24/03/2026
Ini lah Permaisuri Hati kami.....
Ampun Tuanku.
Tadi terlihat satu video lawatan diraja Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke penjara, tempat penghuni di sana hasilkan batik dan songket.
Yang menyentuh hati bukan sekadar lawatan itu, tetapi cara baginda beramah mesra, bercakap lembut, malah siap menawarkan peluang pekerjaan.
Ada satu ayat yang sangat besar maknanya.
“Kita semua pernah lakukan kesilapan.
Kita kena terima mereka.
Biar mereka kembali semula ke komuniti”
Itulah beza orang yang benar-benar mulia dengan orang yang cuma ada nama, pangkat atau harta.
Yang betul-betul tinggi martabatnya tidak sibuk menunjuk tinggi. Dia tidak memandang manusia dari kesalahan semalam sahaja. Dia masih nampak ruang untuk seseorang berubah, dipulihkan, dan diberi peluang kedua.
Kadang-kadang yang baru merasa sedikit kuasa, sedikit harta, sedikit gelaran, itulah yang paling cepat lupa diri. Cakap meninggi, pandang orang dari atas, layan manusia macam nilai mereka sudah habis. Sedangkan orang yang benar-benar berada di atas, selalunya lebih merendah diri.
Bila melihat sikap seperti ini, terasa satu tamparan yang halus tapi kuat. Bahawa kemuliaan sebenar bukan pada apa yang kita pakai, apa gelaran kita, atau siapa kita di mata orang. Kemuliaan sebenar ialah bila kita masih ada hati untuk memanusiakan manusia.
Jadi, jangan takut untuk jadi humble.
Tak jatuh pun maruah kita bila kita merendah diri.
Tak kurang pun nilai kita bila kita melayan orang dengan baik.
Malah selalunya, orang yang paling disegani bukan yang paling tinggi suaranya, tetapi yang paling tinggi adabnya. Humble itu tak rugi. Yang rugi bila ada kedudukan, tapi hilang hati