Kelab Warga Kerja IKIP - KWKI

Call Directions Contact the organization

Kelab Warga Kerja IKIP - KWKI UCYP University / Kolej Yayasan Pahang / KESB

Pesta Durian & Buah-buahan KWKI 13 Julai 2026 | Kampus Utama, UCYP UniversitySekitar kemeriahan Pesta Durian & Buah-buah...
16/07/2026

Pesta Durian & Buah-buahan KWKI
13 Julai 2026 | Kampus Utama, UCYP University

Sekitar kemeriahan Pesta Durian & Buah-buahan anjuran Kelab Warga Kerja IKIP (KWKI).

Makan sampai puas! Warga UCYP University, KYP dan KESB meluangkan masa bersama sambil menikmati durian serta buah-buahan tempatan.

Antara pengisian lain program ialah,
• Ucapan Pengerusi KWKI 2026/2027, En. Mohd. Nazrol Zainuddin
• Pertandingan King & Queen Durian KWKI 2026

Durian habis, manggis licin, rambutan pun tinggal kenangan. Jumpa lagi di program KWKI yang akan datang! 🧡

Salam Maal Hijrah 1448H🌙✨Marilah kita perbaharui niat, pertingkatkan amal dan terus melangkah dengan iman dan tawakal ke...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H🌙✨

Marilah kita perbaharui niat, pertingkatkan amal dan terus melangkah dengan iman dan tawakal kepadanya.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H✨️Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. S...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H✨️

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Semoga setiap amalan kita diterima dan setiap doa dimakbulkan.

Penyerahan Kutipan Derma Ikhlas KWKI19 Mei 2026 | KuantanJawatankuasa Kelab Warga Kerja IKIP (KWKI) 2026/2027 telah memb...
21/05/2026

Penyerahan Kutipan Derma Ikhlas KWKI
19 Mei 2026 | Kuantan

Jawatankuasa Kelab Warga Kerja IKIP (KWKI) 2026/2027 telah membuat Penyerahan Kutipan Derma Ikhlas kepada sahabat-sahabat kita yang sedang diuji dengan masalah kesihatan dan kemalangan.

Penerima sumbangan adalah:

1. Encik Hafifi Hafiz bin Abdul Rahim
Assistant Technician (Aircond), KESB — (Sakit)

2. Puan Aini Nor Hazlina binti Ghani
Penolong Pengurus (UREKA), UCYP University — (Kemalangan)

3. Encik Muhammad Amirul Asraf bin Roslan
Pekerja Am (Landscape), KESB — (Kemalangan)

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat sedikit sebanyak meringankan beban serta menjadi tanda sokongan dan doa daripada seluruh warga kerja.

KUTIPAN DERMA IKHLASAssalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dengan penuh rasa dukacita, kami, JK Kelab Warga Kerja IKIP (KW...
13/05/2026

KUTIPAN DERMA IKHLAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan penuh rasa dukacita, kami, JK Kelab Warga Kerja IKIP (KWKI) 2026/2027, ingin memaklumkan bahawa sahabat kita telah ditimpa ujian melibatkan masalah kesihatan dan kemalangan:

1. Encik Hafifi Hafiz bin Abdul Rahim,
Assistant Technician (Aircond), KESB (Sakit)

2. Encik Muhammad Amirul Asraf bin Roslan,
Pekerja Am (Landscape), KESB (Kemalangan)

3. ⁠Puan Aini Nor Hazlina bt Ghani,
Penolong Pengurus (UREKA), UCYP (Kemalangan)

Semoga mereka diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesembuhan serta diberi ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Aamiin.

SEHUBUNGAN ITU, KAMI MEMBUKA
TABUNG SUMBANGAN IKHLAS
“Setiap sumbangan amat dihargai, walaupun kecil nilainya.”

