09/06/2026
REACHOUT KOMUNITI @ SUNGAI LEMBING KUANTAN
Alhamdulillah, Program Reachout Komuniti 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 6 Jun 2026 di Surau Ad Dhuha, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.
Program ini merupakan anjuran Majlis Belia Negeri Pahang (MBN Pahang) bersama MAYC Pahang, dengan pelaksanaan oleh MAYC Paya Besar, serta kerjasama MTSP Paya Besar dan penduduk Kampung Sungai Lembing. Program ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta dan sukarelawan yang berganding bahu menjayakan aktiviti kemasyarakatan demi kesejahteraan komuniti setempat.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah gotong-royong membersihkan kawasan surau, mengecat pagar dan kemudahan Surau Ad Dhuha, menceriakan persekitaran serta melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan bagi mewujudkan suasana yang lebih selesa dan kondusif untuk kegunaan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan program ini. Penghargaan khusus kepada MTSP Paya Besar, penduduk Kampung Sungai Lembing serta semua sukarelawan yang telah menunjukkan semangat kerjasama dan kesukarelawanan yang tinggi.
Turut merakamkan penghargaan kepada Penyelaras DUN Sungai Lembing atas kesudian merasmikan Program Reachout Komuniti 2026 dan memberikan sokongan kepada usaha memperkasa pembangunan komuniti melalui penglibatan belia.
Semoga segala usaha, sumbangan dan komitmen yang dicurahkan menjadi amal jariah serta memberi manfaat yang berpanjangan kepada komuniti setempat.
"Bersama Belia, Demi Komuniti"