Yayasan Kebajikan At-Tibyan

Call Directions Website

Yayasan Kebajikan At-Tibyan Enlighten Minds, Building Bridge, Inspiring Change Bank Islam (Cawangan Kuantan) - 06019010043011
2.

Yayasan Kebajikan At-Tibyan adalah badan kebajikan yang:

a) memberikan sumber ilmu pengetahuan agama yang Sahih dan berasaskan nas untuk tujuan ilmu dan amal. b) mengelolakan sesi seminar, kuliyyah dan ceramah kepada ummah khususnya di Kuantan

c) menyalurkan bantuan dari segi kewangan, hartabenda mahupun tenaga sukarelawan

d) boleh menyalurkan zakat dan sumbangan kepada fakir miskin dan boleh mendapatkan resit perlepasan cukai

e) menjalankan kerja-kerja amal atau aktiviti kemanusiaan

Segala sumbangan bolehlah di lakukan ke akaun kami:

1. Tabung Fisabilillah YKA (Bendahari - En.Jamal - 017-375 7505

Setiap sumbangan/zakat yang disumbangkan bolehlah dimaklumkan kepada kami melalui:

Telefon : 09 - 573 6430 (General Line)
013 -9526200 - Azim
013- 3999009 - Zulkhairi


atau pm kami di Facebook. Sekiranya terdapat misi-misi kemanusiaan atau kerja-kerja amal yang memerlukan pertolongan dari pihak kami, bolehlah menghubungi kami seperti diatas. Jazakalluhu khairan dan doakan kami dalam kejayaan membina Ummah yang Taqwa kepada Allah

 Umur 30 Diuji Rawatan Dialisis Seumur HidupSemalam kami ambik kesempatan ziarah pasangan muda. Mereka diuji dengan CKD ...
17/09/2026

Umur 30 Diuji Rawatan Dialisis Seumur Hidup
Semalam kami ambik kesempatan ziarah pasangan muda. Mereka diuji dengan CKD Tahap 5 yg memerlukan rawatan dialisis 3x seminggu.Kos setiap kali mencecah RM200+. Merenung kedepan,begitu mencabar masa-masa yang mereka akan tempuhi pada masa depan.
Berkongsi kisah Nabi Ayub & Nabi Yunus yang ditimpa ujian jauh dasyat. Nasihat nabi Nuh agar umatnya beristighfar, peringatan dari Al-Quran ini mudahan menjadi penguat semangat untuk terus bergantung harap kepada Allah SWT.
Insyaallah,kami juga mengusulkan untuk membantu meringankan bebanan mereka untuk mendapatkan rawatan tambahan,bagi merawat buah pinggang beliau. Semoga ada harapan,buah pinggang beliau dapat pulih semula.Tiada apa yang mustahil jika kita kembalikan semua kepada Allah.

 Dikala orang lain mendapat kebaikan,tiba-tiba kita tak dapat kerana bos lupakan kita, pasti kita rasa terkesan dan tera...
09/09/2026

Dikala orang lain mendapat kebaikan,tiba-tiba kita tak dapat kerana bos lupakan kita, pasti kita rasa terkesan dan terasa hati, "Kenapa aku tak dapat? Kenapa bos lupa aku?, Aku staff juga".
Bagaimana jika Allah melupakan kita pada hari yang tiada sebarang pertolongan? Kenapa Allah lupakan kita? Kerana masa kita hidup kita lupakan/tidak hirau apa yang Dia suruh & larang. Allah tak hiraukan kita guys! bahaya ke tak bahaya? Bahkan Allah sediakan tempat siksa p**a dan Dia tak hirau pun kita kena siksa...Semuanya adalah akibat kita lupa Dia masa hidup.Mari kita renung sama2 dan fikir dalam2.

06/09/2026
Nampak simple tapi tak ramai mampu buatTernampak satu posting dekat thread, seorang isteri share gambar suaminya tengah ...
06/09/2026

Nampak simple tapi tak ramai mampu buat

Ternampak satu posting dekat thread, seorang isteri share gambar suaminya tengah alihkan tayar yang tersadai tengah highway, bawak ke tepi jalan. Then teringat satu hadis yg belajar masa stam dulu

Ada seorang lelaki nampak dahan berduri di jalan, lalu dia singkirkan supaya tak mengganggu/bahayakan orang lain. Nabi SAW cerita yg Allah mengampunkan dosa lelaki tersebut.

Kadang-kadang kita terlalu fikir nak buat amal yang besar-besar sampai terlupa, small acts of kindness count too. Nampak sesuatu yang boleh membahayakan orang, kita alihkan. Nampak sampah, kita kutip. Nampak orang perlukan bantuan, kita bantu. Kita mungkin tak pernah tahu siapa yang akan mendapat manfaat daripada kebaikan kecil tu dan maybe, benda yang kita anggap kecil hari ni could be the very thing Allah jadikan sebab untuk mengampunkan dosa kita. Moga Allah balas sebaik2 ganjaran untuk encik sekeluarga

Cc:atkh_nai

Ramai orang anxious pasal benda yang Allah dah janji (rezeki), tapi santai sangat pasal benda yang Allah perintah (solat...
06/09/2026

Ramai orang anxious pasal benda yang Allah dah janji (rezeki), tapi santai sangat pasal benda yang Allah perintah (solat).

