Ikatan Madrasah Pahang IMP

Ikatan Madrasah Pahang IMP Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ikatan Madrasah Pahang IMP, Non-Governmental Organization (NGO), Kuantan.

Ikatan Madrasah Pahang atau IMP adalah sebuah NGO yang menaungi beberapa NGO lain yang mewakili Institusi Tahfiz, Madrasah dan seluruh Negeri dipimpin oleh YBhg Al Mukarram Sohibul Fadhilah As Syeikh Maulana Haji Cik Wan Helmi bin Wan Muhamad Al Hafiz

Jemput datang semua yea sahabat sekelian
18/12/2025

Jemput datang semua yea sahabat sekelian

18/12/2025
11/12/2025
Alhamdulillah…
10/12/2025

Alhamdulillah…

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSALAM PENUH TAKZIAHTAN SRI DATO’ SRI (DR.) SYAIKH ISMAIL BIN MUHAMMADMantan I...
08/12/2025

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

SALAM PENUH TAKZIAH

TAN SRI DATO’ SRI (DR.) SYAIKH ISMAIL BIN MUHAMMAD
Mantan Imam Besar Masjid Negara
Ahli Jawatankuasa Literasi Al-Quran Selangor

Pihak Ikatan Madrasah Pahang (IMP) merakamkan ucapan takziah dan doa yang tulus ikhlas atas pemergian Allahyarham Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Syaikh Ismail bin Muhammad.

Semoga Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, diluaskan kubur serta ditempatkan dalam kalangan para solihin, para anbiya’ dan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga keluarga Allahyarham diberikan ketabahan, kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Daripada
IKATAN MADRASAH PAHANG (IMP)

UCAPAN TAHNIAHAlhamdulillahi Rabbil ‘AlaminPertubuhan Ikatan Madrasah Pahang (IMP) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tah...
17/11/2025

UCAPAN TAHNIAH

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin

Pertubuhan Ikatan Madrasah Pahang (IMP) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada YBHG. DR. (H.C) Tuan Guru Maulana Juhari Bin Muhammad Ali di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Pengajian Islam (Ilmu Hadis) oleh Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-22.

Sesungguhnya anugerah ini adalah pengiktirafan yang sangat mulia dan amat selayaknya diberikan kepada seorang tokoh yang telah banyak berkhidmat dalam dunia pendidikan Islam, pengajian hadis, pembangunan madrasah serta pembinaan ummah di negeri Pahang dan seluruh Malaysia.

IMP mendoakan agar Tuan Guru sentiasa diberi kesihatan, keberkatan umur, serta kekuatan dalam menyebarkan ilmu, membimbing masyarakat, dan meneruskan legasi perjuangan para ulama yang muktabar.

Mudah-mudahan Allah SWT mengangkat darjat beliau di dunia dan di akhirat, serta menjadikan segala usaha dan sumbangan beliau sebagai amal jariah yang berkekalan.

“Memartabatkan Institusi Ilmu dan Ulama”

Sekali lagi, tahniah daripada seluruh warga *PERTUBUHAN IKATAN MADRASAH PAHANG (IMP)*

12/11/2025
KENYATAAN RASMI PERTUBUHAN IKATAN MADRASAH PAHANG (IMP)TAHNIAH ATAS PELANTIKAN YH MAULANA DATO’ HAJI CIK WAN HILMYSEBAGA...
10/11/2025

KENYATAAN RASMI
PERTUBUHAN IKATAN MADRASAH PAHANG (IMP)

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN YH MAULANA DATO’ HAJI CIK WAN HILMY
SEBAGAI DUTA RASMI TOUCH ME TRAVEL & TOURS SDN BHD

Pertubuhan Ikatan Madrasah Pahang (IMP) dengan penuh rasa syukur dan bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YH Maulana Dato’ Haji Cik Wan Hilmy D.I.M.P. Presiden IMP, atas pelantikan beliau sebagai Duta Rasmi Touch Me Travel & Tours Sdn. Bhd.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap keperibadian, kepimpinan dan sumbangan besar beliau dalam memperjuangkan agenda pendidikan Islam serta memperkukuhkan syiar dakwah di negeri Pahang khususnya, dan di seluruh Malaysia amnya.

IMP percaya, pelantikan ini akan memperkukuh lagi jaringan kerjasama strategik antara institusi pendidikan Islam dan sektor pelancongan patuh syariah, khususnya dalam memperkasa aktiviti umrah, haji dan ziarah ilmu ke Tanah Suci.

Semoga YH Maulana Dato’ Haji Cik Wan Hilmy terus diberi kekuatan, ilham dan keberkatan dalam meneruskan usaha dakwah serta membawa nama IMP ke peringkat yang lebih tinggi, seiring dengan misi memartabatkan pendidikan Islam dan akhlak ummah.

“Menyemai Ilmu, Menyubur Ukhuwwah, Menyatu Ummah”

Sekian, terima kasih ,

USTAZ MOHD ABDUL SALAM BIN ABDUL GHANI
Setiausaha Agung,
PERTUBUHAN IKATAN MADRASAH PAHANG (IMP)
Tarikh: 9 November 2025

SEKALUNG TAHNIAHPELANTIKAN YANG DIPERTUA PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA (PUM)YDP PUM ke 7, Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Haji ...
02/11/2025

SEKALUNG TAHNIAH

PELANTIKAN YANG DIPERTUA PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA (PUM)

YDP PUM ke 7, Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah

Ikhlas Daripada :
PERTUBUHAN IKATAN MADRASAH PAHANG ( IMP )

MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI - TINGGI UCAPAN TAHNIAHKEBAWAH DULI PADUKA MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG TENGKU HASSANAL IBRAH...
18/09/2025

MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI - TINGGI UCAPAN TAHNIAH

KEBAWAH DULI PADUKA MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH IBNI AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
DK.,SAAS.,SAAP.,SIMP.

Sempena :
MEMULIAKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN

Pada :
17 SEPTEMBER 2025M bersamaan
24 Rabiulawal 1447H

Sembah takzim daripada:
PERTUBUHAN IKATAN MADRASAH PAHANG ( IMP )

MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI - TINGGI UCAPAN TAHNIAHYANG AMAT MULIA TENGKU PANGLIMA PERANG TENGKU AHMAD ISMAIL MU’ADZAM S...
11/09/2025

MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI - TINGGI UCAPAN TAHNIAH

YANG AMAT MULIA TENGKU PANGLIMA PERANG TENGKU AHMAD ISMAIL MU’ADZAM SHAH IBNI AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH

&

YANG AMAT MULIA TENGKU PUTERI RAJA TENGKU PUTERI AFZAN AMINAH HAFIDZATULLAH BINTI AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH

Sempena :
MEMULIAKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN

Pada :
11 SEPTEMBER 2025M bersamaan
18 Rabiulawal 1447H

Sembah takzim daripada:
PERTUBUHAN IKATAN MADRASAH PAHANG ( IMP )

Address

Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Madrasah Pahang IMP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikatan Madrasah Pahang IMP:

Share