Rumah Anak-Anak Yatim Permata Al-Insyirah Kuantan

Rumah Anak-Anak Yatim Permata Al-Insyirah Kuantan Sebuah kompleks anak-anak yatim dan fakir miskin perempuan yang terletak di Kuantan.

01/09/2024

Antara luahan rasa anak² disini

01/09/2024

sambungan kenangan dan saat semua kembali ke pangkuan keluarga.

Bahagian 4 (Terakhir)7.8.2024,Inilah tarikh keramat yang mengubah segalanya, 'sangkakan panas hingga ke petang rupanya h...
31/08/2024

Bahagian 4 (Terakhir)

7.8.2024,

Inilah tarikh keramat yang mengubah segalanya, 'sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari'. Siapa sangka disaat anak²seronok menikmati keselesaan yang tidak dapat mereka rasakan di rumah. Nikmat itu ditarik tanpa ihsan, sekadar bicara lisan yang mematikan sifat manusiawi.

Pada tarikh tersebut, kami telah dilawati pihak yang bertanggungjawab bagi tujuan pemeriksaan, mereka sekadar menjalankan tugas yang telah ditetapkan dan kami juga menyantuni mereka sepanjang tempoh lawatan.

Pada ketika itu terdapat beberapa petugas memberi teguran dan penambahbaikan yang perlu kami lakukan. Maka kami terima dengan hati yang terbuka, kerana kami juga tahu tidak mampu kami melengkapkan semua keperluan dengan sempurna.

Kami sangkakan sekadar teguran dan peringatan yang diberikan, sebaliknya mereka dengan keras dan tegas memberi arahan supaya menutup rumah anak yatim ini. Dalam tempoh seminggu sahaja masa yang diberikan, namun setelah dipujuk bagi memanjangkan tempoh penutupan, maka diberikan tarikh sehingga 31 ogos.

Berbaki hampir 3 minggu kami menyimpan berita dukacita ini, dengan harapan masih ada sinar buat kami. Tetapi aturan Allah itu mungkin yang terbaik. Sebaik sahaja berita ini disampaikan pada anak² luluh hati mereka bagai direntap rasa gembira yang mereka rasai. Rumah yang menjadi tempat berteduh dan menerima pendidikan kini hilang dalam sekelip mata.

Maka 1 September 2024, secara rasminya rumah anak yatim dan fakir miskin perempuan permata al insyirah menghentikan operasi dan tutup serta merta.

Terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga Hj Ahmad Husien dan Hjh Che Tom, kerana memberi sepenuhnya kepercayaan kepada kami bagi menguruskan rumah ini dan sentiasa mengambil berat akan keadaan anak² disini.

Tak mungkin kami lupa akan penyumbang yang sentiasa bersama kami bagi memastikan keperluan anak² disini sentiasa terjaga, tak mungkin kami mampu bertahan sejauh ini tanpa bantuan dari para penyumbang.

Kami masih lagi berharap semoga ada ruang dan peluang untuk kami meneruskan usaha kecil kami. Semoga segala yang baik telah diaturkan buat kami pada masa hadapan.

SEKIAN DARI KAMI PIHAK PENGURUSAN PERMATA INSYIRAH MENGUNDUR DIRI.

Bahagian 3Sepanjang rumah ini ditubuhkan terdapat beberapa perkara perlu kami patuhi bagi memenuhi aspek keselamatan dan...
31/08/2024

Bahagian 3

Sepanjang rumah ini ditubuhkan terdapat beberapa perkara perlu kami patuhi bagi memenuhi aspek keselamatan dan keperluan penubuhan sesebuah rumah anak yatim atau pusat jagaan kanak².

Bagi memastikan segala syarat² yang diberikan oleh pihak berwajib dipenuhi, maka keperluan wang juga menjadi salah satu kepentingan utama, kerana bangunan tempat tinggal anak² perlu diubahsuai mengikut syarat yang ditetapkan.

Memandangkan kami bukanlah rumah yang mengaut keuntungan wang ringgit, maka melalui ihsan orang ramailah kami mengumpul duit sedikit demi sedikit bagi proses penambahbaikan. Walaupun begitu, ia memakan masa.

kali pertama teguran diberikan, kami seboleh mungkin memenuhi syarat tersebut. Namun, apabila pemeriksaan seterusnya dilakukan terdapat pengubahsuaian lain yang perlu kami penuhi. sehinggalah penghujung 2023, dua blok bangunan asrama pelajar berjaya dibina. Rumah kayu yang dulu mampu memuatkan sejumlah 10 orang kini mampu menampung kurang lebih 40 orang.

Terima kasih terutamanya buat ahli keluarga arwah Haji Ahmad Husien dan pasangan kerana memberi sepenuhnya kepercayaan kepada kami. Tak lupa juga penyumbang², tidak mampu kami membalas budi para penyumbang yang banyak membantu menjayakan usaha kecil kami.

