. Amien Ya Rabb

✨ NISA’ SMALL KINDNESS 2026 ✨Sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba, marilah kita bersama-sama menebarkan kasih ...
17/02/2026

✨ NISA’ SMALL KINDNESS 2026 ✨
Sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba, marilah kita bersama-sama menebarkan kasih dan berkongsi rezeki.

🎁 Sasaran kami: 100 keluarga asnaf di Paya Besar
Setiap sumbangan anda bakal menghadirkan senyuman dan meringankan beban mereka dalam membuat persiapan Ramadan dan Syawal.

💜 “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.” (Hadis Riwayat Ahmad)

📌 Salurkan sumbangan anda sekarang:
Maybank: 5562 2642 5954
Pertubuhan Nisa Malaysia (Cawangan Paya Besar)
Rujukan: NSK2026

📅 Tarikh akhir sumbangan: 14 Mac 2026
📞 Sebarang pertanyaan: 010-845 6292

Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.
Jom jadi sebahagian daripada kebaikan ini 🤍✨

’SmallKindness2026 ’PayaBesar

Alhamdulillah, semalam Team Nisa’ Paya Besar bersama NGO Nurhana telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan banjir ke...
11/01/2026

Alhamdulillah, semalam Team Nisa’ Paya Besar bersama NGO Nurhana telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan banjir kepada wanita muda yang terkesan akibat musibah banjir Disember lalu.

Saat menziarahi mereka, terdetik di dalam hati, “Ya Allah, tabahnya mereka.” Ada yang tetap bersyukur kerana air tidak naik setinggi kejadian sebelumnya, meskipun ujian yang dilalui bukanlah sesuatu yang mudah.

Benarlah firman Allah SWT, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” (Surah Al-Baqarah: 286).

Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban para penerima serta menjadi asbab kekuatan dan kelegaan buat mereka yang sedang diuji.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang atas keprihatinan dan sumbangan yang dihulurkan. Setiap kebaikan, walau sekecil mana sekalipun, amat besar nilainya di sisi Allah SWT 💫

Assalamualaikum & salam prihatin 🌧️Penduduk sekitar Paya Besar, Kuantan sedang diuji dengan bencana banjir yang menjejas...
18/12/2025

Assalamualaikum & salam prihatin 🌧️

Penduduk sekitar Paya Besar, Kuantan sedang diuji dengan bencana banjir yang menjejaskan tempat tinggal, bekalan makanan dan keperluan asas keluarga.

KAMI MENGGERAKKAN BANTUAN KILAT BANJIR BAGI MENYEDIAKAN:
▪️ Kit wanita 💜
▪️ Pek makanan & barangan asas 🍚
▪️ Bantuan kecemasan mangsa banjir 💰

🎯 Sasaran sumbangan: RM5,000

Sumbangan boleh disalurkan ke:
💳 Maybank
No Akaun: 556226425954
Nama: PERTUBUHAN NISA’ MALAYSIA (Caw. Paya Besar)
Rujukan: Banjir2025

Atau; klik link Toyyib Pay:
https://toyyibpay.com/Bantuan-Mangsa-Banjir-Pahang

Mohon sebarkan mesej ini dan sama-sama kita ringankan beban mereka. Terima kasih atas keprihatinan anda 🤍

Anjuran:
NISA’ PAYA BESAR & NGO NURHANA

✨🏸 BADMINTON FIT & FUN WITH NISA’ PAYA BESAR 🏸✨Alhamdulillah, Sabtu baru-baru ini berlangsungnya program Badminton Fit &...
26/08/2025

✨🏸 BADMINTON FIT & FUN WITH NISA’ PAYA BESAR 🏸✨

Alhamdulillah, Sabtu baru-baru ini berlangsungnya program Badminton Fit & Fun With Nisa’ Paya Besar di Kuantan Synergy Sport Centre dengan penuh semangat ukhuwah!

Program ini menghimpunkan hampir 20 orang peserta hebat daripada Teen Circle & Purple Circle yang memang awesome!

Bukan sekadar berpeluh di gelanggang badminton, para peserta juga turut ‘dihidangkan’ dengan pengisian rohani yang menyentuh jiwa.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua peserta yang meluangkan masa serta sekalung tahniah buat barisan AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

InsyaAllah, semoga kita dapat bertemu lagi dalam program akan datang dengan lebih banyak manfaat, ukhuwah dan keceriaan! 🥰




Alhamdulillah, selesai sudah program yang kita nanti-nantikan…💜 Retreat & Fun Day pada 9–10 Ogos 2025 💜2 hari 1 malam ya...
22/08/2025

Alhamdulillah, selesai sudah program yang kita nanti-nantikan…

💜 Retreat & Fun Day pada 9–10 Ogos 2025 💜

2 hari 1 malam yang penuh warna – gelak tawa, aktiviti menarik, masa untuk recharge diri, dan ukhuwah yang semakin rapat antara kita semua. 🌸✨
Rasa macam sekejap sangat masa berlalu, tapi kenangan yang tercipta insyaAllah akan kekal lama.
......

Terima kasih semua peserta yang sporting, tenaga AJK yang luar biasa, dan semua yang terlibat sama ada depan atau belakang tabir. 🙏 Kita doakan moga setiap saat yang dikorbankan dalam program ini menjadi pahala & memberi semangat baru dalam kehidupan seharian.

📸 Banyak memori indah yang sempat dirakam 😉

InsyaAllah kita jumpa lagi di program seterusnya!



Address

Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NISA' Paya Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share