16/05/2026
700 BELIA MERIAHKAN SEMARAK HARI BELIA @ HBN 2026 DAERAH KUANTAN
KUANTAN, 15 Mei β Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (HBN) 2026 peringkat Daerah Kuantan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan dengan bertemakan βMenggerak Belia MADANIβ. π€π
Program ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara Pejabat Belia dan S**an Daerah Kuantan bersama pelbagai agensi, institusi pendidikan serta pertubuhan belia bagi memperkasa pembangunan dan penglibatan aktif golongan belia di daerah ini. ππ
Pelbagai pengisian menarik telah diadakan termasuk pameran digital dan inovasi, persembahan kebudayaan (tarian dan nyanyian duet), aktiviti komuniti serta penglibatan rakan strategik dalam menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara 2026. πβ¨
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Shafik Fauzan, ADUN Inderapura. Turut hadir Puan Basyirah Zulkifli, Pengarah Kolej Poly-Tech MARA, Wakil Pegawai Daerah Kuantan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuantan, wakil agensi kerajaan serta pemimpin pertubuhan belia daerah Kuantan. π€π₯
"JBS PAHANG, Number One" π₯
Disediakan oleh:
PBSD Kuantan