Kalau kita tgk Surah Taha ayat 132, ada step-by-step dan iktibar untuk kita

•Lead by Example: Sebelum nak remind orang lain solat, syarat utama kena pastikan solat kita sendiri terjaga.
•Educate Properly: Ajar cara solat yang betul mengikut sunnah Nabi, bukan sekadar tangkap muat.
•High Level of Patience: Nak kekal consistent (istiqamah) didik diri & orang solat memang cabaran besar. Sebab tu Allah tegaskan bab SABAR dalam ayat ni.

Tapi knp pastu tiba2 cerita pasal rezeki?
Allah sebut: "Kami tidak meminta rezeki daripadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu."

Reason paling utama ramai orang skip atau abaikan solat adalah sebab utamakan kerja (nak cari rezeki) tp Allah dah ingatkan awal-awal yg kita ni tak perlu stress nak bagi rezeki kat diri sendiri atau orang lain sampai abaikan tiang agama, sebab Dia yang pegang supply rezeki (ar-Razzaq).

Tugas kita cuma usaha (jalan atas muka bumi) dan makan dari rezeki yang Allah beri. Allah minta kita focus pada apa yang Dia perintah, bukannya overthink benda yang Dia dah guarantee.

Hari ni ramai parents sanggup melabur habis-habisan hantar anak sekolah mahal, tapi tak kisah langsung kalau sekolah tu neglect bab agama janji future career anak cerah. Anak tak reti baca Quran atau tak bangun Subuh tak risau, tapi kalau results exam teruk terus panic.

Tapi kena ingat, dalam ayat ni Allah bgtau kesudahan yang baik (kejayaan sebenar) tu untuk orang yang BERTAQWA, bukannya semata-mata yang berijazah tinggi atau gaji lima angka.

Susah, tapi kita cuba ya tukar. Ajar diri dan keluarga kejar taqwa dulu then nanti inshAllah rezeki yang menyusur

Moga bermanfaat

Coretan Street DakwahKata ustaz Muein, orang yang betul-betul faham agama, dia akan buat habis-habisan.Fastabiqul khaira...
05/09/2026

Coretan Street Dakwah

Kata ustaz Muein, orang yang betul-betul faham agama, dia akan buat habis-habisan.

Fastabiqul khairat
Berlumba-lumbalah dalam kebaikan.

Sebab at the end of the day, amal soleh ni je yang kita boleh bawa bila dah mati nanti. Dan sebenarnya, bila kita buat amal soleh, kita bukan buat untuk Allah semata-mata tp utk kita diri kita sendiri. So, kalau kita betul-betul faham benda ni, kenapa nak buat cincai, kan?

Kadang-kadang cara fikir kita yang salah. Bila buat amal, kita rasa kita buat utk Allah sebab tu kkdg kita buat sekadar cukup syarat. Sekejap je. Tak kisah khusyuk ke tak. Tak ada effort nak improve.

Tapi bila kerja?
Pagi sampai petang. Kalau perlu, OT.
Penat pun kita teruskan. Sebab dalam kepala kita yg kita buat ni untuk diri. Nanti dapat gaji. Kita sanggup bersungguh-sungguh untuk sesuatu yang habuannya kita yakin akan dapat di dunia. Tapi bila dengan ibadah, kenapa kita tak ada mindset yang sama?

Solat nak cepat habis. Baca Quran baru beberapa muka surat dah mengantuk. Nak belajar agama, rasa berat. Sedangkan itulah bekalan yang kita sendiri akan bawa ke akhirat.

Pernah tak kita baca Quran dengan mindset baca ni untuk diri sndiri. Then, lepas baca, kita cuba faham sebab kefahaman tu untuk aku. Lepas faham, kita cuba amal sebab amalan tu untuk aku. Kita tambah hafalan sebab setiap ayat yang kita hafal tu akan jadi bekalan untuk kita.

Kalau untuk SPM pun kita sanggup study sungguh-sungguh sebab kita yakin keputusan tu akan menentukan masa depan kita di dunia tapi kenapa bila sampai bab akhirat, kita tak buat sungguh-sungguh juga?

Bukankah itu yang lebih menentukan? Akhirnya, yang menjadi “sijil” kita untuk masuk syurga bukan sijil akademik, bukan jawatan, bukan duit.

Takwa dan akhlak.

Dan tak mungkin kita benar-benar bertakwa kalau kita tak nak faham Quran dan ikut perintah Allah. Dan tak mungkin akhlak kita benar-benar baik kalau tak ada takwa dalam diri.

Pada akhirnya, yang akan membawa kita dekat dengan syurga bukanlah sekadar apa yang kita tahu, tetapi sejauh mana ilmu i...
05/09/2026

Pada akhirnya, yang akan membawa kita dekat dengan syurga bukanlah sekadar apa yang kita tahu, tetapi sejauh mana ilmu itu menjadikan kita lebih bertakwa dan lebih baik akhlaknya

25/08/2026

Syukur hari ini kita masih bangun berdiri.Terus melangkah, mencari erti. Usah mengalah...

Address

Yayasan Kebajikan At-Tibyan No B-26, Tingkat 2, Jalan 1M 3/10, Bandar Indera Mahkota Darul Makmur
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Kebajikan At-Tibyan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share