Tiada siapa mampu meramal masa depan, setelah selesai proses pembinaan, isu lain p**a berbangkit, dimana kami harus menukar status tanah pertanian kepada pembangunan dan kami masih menunggu KM. Pelbagai usaha yang kami lakukan bagi memastikan rumah anak yatim ini dapat terus memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Bahagian  2Masih segar dalam ingatan, ketika musim tengkujuh, pasti anak-anak disini bertungkus lumus mengalihkan barang...
30/08/2024

Bahagian 2

Masih segar dalam ingatan, ketika musim tengkujuh, pasti anak-anak disini bertungkus lumus mengalihkan barang yang berada di ruang bawah rumah ke bahagian atas kerana bencana banjir yang datang meyinggah pada setiap tahun.

Siapalah kami tanpa adanya para penyumbang yang pemurah. Pelbagai bantuan diberikan setiap kali banjir melanda baik dari segi kewangan, tenaga mahupun barangan keperluan, tiada apa yang mampu membalas jasa semua penyumbang di insyirah. Hanya doa yang mampu kami panjatkan sebagai tanda syukur.

Ruang tidur pelajar disini telah diubahsuai berkali-kali bagi memastikan pelajar disini selesa dan memenuhi segala aspek keselamatan yang ditetapkan, namun proses ini memakan masa bertahun-tahun memandangkan rumah ini bukanlah rumah yang membawa keuntungan dari segi wang ringgit tetapi sentiasa memberi keuntungan dari segi pahala.

pelajar disni pernah mencapai 40 orang sekitar tahun 2015-2016. Rasa seperti baru semalam ketika mendapat berita seorang hamba Allah ingin menyumbangkan van buat anak² disini, dengan van itulah anak² pergi ke sekolah, menghadiri program luar dan dihantar p**ang ketika cuti sekolah.

Kini sebahagian besar dari mereka telahpun meningkat dewasa, ada yang sudah bekerja dan ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tidak lupa juga ada yang bergelar hafizah.

Setiap kejayaan anak-anak disini sedikit sebanyak memberi sinar dalam kehidupan mereka , kami disini menumpang kegembiraan mereka. Tiada apa yang kami harapkan dari mereka melainkan untuk mereka berjaya

30/08/2024

Bahagian 1

Coretan kali ini mungkin akan ada beberapa bahagian dan yang terakhir dari kami.

Bermula dengan sebuah rumah kayu yang menyimpan pelbagai memori keluarga Haji Ahmad Husien dan Hajah Che Tom, kini menjadi sebuah rumah perlindungan yang memberi manfaat buat semua.

Pada tahun 2009 Rumah anak yatim Permata Al Insyirah, Kuantan telah diwakafkan oleh arwah Ahmad Husien dan Hajah Che Tom. Beliau sekeluarga menyerahkan sepenuhnya rumah ini bagi tujuan kebaikan. Setelah pelbagai usul diberikan maka wujudlah rumah anak yatim dan fakir miskin perempuan Permata Al Insyirah.

Pada tahun 2010 rumah ini mula beroperasi sepenuhnya, bermula dengan 5 orang pelajar dan semakin lama semakin ramai penghuni disini.

Anak-anak disini kebanyakkanya berasal dari keluarga yang susah dan anak yatim. Ada sebahagian dari mereka yang tidak pernah bersekolah dari darjah 4 dan sebahagian kecil tidak mendapat pendidikan yang selayaknya pada usia mereka.

Jadi disini mereka dibantu bagi mendapatkn pendidikan dunia dan akhirat. Selebihnya guru-guru di sekolah mereka turut membantu melengkapkan keperluan ilmu anak² disini. Bermula dengan tidak pandai membaca, ada yang tidak tahu mengaji, perlahan² mampu membaca dan rata-rata dari mereka telahpun menghatamkan Al-Quran. Kami hanya mengajar apa yang termampu selebihnya atas usaha mereka sendiri.

Berkat bantuan dari para penyumbang yang prihatin, segala perbelanjaan sekolah dan makan minum anak-anak disini sentiasa mencukupi dan dapat juga diberikan kepada keluarga lain yang memerlukan.

Sumbangan bagi pembangunan juga banyak memberi keselesaan kepada anak² disini. Ruang makan yang berada di bahagian atas, perlahan-lahan dipindahkan ke bawah walaupun pada peringkat awal mereka makan berbumbungkan kanopi, namun dapat memberi sedikit keselesaan buat anak-anak disini.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan.
30/08/2024

Selamat menyambut hari Kemerdekaan.

Address

LOt 2/11478, PerKampungan Sungai Isap 2, Jalan Gambang
Kuantan
25150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Anak-Anak Yatim Permata Al-Insyirah Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rumah Anak-Anak Yatim Permata Al-Insyirah Kuantan:

Share