MAKLUMAT SUMBANGAN
Sumbangan tunai boleh diserahkan kepada wakil berikut:

👉🏻 Kampus Utama
1. Pn. Sana
2. En. Husaini

👉🏻 Aras 2
1. Pn. Mizan
2. Pn. Aina Amira

👉🏻 Kampus Taman Gelora
1. En. Shahril
2. Pn. Nadhila

👉🏻 ATL
1. En. Jacky

Tempoh kutipan: Sehingga 15 Mei 2026

Setiap sedekah yang kita hulur, menyalakan cahaya harapan untuk mereka yang memerlukan. ✨
Jazakumullahu Khairan

KWKI di Majlis Cerita Raya Kita 202617 April 2026 | Kampus Utama, UCYP UniversityKWKI turut sama turun padang memeriahka...
21/04/2026

KWKI di Majlis Cerita Raya Kita 2026
17 April 2026 | Kampus Utama, UCYP University

KWKI turut sama turun padang memeriahkan penganjuran Majlis Cerita Raya Kita 2026, inisiatif warga kerja Kumpulan KESB dengan sokongan Yayasan Tuanku Canselor UCYP dan PETAMA sebagai penganjur utama.

Dari hidangan pasta hingga air balang, KWKI gembira dapat menjadi sebahagian daripada kenangan manis Cerita Raya Kita bersama ✨🎊

Dari Abu Hurairah r.a berkata:Aku mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda:Perkara yang pertama tama kali akan dihisab ...
18/03/2026

Dari Abu Hurairah r.a berkata:

Aku mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda:
Perkara yang pertama tama kali akan dihisab pada hari Qiamat bagi seorang hamba mengingkarinya amalannya ialah sembahyang. Sekiranya sembahyangnya baik (diterima) maka sesungguhnya telah berjaya dan selamatlah dia.Tetapi sekiranya sembahyangnya rosak maka gagallah dan binasalah dia.

Sekiranya terdapat kekurangan daripada amalan yang fardhu maka Allah akan berfirman: Lihatlah hambaku ini adakah dia melakukan amalan amalan yang sunat? Sekiranya terdapat amalan amalan sunatnya maka Allah akan menampung kekurangan amalan fardhu dengan amalan sunatnya. Begitulah seterusnya bagi amalan amalan fardhu yang lain. Kekurangan puasa fardhu akan ditampung dengan puasa sunat, dan zakat fardhu akan ditampung dengan sedekah sedekah sunat.

(HR Tirmizi)


Serahan Sampul Duit Raya KWKI12 Mac 2026 | Kampus Utama, UCYP UniversitySekitar edaran sampul duit raya KWKI 2026 kepada...
14/03/2026

Serahan Sampul Duit Raya KWKI
12 Mac 2026 | Kampus Utama, UCYP University

Sekitar edaran sampul duit raya KWKI 2026 kepada warga kerja KESB, UCYP University & KYP.

Sesi dimulakan dengan simbolik penyerahan sampul duit raya kepada wakil pengurusan tertinggi.

Sampul kami bagi, isi DIY ya 💰

Ziarah Kasih bukti Keprihatinan Kelab Warga Kerja IKIP (KWKI)Pada 9 Mei 2024, Kelab Warga Kerja IKIP (KWKI) telah mengad...
11/05/2024

Ziarah Kasih bukti Keprihatinan
Kelab Warga Kerja IKIP (KWKI)

Pada 9 Mei 2024, Kelab Warga Kerja IKIP (KWKI) telah mengadakan Ziarah Kasih kepada
kakitangan dan waris yang telah diuji kesihatannya iaitu

1. Puan Roshimah bt Ghazali
Penolong Eksekutif
Pejabat Ketua Pegawai Digital
(Bahagian Perpustakaan)

2. Ustazah Sakinah bt Mokhtar (Isteri)
Prof Madya Dr. Azhar bin Jaafar @ Ramli
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Diplomasi Komuniti)

Ziarah Kasih merupakan tanda keprihatinan Kelab Warga Kerja (IKIP) terhadap kebajikan ahli dan waris warga kerja KESB / UCYP University / KYP.

Kunjungan ini telah diketua oleh

1. Puan Busyralhuda binti Abdullah
Timbalan Bendahari KWKI

2. Puan Mastura binti Ali
Setiausaha KWKI

3. Puan Faridah binti Muda
Biro Sukan Rekreasi & Aktiviti Luar KWKI

KWKI mendoakan agar semua yang terlibat diberi kesembuhan dan kekuatan oleh Allah SWT.


Address

Kuantan
26060

Telephone

+6095343999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Warga Kerja IKIP - KWKI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Warga Kerja IKIP - KWKI:

Shortcuts

Share